5 Prinsip Asas Bisnes Cina Yang Wajar Ditiru

by Hasbul Aqill on February 8, 2011

in Motivasi, Penulis Undangan

Entri ini merupakan entri khas dari Penulis undangan , Aqif Azizan

Selama ini kita menganggap kebanyakkan bangsa Cina, telah diberikan kelebihan oleh tuhan, dengan keupayaan untuk berjaya dalam perniagaan. Tanggapan ini dicetuskan setelah mereka mendominasi ekonomi negara selama berpuluh-puluh tahun.

Menurut Ann Wan Seng, dalam bukunya Rahsia Bisnes Orang Cina, beliau menyatakan bahawa bangsa Cina sama seperti bangsa yang lain. Ini kerana, beliau berpendapat bahawa perniagaan langsung tidak ada kena mengena dengan bangsa.

Untuk berjaya dalam perniagaan, kita harus mempunyai kemahiran berniaga. Kemahiran berniaga pula boleh dipelajari, tetapi tidak boleh dirujuk menerusi teori semata-mata.

Seseorang itu harus berani untuk menanggung risiko, bagi menimba pengalaman dalam perniagaan. Namun, terdapat beberapa prinsip asas bisnes bangsa Cina yang boleh diambil, untuk diimplimentasikan dalam dunia perniagaan kita.

Prinsip #1 – Berpandangan Jauh

Apabila kita mahu berniaga, kita sewajarnya mempunyai visi untuk memperoleh keuntungan jangka masa panjang. Ini dapat meningkatkan daya motivasi untuk bekerja keras, dan memberi keutamaan terhadap pelanggan.

Mempunyai visi yang jauh juga dapat membantu kita, untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam perniagaan. Supaya perniagaan kita tidak diburuk-burukkan oleh pelanggan.

Prinsip #2 – Semangat Juang Yang Tinggi

Berniaga memerlukan semangat juang yang tinggi. Ini kerana dalam perniagaan, kita akan menghadapi pelbagai jenis risiko, seperti kerugian besar dan sebagainya. Dengan mempunyai semangat juang yang tinggi, ia dapat membantu diri kita untuk terus mempertahankan perniagaan yang diceburi.

Menurut Ann Wan Seng, bangsa Cina mempunyai semangat juang tinggi. Ini dapat dilihat menerusi setiap perniagaan yang diceburi oleh bangsa Cina, kebanyakkannya akan berjaya dan terus berjaya.

Prinsip #3 – Sedar Bahawa Masa Itu Emas

Masa itu adalah emas, dan emas itu jauh lebih bernilai jika dibandingkan dengan wang ringgit. Usahawan-usahawan berjaya berbangsa Cina sentiasa diterapkan dengan prinsip ini. Mereka sentiasa peka dengan peluang sekeliling, serta mengambil peluang tersebut dengan pantas. Kerana mereka sedar, masa tidak akan sesekali menunggu mereka.

Prinsip #4 – Sentiasa Percaya Pada Diri

Kepercayaan terhadap diri sendiri merupakan sifat paling penting dalam diri usahawan. Ini kerana, mereka percaya bahawa diri sendiri adalah penentu, sama ada perniagaan itu berjaya atau sebaliknya. Usahawan berbangsa Cina jarang berputus asa. Bahkan jika mereka ditimpa musibah, mereka akan segera mencari jalan untuk memperbaikinya dengan segera.

Prinsip #5 – Sabar, Sabar dan Sabar

Dalam perniagaan, keuntungan tidak akan datang sekelip mata. Seperti kita mahu mewujudkan ladang kelapa sawit. Kita perlu bermula dengan sebuah pokok, kemudian sebuah lagi, dan ia akan menjadi ladang kelapa sawit, selepas mempunyai sejumlah pokok yang banyak.

Dalam tempoh tersebut, kesabaran memainkan peranan yang penting. Pelbagai cabaran akan menduga kita. Pada usahawan Cina, mereka percaya bahawa kesabaran dapat membawa kepada hasil yang manis lagi menguntungkan. Oleh itu, kita perlu sentiasa bersabar, ketika menjalankan bisnes. Adalah tidak wajar, jika kita menganggap bisnes boleh memberikan keuntungan besar, dalam jangka masa yang singkat.

Tentang Penulis

Aqif Azizan merupakan usahawan internet dan penulis sepenuh masa. Beliau kini bertugas sebagai Content Developer & Business Manager di Flarebiz Network, sebuah syarikat teknologi maklumat yang dipelopori oleh usahawan muda.
Layari blog perniagaan internet beliau untuk maklumat lanjut.

{ 25 comments… read them below or add one }

Ali Hanafiah February 8, 2011 at 2:54 pm

Prinsip kelima itu saya suka. Hari ini ramai sangat yang kurang prinsip kelima ini sedangkan mereka sangat ingin berjaya…

Reply

Aqif Azizan February 8, 2011 at 3:12 pm

Tuan Ali Hanafiah yang dihormati. Benar apa yang tuan katakan. Masyarakat kita lebih cenderung dengan simbol ‘kekayaan cepat’. Ini menyebabkan mereka kurang selesa, apabila mengetahui setiap bisnes memerlukan kesabaran yang tinggi, sebelum kita memperoleh nikmatnya. :)

Reply

paan February 8, 2011 at 3:11 pm

semua prinsip2 itu bukanlah satu rahsia lagi.. Tapi masyarakat Melayu masih kurang penerapan prinsip2 ini dalam diri mereka.

Reply

Aqif Azizan February 8, 2011 at 3:13 pm

Ya, prinsip ini bukan rahsia. Ia adalah prinsip yang dipegang oleh kebanyakkan usahawan berbangsa Cina sehingga hari ini. :D

Reply

Rushaidin February 8, 2011 at 3:17 pm

Prinsip-prinsip yg dikongsikan memberi saya semangat utk terus lebih berjaya dalam perniagaan…

Terima kasih :D

Reply

Aqif Azizan February 8, 2011 at 3:31 pm

Sama-sama Tuan Rushaidin. Semoga ia dapat dimanfaatkan. Insya Allah. :)

Reply

Amry February 8, 2011 at 3:48 pm

satu sikap kita bangsa melayu yang susah nak buang untuk maju………………….Sikap iri hati dengan kejyaan bangsa sendiri….
Walaupon bukan semua, tapi kebanyakan…. :(

Reply

Aqif Azizan February 8, 2011 at 4:01 pm

Perkongsian yang menarik daripada Tuan Amry. Ada benarnya. Tetapi tidak kebanyakkan bangsa Melayu bersifat begitu. :D

Reply

Wan Haffiz February 8, 2011 at 6:30 pm

Bg sy masa yg paling penting kerana masa ibarat emas 999..:)
x leh sekali2 tangguh masa dan kena pandai culik masa..
istilah ” Saya x cukup masa” sebenarnya x wujud..semua org ade 24 jam..
kalau org lain bleh setelkan bnyak mende dlm sehari, kenapa tidak kita..

Majulah Usahawan utk Negara..:)

Reply

Aqif Azizan February 9, 2011 at 1:11 am

Benar Tuan Wan Haffiz! Terima kasih atas perkongsian! :D

Reply

amirazros February 8, 2011 at 7:53 pm

Perniagaan adalah 9/10 daripada sumber rezeki. Rasulullah s.a.w pun berniaga. Dengan informasi yang diberikan oleh Tuan Hasbul ini, menambahkan ilmu bagaimana cara kejayaan seseorang dalam perniagaan. Insya-Allah dengan tip yang diberi, saya akan implikasi dalam kehidupan. :)

Reply

Aqif Azizan February 9, 2011 at 1:13 am

Insya Allah. Mari kita sama-sama berusaha. :D

Reply

yakboktam February 10, 2011 at 10:14 pm

thanks perkongsian ilmu yang menarik dan bermanfaat.

Reply

Aqif Azizan February 11, 2011 at 7:40 am

Sama-sama. Terima kasih juga kerana sudi meluangkan masa, untuk membaca entri ini. :)

Reply

Alif February 11, 2011 at 8:19 pm

Perkongsian yg menarik!

Reply

Aqif Azizan February 12, 2011 at 12:02 am

Ya. Menarik untuk para usahawan muda seperti kita. :D

Reply

elly February 12, 2011 at 1:02 am

info2 yang sngt menarik..
terima kasih..^^

Reply

Aqif Azizan February 12, 2011 at 4:56 pm

Sama-sama Elly. :)

Reply

hba February 18, 2011 at 10:36 am

Ya bagus buku ni. Saya dah beli dengan Ann Wan Seng. Siap dapat sign autograf lagi. Nampaknya orang Cina telah mempraktikkan apa yang diajar oleh junjungan besar kita Rasulullah saw.

Reply

Ekspresi Ruang March 5, 2011 at 12:08 am

be low profile pon prinsip chinamen business. kalau tgk hardware2, smo tokey2 dia pakai singlet dgn boxer je. walhal bwk merc.

pastu cina ni unite. yg tu asas penting kalau nk sama2 berjaya

Reply

Awien July 28, 2011 at 8:43 am

Dalam meniti dunia bisnes Internet saya mahu terapkan Prinsip yg ke #4 – Sentiasa Percaya Pada Diri…

and, setkan minda…9/10 rezeki datangnya drp Perniagaan! Insha Allah..
I believe I can Fly…! [ceewah, dah mcm lagu org omputih tu plak..hehe..;)]

Terima kasih di atas perkongsian..

Semoga kita semua berjaya di Next Level ;)

Reply

Firdaus Manaf January 18, 2012 at 4:28 pm

amalkan prinsip diatas dan lebih berkeyakinan, sudah tentu kejayaan dan kekayaan akan menjadi lebih mudah dan cepat…

Reply

abe yus February 7, 2012 at 5:06 pm

memang betul tu.kelemahan saya sendiri dan kawan-kawan yang baru nak belajar niaga ni ialah kenalah kuat semangat,saya berniaga uptown banyak sangat cabarannya.tapi kita jadikan satu peluang kita cipta peluang ini.pendapat sahaja tuan..bangsa cina takde pandai sgt berniaga,kita cabar diri sendiri,kalau bangsa lain boleh apasal bangsa kita tak boleh niaga.yg menbeli majoriti orang melayu.

Reply

pendapat July 23, 2012 at 4:55 pm

satu lagi perkara yg mungkin x ramai yg tahu, pembekal-pembekal barang skrg didominasi oleh kaum cina.
Mereka jual barang dengan sesama mereka kaum cina harga yang jauh lebih murah berbanding dijual kepada peniaga melayu.
Kes ini didedahkan oleh abang saya sendiri, (beliau buka kedai hardware dan bahan binaan).
Jika peniaga melayu terpaksa beli dengan pembekal dgn harga mahal, bagaimana nak dpt untung lebih sikit. Bila harga tinggi bebanding kedai cina, tntunya pelanggan melayu sndiri merungut.
Pada saya , ini juga strategi konspirasi yg dirancang oleh persatuan peniaga cina untuk menyekat sikit persaingan dengan peniaga melayu.
Semua prinsip diatas mmng semua bangsa boleh ikut tak kira melayu , india dan lain-lain. Mereka juga kuat bekerja, berani tanggung risiko.

Tekanan dari strategi yang dirancang oleh pembekal cina ini tidak dinafikan menyebabkan ramai peniaga melayu yang gulung tikar.

Reply

pendapat July 24, 2012 at 1:56 pm

contoh yg paling mudah

harga sekeping zink dijual oleh pembekal cina kepada peniaga melayu RM 1.00

harga sekeping zink dijual oleh pembekal cina kepada peniaga cina RM 0.50 sen…

mcamna peniaga melayu nak jual murah kepada pelanggan kalau mcm ni,,

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: