Salam & hai para pembaca,
Artikel ini, adalah artikel kesinambungan dari artikel yang telah diterbitkan sejak setahun yang lepas! Tidak keterlaluan sekiranya saya katakan saya lah di antara yang terawal, membongkar rahsia buat duit ini kepada umum, selepas saudara Syed Akmal.

Setelah setahun usia artikel yang lepas, saya akui bahawa saya hanya aktif lebih kurang 2 bulan sahaja, untuk melayan karenah pelanggan disana. Hal ini disebabkan diri ini terlalu sibuk dengan urusan lain , lebih lebih lagi masa sekarang ini, saya perlu membahagikan masa untuk mengurus hal syarikat dan juga hal peribadi.
Sampailah hari ini, saya terlintas untuk membuat artikel berkaitan Fiverr selepas melihat sudah banyak panduan digital yang berkisar tentang cara buat duit dengan fiverr ini. Ramai juga yang bertanya pendapat tentang kualiti & keberkesanan produk-produk di pasaran yang berkisarkan tentang cara buat duit dengan fiverr ini.
Saya mengambil keputusan untuk ‘berdiam diri’ & tidak membuat sebarang komen disebabkan saya sendiri tak tahu kandungannya & saya tak pernah membeli mana-mana panduan sekalipun ketika berjinak – jinak buat duit dengan Fiverr ini.
3 Tip Buat Duit Dengan Fiverr
Jadi, dalam entri ini, saya kongsikan 3 tip yang pernah saya gunakan ketika mempromosikan servis di medium pengiklanan servis di Fiverr :
1. Respons Emel Dengan Cepat : Antara salah satu cara ‘closing’ dengan pelanggan Fiverr adalah dengan memberi respons emel mereka dengan cepat. Kebiasaannya, mereka akan bertanya terlebih dahulu sebelum membuat pesanan untuk mengambil servis kita.
Kadang-kadang, ada di antara mereka menghantar emel untuk mengenal pasti adakah kita aktif di Fiverr ataupun tidak. Mereka menganggap servis kita disiapkan dengan lambat sekiranya respons di emel juga lambat. Bagi saya, perkara ini tidak mendatang masalah disebabkan Fiverr akan menghantar notification ke emel sekiranya ada pesanan terbaru di Fiverr
2. Siapkan Servis Dalam Tempoh yang Dijanjikan – Sekiranya anda serius untuk buat duit dengan Fiverr, pastikan anda tetapkan tempoh masa seharian untuk mengurus order di Fiverr. Akibat sebaliknya, anda sendiri akan kerugian kerana tak sempat untuk mengurus order sepertimana anda lihat pada screenshot di bawah.

Tambah-tambah lagi, jika 5-6 order perlu diuruskan setiap hari. Pada peringkat awal , saya berkeras hati untuk menyiapkan 5-6 servis setiap hari, walaupun ketika itu sibuk dengan hal Komik Niaga & niche blog yang dibina. Akibatnya, ramai pelanggan mengambil keputusan drastik dengan ‘cancel order’ kerana task tak dapat disiapkan dalam tempoh masa yang dijanjikan.
Banyak kelebihan lain apabila kita siapkan servis dalam tempoh yang dijanjikan termasuklah mendapat ‘return customer’ kerana mereka cukup berpuas hati dengan servis kita sebelum ini.
3. Upsell - Aha! Mungkin ini trick yang anda terlepas pandang. Antara cara upsell yang saya gunakan di Fiverr adalah membuat tawaran servis tambahan di notepad. Kebiasaannya, selepas selesai menyiapkan servis backlinking di Fiverr, saya akan berikan repot kerja kepada pelanggan , bagi mengenalpasti servis disiapkan secara keseluruhan ataupun tidak. Dalam folder tersebut, saya juga letakkan senarai servis lain berkaitan backlinking .
Dan mengikut pemerhatian saya, 80% pelanggan akan turut mengambil servis berkenaan, asalkan mereka berpuas hati dengan servis yang mereka ambil sebelum ini. Teknik upsell ini tidak terhad kepada servis backlinking sahaja, asalkan anda pandai menawarkan servis yang berkaitan
Jadi , itulah 3 tip yang boleh saya kongsikan, semoga ia memberi manafaat kepada anda semua. Buat duit di Fiverr sangat mudah, asalkan anda tahu apakah jenis trend servis yang paling HOT disana & pandai ‘gunakan’ pelanggan sedia ada.
Poin-poin di atas adalah sesuai untuk pembaca yang pernah buat duit di Fiverr. Secara ringkas, sekiranya anda masih belum tahu asas-asas buat duit di Fiverr, video dibawah mungkin membantu anda.
Jangan lupa berikan komen & soalan tuan dan puan di ruangan komen di bawah







{ 28 comments… read them below or add one }
Tips yang diberikan cukup menarik &
sangat berguna…
Terima kasih
sama-sama tuan Rushaidin!
tips menarik tentang fiverr.Thanks ek
sama-sama mhnizam. moga bermanafaat
Salam..Saya baru je beli 1 gig di fiverr. lepas ni nak try buka gig pula, ditambah pula dengan perkongsian bro hasbul aqill ni memang bersemangat saya.hehe..;-)..thanks bro!
sama-sama, harapa sebarkan kepada kawan-kawan ya!
Bro,mungkin bro boleh buat satu ebook simple cara buat duit dengan fivver
InsyaAllah satu hari nanti, setakat ini, saya hanya fokuskan produk syarikat sahaja & perkongsian melalui blog peribadi ini.
terima kasih atas cadangan
apa servis terbaek utk mndapatkan perhatian dr pembeli di fiverr??? ade yg mengatakan servis social media..
sbb buat mase nie sy hnye baru dpt 1 sale dan sy tawarkan servis design..dan pembeli itu tidak mmberikan sbrang feedback kpd sy selepas task completed..
Haru, saya cadangkan lepas ini anda minta sekali feedback dari mereka dalam mesej yang anda hantar semasa submit tugasan
Rasa berminat juga nak explore2 pasal fiverr ni….
pastinya, kena cuba
fiverr ni, kalau kena gaya. Memang senang sangat nak buat duit..
yes, saya setuju dengan titan
Fiverr ni lubuk duit jugak kalau kena gayanya
yeah, setuju dengan tuan nizam aka peminat jutawan
Saya masih belum mencuba lagi….insyaALLAH saya akan mencubanya
terima kasih ya infonya.
Good luck dwen rasid !
Alhamdulillah servis yang saya tawarkan di fiverr pun dapat sambutan walaupun tidak sekerap mana. Walaupun saya hanya tawarkan servis review/tulis testimonial ebook, saya rasa untung sebab info yang saya terima lebih dari nilai $5. InsyaAllah lepas ini nak cuba buat servis lain pula di sana
yeah, boleh buat duit makan minum. at least , tak usik wang dari sumber pendapatan utama!
salam, fiverr versi malaysia takde ke yang nak buat?..buat web dalam BM ke..
ya, dah ada fiverr versi Malaysia. Ini dia : iwill.com.my, http://malaysiarr.com/
Fiverr ni berpangkalan di ISrael kan?
saya tak pasti plak. apapun, memang boleh buat duit
Ya, Fiverr from Israel. Aku dulu ada akaun, pastu tak sedap hati buat bisnes kt sana, skg dah cansel akaun.
xbrapa nk phmla…..???
salam lupa nak tnye….saye dah dftar fiverr nie tapi say masih lagi x phm macm mne nk ikt arahn die…..so bleh x anda ajar saye mcm mne nk join fiverr nie??? sbb kt all page nie tulis kite kene order brg so kalau kite order mknenye kite kne bayarla ea…ke kite just promote dieorg pnye brg jea…..
Salam,
Terima kasih atas info yang sangat menarik.
Sebagai tambahan, saya terjumpa satu website spt fiverr kat Malaysia.
Pada pandangan saya, Website ni amat menarik dan unik.
Kita boleh tawarkan servis dari RM10 – RM300.
Nak feature servis pun murah.. Cuma RM10 untuk sebulan.(Berbaloi sangat)
Kalau nak letak iklan promosi pun baru RM30 untuk sebulan.
Website ni amat sistematik. Panduan yang diberi pun amat jelas.
Kalau berminat boleh jenguk kat
>>>>>> http://www.servismalaysia.com/
Saya sendiri dah mula letak servis kat website ni. Pendaftaran percuma sahaja. Baru seminggu join dah dapat income RM200. Lumayan sangat.
Terima kasih