(Audio) 3 Kepentingan Pemasaran SEO Untuk Pemilik Bisnes Tempatan

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Alhamdulillah, 6 Jan 2013 bersamaan pada hari Sabtu lepas saya telah mengadakan perjumpaan tidak rasmi bersama mentor SEO saya. Beliau yang saya maksudkan adalah, saudara Amirul Faisyal.

Jika anda aktif dalam industri perniagaan internet tanah air sejak 2006-2009, pasti anda mengenali dan gerun dengan kepakaran beliau. Alhamdulillah saya mula mengenali beliau ketika beliau membangunkan blog perkongsian ilmu pemasaran SEM, iaitu JurnalSEM.

Dari situ, hadir niat di hati saya untuk mempelajari ilmu pemasaran SEO. Tidak keterlaluan jika saya katakan beliau individu bertanggungjawab membimbing saya mengenai SEO sejak awal sehingga kini, walaupun secara tidak langsung.

Kini beliau diberi amanah besar dari syarikat penerbangan Air Asia sebagai SEM (Search Engine Marketing) Specialist untuk mempromosikan pakej percutian online, Expedia iaitu syarikat ‘travel online’ yang bekerjasama bersama Air Asia.

Ini pertemuan pertama sejak berkomunikasi selama 4 tahun, ternyata ada satu perbezaan ketara, beliau semakin ‘sihat’ dan saya semakin mengecil. :lol:

Ketika pertemuan, saya mengajak dan menjemput beliau untuk berkongsi kepentingan-kepentingan ilmu pemasaran SEO untuk pemilik bisnes tempatan (local business).

Selepas dipujuk-pujuk & cari dengan pujukan saya, yang katanya tidak mahu direkodkan video untuk menyembunyikan identiti beliau secara umum, beliau bersetuju untuk berkongsi melalui audio.

Dengan kelengkapan asas (rekod guna smartphone sahaja), serta idea timbul dengan tidak sengaja tanpa dirancang, maka perkongsian beliau direkodkan selama 4 minit.

Secara ringkasnya, beliau berkongsi pandangan dan pendapat, antara kepentingan ilmu pemasaran SEO dan kenapa pemilik-pemilik bisnes tempatan digalakkan untuk mempelajarinya adalah :

1) SEO adalah satu pemasaran jangka masa panjang. Bayangkan beliau sendiri mengamalkan ilmu pemasaran ini sejak tahun 2006 dan sehingga kini.

Dalam masa yang sama, pengamal SEO juga perlu sentiasa ‘recharge’ teknik-teknik sedia ada oleh kerana SEO sentiasa dikemaskini secara berkala. Sebagai contoh, apa yang terjadi pada tahun 2011 dan 2011 yakni Google Penguin & Panda Update.

2) SEO adalah pelengkap pemasaran enjin carian (Search Engine Marketing). Ianya pelengkap untuk mereka yang mahu melakukan pemasaran yang memerlukan modal rendah, berbanding Adwords yang menjadi kegemaran utama syarikat besar seperti Maxis, Celcom dan Air Asia oleh keran mereka mempunyai peruntukan yang besar. Ada kalanya, mencecah 7 angka setiap bulan. ;)

3) SEO membantu pemilik bisnes untuk mendapat kata kunci yang sentiasa dicari oleh bakal prospek, terutamanya kata kunci yang mempunyai lebih 3 patah perkataan. Atau dalam bahasa SEO nya dipanggil ‘long tail keyword’.

Sebagai contohnya, kita sebagai penjual kain tudung , secara tidak langsung, kita dapat mengetahui ‘lubuk’ carian yang sentiasa digunakan oleh bakal prospek.

Contohnya :

  • kain tudung ariani online
  • fesyen terkin kain tudung
  • tudung online murah 2012

Apa yang boleh adalah kita boleh hasilkan adalah dengan menyediakan entri perkongsian yang boleh membantu dan menjawab persoalan bakal prospek yang mencari kata kunci ini.

Itulah serba sedikit perkongsian dari beliau. Oh ya, beliau juga menyatakan kemungkinan beliau kembali dalam industri ini dengan membangunkan blog persis apa yang beliau hasilkan sebelum ini, iaitu JurnalSEM.com.

Entri seterusnya dari blog ini juga dari ‘audio recording’ bersama beliau yang berkongsi 3 strategi pembinaan link (link building) yang dijamin selamat dari Google Panda & Penguin.

Akan datang, tunggu!

4 comments… add one

  • Menarik perkongsian ini. Semoga tuan memberikan perkongsian lagi di masa hadapan

  • Saya setuju dengan poin Long Tail Keyword tersebut. Ianya lebih convert berbanding keyword umum dan pendek. Belum cuba, belum tahu. ;)

    • Benar, strategi long tail keyword lebih mengfokuskan pencarian pelawat di Google. More deep keyword = more convert!

Leave a Comment