Buat Duit Dengan Nuffnang – Menjana Idea Blog

by Hasbul Aqill on March 3, 2011

in Perniagaan Internet

Masalah pemilik blog ketika pertama kali membangunkan blog, berasaskan niche yang berbeza adalah kekurangan idea untuk mengemaskini entri secara konsisten. Masalah ini bukanlah perkara baru yang dialami oleh pemilik blog, malah ia juga turut berlaku pada penulis-penulis akhbar, buku di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Menurut Jeniri Amir dalam buku Buat Duit Dengan Menulis, beliau menyatakan masalah ini hanya mitos semata-mata. Rata-rata penulis tidak mempunyai idea kerana mereka kurang peka dengan keadaan sekeliling, bagi mendapatkan bahan penulisan mereka.

Sama juga seperti pemilik blog, kita perlu sentiasa peka dengan perkembangan topik yang kita ingin ulas di blog, bagi memastikan entri di blog kita terus segar, serta menarik perhatian pihak pengiklanan seperti Nuffnang, untuk membayar kos iklan yang tinggi.

Merujuk Entri Blog Lain

Menulis menggunakan ‘teknik olahan’ merupakan cara yang terbaik, bagi menangani masalah kekurangan idea untuk menulis entri di blog. Kita perlu sentiasa kemaskini dengan bahan-bahan rujukan di sekeliling, supaya ia dapat memberi rangsangan untuk terus mencetus idea-idea entri.

Contoh bahan-bahan rujukan adalah entri di blog lain, yakni blog yang mempunyai autoriti. Ini berikutan segala maklumat yang terkandung dalam blog tersebut mempunyai nilai yang tinggi pada pandangan pembaca.

Apa yang boleh kita lakukan adalah baca semula entri tersebut, kemudian olah semula ikut gaya tersendiri. Pastikan kita menyatakan bahawa sumber tersebut dirujuk daripada tuan empunya blog tersebut. Ini secara tidak langsung menggambarkan bahawa kita melakukan rujukan, sebelum menghasilkan entri.

Contoh Mudah

Sebagai contoh, blog Ali Zain (bukan nama sebenar) menyatakan bahawa pemasaran internet yang efektif pada tahun 2011, adalah menerusi laman social networking terbesar di dunia, yakni Facebook. Ini kerana Facebook mempunyai lebih 500 juta pengguna aktif, dan 50% daripadanya mempunyai kuasa membeli yang tinggi.

Jadi, entri blog terkini kita akan kelihatan seperti di bawah:

Pemasaran Facebook kini dilihat mempunyai potensi yang tinggi, untuk para usahawan memasarkan produk mereka. Menurut pakar pemasaran internet, Ali Zain menerusi blognya, AliZain.com, beliau menyatakan bahawa pemasaran Facebook dapat dijadikan sebagai pusat utama para usahawan memasarkan produk di internet.

Ini kerana beliau mendapati laman Facebook kini mempunyai lebih 500 juta pengguna aktif, dan 50% daripada jumlah pengguna tersebut mempunyai kuasa membeli yang tinggi, yakni golongan umur yang berusia sekitar 23 hingga 50 tahun.

Lebih Banyak Entri, Lebih Tinggi Kos Iklan

Demikian perkongsian di atas adalah teknik yang boleh kita gunakan, bagi menghasilkan lebih banyak idea untuk menerbitkan entri di blog. Menerusi penghasilan idea-idea ini, ia dapat membantu kita menerbitkan entri yang berkualiti, seterusnya menarik perhatian Nuffnang untuk membayar iklan di blog kita dengan kos yang tinggi.

Biodata Penulis

Entri ini ditulis oleh Aqif Azizan. Jika saudara mahu menjana pendapatan melalui internet dengan nuffnang, maka muat turun laporan percuma yang menerangkan langkah demi langkah, untuk menjana RM1 pertama menerusi Nuffnang.

*kredit gambar di spblogger.com*

 

{ 22 comments… read them below or add one }

sarana March 3, 2011 at 11:04 am

sy mmg mpunyai mslh kkurangan idea nk tulis entri..sbb sy kurg mbaca, tgk berita pn kdg2..mgkn sibuk dgn ank2 n kerja..so tkde ms..ape pn pnduan di atas sgt bguna..tq

Reply

Aqif Azizan March 3, 2011 at 3:43 pm

Terima kasih kerana sudi berkongsi punca masalah Cik Puan. Benar, kekurangan masa membaca atau mendalami ilmu-ilmu dari pelbagai medium, adalah punca utama kita menghadapi kesukaran untuk menulis.

Namun untuk cara mudah, kita boleh gunakan buku nota kecil (555 contohnya), catitkan segala idea yang muncul di sekeliling kita.

Selamat mencuba. ;)

Reply

Fikri Mujahid March 3, 2011 at 11:08 am

hasbul..niche tu ap ye..x fhm sgt.
baru nk bjinak2.hehe

Reply

Aqif Azizan March 3, 2011 at 3:44 pm

Tuan Fikri Mujahid yang dihormati, niche itu adalah kelompok kumpulan yang mempunyai minat yang sama.

Sebagai contoh, sekumpulan budak muda yang meminati gitar. Maka ini juga disebut sebagai ‘niche’.

Terma itu dalam Bahasa Inggeris. Terima kasih. ;)

Reply

fikrimujahid March 7, 2011 at 12:42 pm

terima kasih ye..=)
byk lg tak tahu ttg
IM ni.nk kena blajar ngn
pro2 spt saudara.

Reply

ohcikgu March 5, 2011 at 3:58 am

banyak sebenarnya benda yang kita boleh buat untuk tulis artikel. Cuma kita kena fikir sikit la..

Reply

Aqif Azizan March 5, 2011 at 10:44 am

Benar OhCikgu. Terima kasih kerana sudi berkongsi. :)

Reply

Hadi Rofiee March 5, 2011 at 7:56 am

Salam.

Izinkan saya bertanya berkenaan dengan teknik olahan itu. Adakah ia akan memberi kesan dari segi artikel yang sama yang ditulis berkali2, walaupun olahannya berbeza?

Terima kasih. ;-)

Reply

fatimah March 5, 2011 at 8:41 am

Tuan, saya menyukai kanak2 sekitar usia 4,5 & 6th, juga pengusaha tadika di awal tahun ini. Minta Jasabaik tuan, apakah yg seeloknya utk dimuatkan dlm blog saya nnti.

Reply

Aqif Azizan March 5, 2011 at 10:45 am

Cik Puan Fatimah yang dihormati. Berkenaan soalan Cik Puan, saya sarankan agar dapatkan buku kanak-kanak, dan kongsikan cerita tersebut dengan olahan tersendiri menerusi blog.

Kanak-kanak sekitar usia 4, 5 & 6 tahun sekarang pun sudah pandai menggunakan internet. :)

Reply

Mohd Isa March 5, 2011 at 11:07 am

idea menulis banyak, tapi idea untuk menghasilkan pendapatan kurang. boleh bro aqif ajarkan tak?

Reply

Aqif Azizan March 5, 2011 at 9:09 pm

Untuk idea menghasilkan pendapatan, saya hanya boleh mengeluarkan teori dan analisis sahaja buat masa ini. Kerana saya sendiri sedang belajar. Terima kasih Tuah Mohd Isa atas saranan ini. :)

Reply

cayrul March 5, 2011 at 2:51 pm

berapa kerap tuan tanah post entri per week? adakah ianya menjadi faktor juga?

Reply

Aqif Azizan March 5, 2011 at 9:11 pm

Jika lihat pada blog Aqif Azizan, saya hanya menggunakan gambar sebagai entri blog. Ini kerana kebanyakkan masa diluangkan untuk menghasilkan artikel guest post.

Berkenaan soalan Tuan, ia adalah faktor tetapi bukan faktor utama. Ini berikutan Glen Allsopp, pemilik Viperchill.com adalah individu yang 2 kali seminggu kemaskini entri di blog beliau, namun setiap entri itu mempunyai nilai yang tinggi.

Terima kasih. :)

Reply

BLOG KISAH2 KELAKAR March 5, 2011 at 4:00 pm

MMG BERGUNA ILMU NIE..HARAP DAPAT SAMA2 PRAKTIS.. ;-)

Reply

Aqif Azizan March 5, 2011 at 9:13 pm

Sama-sama. Sekadar berkongsi ilmu sahaja. :)

Reply

Da'us March 5, 2011 at 11:55 pm

Salam bro aqif.. entry ni agak menarik.. so maknenye klu takde idea sgt, lbh baik kte buat blog personal yg xfokus pd mne2 niche.. so snang nk dpt idea ttg current issue kn.. juz check ape keyword yg popular yg org search stiap hari & buat entry berkaitan kyword tu.. boleh ke cmtu..? thanx bro

Reply

Tukang Review March 15, 2011 at 3:54 pm

Salam bro Aqif. ‘Teknik olahan’ tu memang patut digunapakai oleh penulis-penulis blog. Daripada satu idea yang dibaca, jika diolah boleh menjadi lima idea yang lebih besar berdasarkan kreativiti masing-masing. Perkongsian menarik dan teruskan berkongsi bro :)

Reply

Amirez March 27, 2011 at 10:25 pm

tips yang sangat berguna.
teknik olahan biasanya yang jadi masalah,
kecuali dah ada rentak sini dalam blogging

Reply

MDHAFiZ.NET May 21, 2011 at 10:16 pm

begitu byk ilmu blogging yg saya x tahu rupanya..

Reply

cho zila August 17, 2011 at 11:50 am

seronok dapat baca artikelni… selalu baca cam terlalu umum yang ni detail sikit.. akak kena banyak belajar lagi… suka blogni…

Reply

Hasbul Aqill August 17, 2011 at 11:54 am

terima kasih, kena selalu berkunjung ke sini nanti :D

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: