Berapa Banyak Pendapatan Bersih Anda Sebulan?

by Hasbul Aqill on November 7, 2010

in Pengurusan Kewangan


Saya sering berjumpa dengan orang yang mempunyai cita-cita tinggi baik dari kalangan saudara mara sendiri mahupunsahabat handai. Memang ramai yang nak kaya cepat. Saya pun sebenarnya macam tu juga. Siapa yang taknak kaya cepat kan?

Dulu saya selalu tertanya-tanya macam mana caranya nak kaya cepat. Mestilah kena usaha tapi orang kaya yang kita tengok yang kaya cepat, macam tak berusaha sangat pun. Mungkin orang yang kita tengok tu ada termasuk dalam kategori orang macam ni:

Kahwin dengan orang kaya

Yang ni memang strategi paling mudah saya rasa. Cari saja mana-mana datuk yang kaya raya dan ajak dia kahwin. Kalau nasib baik datuk tu tergoda, bolehla kita menumpang sama jadi kaya kan. Tapi macam mana pula kalau kita ni lelaki? Susah pula nak cari wanita kaya berpangkat datuk ni. Kalau ada pun rasanya macam tak kena pula.

Masuk pertandingan dan berharap pada nasib dan bakat

Mungkin ada diantara kita sebelum ni yang mencuba nasib menyertai pertandingan nyanyian, pertandingan hafal lirik dan jawab soalan. Ala, yang glamer macam “Who Want To Be A Millionaire” tu.. Ataupun macam Jangan Lupa Lirik ke.. Kalau kita betul-betul berbakat dan mempunyai nasib yang bertuah, mungkin kita boleh jadi kaya. Tapi, kalau menang pun, berapa lama kita boleh pertahankan kekayaan kita? Sebulan? Dua Bulan?

Jadi, kalau anda tidak termasuk dalam 2 kategori diatas, macam mana anda nak jadi kaya? Lebih spesifik lagi, macam mana anda nak kaya cepat? Boleh ke?

Dalam Strategi Wang, ada ditunjukkan cara-cara untuk jadi kaya dan cara untuk jadi kaya dengan cepat. Yang penting sekali, anda perlu tahu berapa pendapatan bersih anda dalam sebulan.

Macam mana nak kira pendapatan bersih anda sebulan?

Misalnya gaji anda sekarang adalah RM 3000. Ini purata pendapatan orang bekerja di Kuala Lumpur.

Bila anda dapat gaji RM 3000 ni, ia belum ditolak EPF. Ini yang ramai orang terlupa nak kira. Selalu ingat gaji dia 3 ribu sedangkan bila dah tolak EPF sekitar RM 2800 je sebulan.

Kemudian, gaji banyak tu anda nak tolak duit bayar kereta. Biasanya orang bergaji 3 ribu ni pakai kereta Persona. Kalau tak silap saya, Persona kalau full loan atau duit muka rendah sekitar RM 600 sebulan. Ni kira anggaran kasarla.

Jadi, gaji anda sekarang dah tinggal RM 2200. Lepas tu anda perlu kira duit bayar rumah pula. Kalau anda duduk di KL, tak kurang RM 800 sebulan. Ini biasanya rumah sewa dapatla harga ni. Ini belum masuk bil, dan macam-macam lagi. Tinggal RM 1400 gaji anda.

Kita kira pula berapa banyak duit yang anda belanjakan untuk makan anda setiap hari. Untuk seorang, kalau anda jenis bujang dan banyak makan diluar, saya boleh katakan paling rendah pun anda belanja dalam RM 20 sehari bersamaan dengan RM 600 sebulan. Ye la, duduk KL ni banyak godaan. Kadang-kadang kawan ajak pergi makan KFC, Secret Recipe, McDonald..

Maka tinggal RM 800 saja sebulan..

Kita nak kira minyak pula. Duit minyak kereta anda yang anda guna dari rumah pergi ke tempat kerja paling kurang pun RM 10. Sabtu ahad walaupun tak pergi kerja, mungkin anda ada pergi shopping ke, jalan-jalan keluar, jadi sebulan purata dah RM 300. Campur lagi dengan bayar tol sehari RM 5. Maka tinggal la gaji anda RM 350.

Itu belum campur lagi dengan ‘duit hiburan’ anda nak pergi tengok wayang dengan kawan, nak beli barang dapur, nak beli barang rumah, nak hulur orang tua, dan macam-macam lagi. Kalau anda ada hutang kad kredit, bank rakyat, dan lain-lain lagi, macam mana pulak?

Jadi berapa sebenarnya pendapatan bersih anda selepas tolak itu ini? Kalau anda berada pada tahap negatif, maksudnya anda tak boleh tunggu lama. Anda kena pulihkan sekarang dengan cara dapatkan nasihat pakar kewangan sebelum anda jadi lebih teruk lagi.
Kalau cukup-cukup makan, simpanan pun tak ada, anda perlu belajar ilmu kewangan dari sekarang supaya anda boleh mula menyimpan.

Saya bukan apa, saya cuba mengajak anda berfikir dan menyedarkan anda tentang kehidupan dan kewangan anda. Biasanya anda mungkin kelam kabur dan terus terfikir cara nak tambah duit. Saat itu jugalah anda terperangkap dengan skimpskim cepat kaya yang menjanjikan anda pulangan.

Ingin saya ingatkan anda, pelaburan atau skim apa sekalipun, pelaburan yang terbaik adalah pelaburan terhadap ilmu. Tanya saja mana-mana orang kaya yang melalui jalan yang betul untuk kaya. Ilmu lah pelaburan yang terbaik.

Ramai yang silap.. Bila nampak dah ada masalah dari segi pendapatan, mereka terus cari cara nak tambah duit cepat. Sedangkan sebelum anda bermula untuk tambah duit, anda perlu belajar dulu ilmu kewangan.

Sebab tu lah saya sangat mencadangkan kepada anda pakej Strategi Wang oleh Ammar Zahar dan Abang Abu ni. Saya tak mahu nak rekemen banyak-banyak. Anda beli, dan anda belajar serta nilai sendiri kursus tersebut. Kalau anda rasa ianya tak berbaloi, ada jaminan pulangan wang.

Maklumat lanjut, pergi ke www.StrategiWang.com . Jika anda tak beli pun, anda isikan email anda (bila anda close page tu, klik cancel dan isikan email) kerana anda akan mendapat 4 video percuma mengenai ilmu kewangan yang saya rasa sangat berharga.

Ikhlas dari saya demi kemajuan hidup anda. Saya tumpang gembira jika anda berjaya jadi kaya dan berjaya bebas kewangan!

{ 9 comments… read them below or add one }

Ikhtiar November 7, 2010 at 9:35 am

artikel yang menarik…
kita perlu pandai mengurus soal kewangan bermula dari sekarang ;)

Reply

Hasbul Aqill November 7, 2010 at 4:29 pm

tq bro!
bukan sekarang, tapi sejak kecil dahulu perlu diajar financial planning ni ;)

Reply

bestari November 12, 2010 at 11:48 pm

salam,

frankly, sy bukn promote cuma berkongsi sesuatu yang baik. berikut adalah link tentang rahsia kekayaan. sy sarankn bro rujuk page 2 ( bermula :: POST 1 DARI 4 ::)

selamat beramal :)

Reply

bestari November 12, 2010 at 11:49 pm

salam,

sy ingin berkongsi sesuatu yang baik. berikut adalah link tentang rahsia kekayaan..

http://tinyurl.com/rahsiakekayaanryan80

sy sarankn bro rujuk page 2 bermula :: POST 1 DARI 4 ::

selamat beramal :)

Reply

Hasbul Aqill February 27, 2011 at 10:50 am

terima kasih kerana berkongsi link ini :)

Reply

haru February 27, 2011 at 12:34 pm

daku ingin mencari datin2 yg sudah menjadi janda..msti byk duet :D
$$$$$$

Reply

Hasbul Aqill February 27, 2011 at 12:38 pm

itu cara terpantas dan terbaik! :D

Reply

amirnawawi April 18, 2011 at 9:27 pm

wah!! memang itulah cara yg paling baik dan cepat.. but the problem is, ade ke janda nak kt diri kita nih..hu3

Reply

Sham EdyMart April 18, 2011 at 9:28 pm

Artikel yang menarik… Pandangan saya, kita sering lupa untuk mengira pendapatan bersih… dalam bidang perniagaan pula.. kadangkala berniaga dah rasa untung, tetapi, penat, masa, tenaga tidak di kira sebagai kos perniagaan … Fikir-fikirkanlah …

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: