Salam dan hai semua,

Sebenarnya, baru saya sedar sudah agak lama saya tidak berkongsi maklumat berkenaan SEO. Disini saya kongsikan 5 sumber utama yang saya gunakan ketika membuat kajian kata kunci atau lebih dikenali sebagai keyword research.
1. Google External Keyword Tool

Kebiasaannya inilah tool yang pertama saya gunakan untuk memeriksa kata kunci yang dipilih. Pemeriksaan dari segi jumlah trafik, nilai CPC diperolehi melalui tool ini.
2. Google Insights For Search

Tool ini kebiasaannya akan digunakan selepas pemilihan kata kunci dibuat. Ia lebih digunakan untuk memeriksa graf trafik sama ada menurun ataupun menaik. Ia lebih kurang sama seperti Google Trends tetapi lebih terperinci.
3. Google Trends

Tool ini pilihan kepada Google Insights. Jarang sekali saya gunakan Google Trends sekarang ini disebabkan data yang dikeluarkan lebih kurang sama dengan Google Insights, termasuklah data seperti demografik, languages dan banyak lagi. Saya lebih sarankan untuk gunakan Google Insights kerana ia lebih terperinci.
4. Flippa

Aha! Kebiasannya orang lain menggunakan Flippa untuk menjual ataupun membeli website. Saya lebih menggunakan Flippa ini untuk membuat kajian kata kunci untuk Adsense dan Clickbank.
5. Google Related Search

Untuk tool ini pula, biasanya saya gunakan untuk mendapatkan LSI keyword dan juga long tail keyword. Anda boleh dapatkan teknik ini dengan lebih terperinci disini : Tutorial SEO
Apakah tool yang selalu anda guna? Usah segan untuk kongsikan di ruangan komen di bawah






{ 30 comments… read them below or add one }
Salaam,
Saya gunakan feedjit. Kemudian saya tengok real time untuk melihat apa yang dicari melalui search engine dan image search yang masuk ke blog saya.
wah, teknik yang bagus, terima kasih kerana sudi berkongsi
Dalam 5 yang Tuan Aqill senaraikan, saya gunakan 4 daripadanya. Yang saya belum cuba gunakan ialah Flippa! Hehe.. Thank you for the much needed information
sama-sama cik Puan Dila. terbaik dari ladang!
flippa??? mcmana tu bos?
biasanya , pemilik site tersebut akan sertakan keyword yang telah dirank, juga screenshot earning. So, boleh ambil keyword tu , bina blog, dan rank untuk keyword yg sama. Biasanya sy guna teknik ini untuk cari keyword adsense dan clickbank
insyaAllah kalau berkesempatan, saya buat artikel khas bagaimana mengkaji kata kunci melalui Flippa .com . Itupun kalau yang ramai menyokong
saya mahu!
insyaAllah saya akan adakan post terbaru
Saya pun selalu guna tools yang Tuan kongsikan…
Memang best…
yeah, barang baik
baru nok tera nih..tapi tok tau lagu mano nok guno..
kelih kelih dulu ssini..ggapo hok bleh ambik
insyaAllah, kena datang sini selalu
Terbaik artikel ni dalam mengkaji teori ‘demand & supply’.
terima kasih tuan, saya pun banyak perlu belajar ilmu seo dengan tuan
Terima kasih bro untuk perkongsian ni. Mengingat kembali apa yang telah dilupai
sama-sama Ambo Azhan. moga bermanfaat!
Wonder Wheel lagi satu
ya, tapi untuk Google terbaru ni, dah tiada function Wonder Wheel
kurang menggunakan tools yang dinyatakan. banyak membaca pasal tools berbayar seperti scribe dari copybloggermedia. ada yang percuma rupanya. insha Allah akan dicuba dari semasa ke semasa
ya, itu juga antara tool terbaik, cuma berbayar.
hehe..sebenarnya, saya memang tak tahu menggunakan tool2 ini, walaupun sudah banyak saya baca…:)
hehe, kena takes note kali ini tuan
tips yang terbaik.lepas ni bolehla buat kupasan terperinci cara guna tool ni erk.ramai orang yang mungkin tau tool ni tapi tak tau cara nak guna dengan betul.
ya, insyaAllah saya akan terangkan lebih lanjut lagi satu persatu
Mcm mana yer kaji keyword kat flippa tu?
insyaAllah saya akan terangkan pada post khas nanti. Mudah-mudahan ada masa
Ok.. bgs lah mcm tu… blh jdkan panduan nnti..
banyak rupanya kaedah untuk kajian keyword, saya setakat ni guna Google External Keyword Tool sahaja..
Saya mazlan ingin tahu mcm mn nk check sms dan ym yang tersembunyi dari orang lain ? Tujuan untuk mencari bukti seperti isteri saya . Saya suami pada isteri saya ingin mengetahui gerak-geri isteri saya. sekian terima kasih