Buat Duit Dengan Fiverr Dot Com

by Hasbul Aqill

in Buat Duit Di Internet

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Oh, post kali ini saya akan bongkarkan satu lagi lubuk duit sampingan. Mungkin anda sudah tahu berikutan Syed Akmal sudah membongkarkannya pada tempoh hari. Namun , seperti saya dan juga Syed Akmal, memang prinsip kami untuk berkongsi apa sahaja perkara asas supaya anda semua sekurang-kurangnya mendapat duit sampingan melalui internet.

Pada peringkat awalannya, saya mengenali Fiverr.com dari salah sebuah forum terkenal, DigitalPoint.com. Namun thread tersebut tidak seberapa menarik minat forumer disana mungkin atas sebab pembuka thread tidak menyatakan cara beliau membuat duit melalui Fiverr.com. Namun setelah saya fikirkan apa peluang yang saya boleh gunakan di Fiverr.com, pada 2-3 hari kemudian, saya cuba untuk membuka satu Gigs iaitu servis membuat 30 backlinks ke Social Bookmarking.

Tak disangka-sangka, pada malam itu, juga saya mendapat emel dari Fiverr.com bahawa terdapat order dari servis tersebut. Ok, berbalik kepada tajuk asal, Bagaimana nak buat duit dari Fiverr.com?

Fiverr.com merupakan satu laman web yang menempatkan servis atau freelance job yang boleh didapatkan sebanyak 5 usd sahaja. Berdasarkan quote Fiverr.com “The place for people to share things the are willing to do for $5″ , apa sahaja servis atau kerja yang anda mampu lakukan pada kadar bayaran 5 usd sahaja.

“Alah , 5 usd saje, macammana nak belanja awek?” keluh Akmal sambil mengangkat keningnya oh!

Mungkin 5$ itu satu nilai yang amat sikit dari pandangan anda, namun saya tegaskan disini, sekiranya anda mendapat sekurangnya 2 order sehari, cuba bayangkan apa terjadi apabila cukup sebulan anda “merempat” di Fiverr.com. Sudah 60 usd bukan? Bak rohaizad “Tak datang $100 kalau ditolak $10 itu”. Oleh itu, cuba banyakkan lagi Gigs/servis anda di Fiverr.com, lambat laun, makin banyak sayang anda berikan kepada Fiverr.com :D

“Aqill, aku takdek idea la nak buat servis di Fiverr.com”.

Ok, mungkin kebanyakan dari anda tak ada idea untuk lakukan servis di Fiverr.com. Suka saya beri satu contoh servis yang anda mampu buat di Fiverr.com.

1. Pergi ke Tradebit.com, search di sana ebook atau sofware yang hanya bernilai 1$ sahaja. dan jual di Fiverr.com

2. Apa kemahiran anda? Menulis, design, suka memberi idea? cuba buka servis di sana dan mungkin ia kelihatan pelik tapi permintaan tinggi.  Tahukan anda di Fiverr.com, terdapat servis “Saya akan bacakan anda “Bedtime Story” ketika anda mahu tidur?

Oh, sebelum saya akhiri post ini, ini sedikit screenshot untuk anda sebagai tarikan semangat sebelum anda memulakan servis di Fiverr.com

 

Jumpa lagi dan selamat beramal.. ;)

p/s – anda perlukan akaun Paypal untuk keluarkan duit dari Fiverr.com, kalau dari kalian masih tiada akaun, sila maklumkan ya :)

pp/s – Pada pemerhatian saya, alexa ranking Fiverr.com semakin hari semakin meningkat, menunjukkan trafik/pengunjung semakin meningkat. Kebarangkalian untuk anda mendapatkan pelanggan juga semakin banyak!

{ 26 comments… read them below or add one }

sofian June 11, 2010 at 7:03 pm

alamak..dah ada lagi orang buka cerita :P
hehehe…tahniah sebab buka 1lagi peluang untuk orang tengok banyak lagi peluang buat duit online :)

good sharing :)

Reply

Hasbul Aqill June 11, 2010 at 7:35 pm

“the more you give the more you receive” . percayalah satu hari nanti, apa yang kita terima lebih banyak sekiranya kita ikhlas memberi ;)

Reply

hasbulaqill June 11, 2010 at 9:05 pm

thanks bro, servis backlink juga boleh buat tuh :D
target customer besar dan buat kelainan, insyaAllah banyak order dalam sehari :D

Reply

aktechpage.com June 12, 2010 at 5:01 am

Thx for sharing the info bro…

Reply

alif June 12, 2010 at 9:43 am

Thanks bro :)

Reply

alantanblog June 12, 2010 at 4:29 pm

Memang menarik! :-)

Malah Clickbank Profit Storm juga promote site ini

Reply

Hasbul Aqill June 12, 2010 at 4:30 pm

welcome aliff. selamat mencuba!

Reply

Zairi Zaidi June 15, 2010 at 4:13 pm

Kalau orang rajin dan banyak masa memang sesuai buat duit kat sini. Saya pernah saja2 letak gigs, tak sangka pulak ada orang minat. Tapi dah tolak job tu sebab masa. Huhu

Bro, jual product pun boleh ke? Kalau boleh jual, maknanya lagi senang kerja)

Reply

ummu June 16, 2010 at 5:13 pm

“the more you give the more you receive” . percayalah satu hari nanti, apa yang kita terima lebih banyak sekiranya kita ikhlas memberi ;)

menarik pendapat saudara ini.seperti pendapat suami saya juga.

Terima kasih banyak ilmu saya perolehi di blog saudara.Moga Allah berkati.Maklumlah saya newbie sangat, minta dihalalkan ilmu yang diberi

Reply

hanafiwawi June 21, 2010 at 12:28 pm

Wah menarik saya baru tahu teknik nih.. terima kasih bebanyak laa bagi teknik nih dapat jugak idea nak buat duit online

Reply

Hasbul Aqill June 21, 2010 at 2:39 pm

sama-sama tuan! dah boleh praktikkan tu :)

Reply

Bro Yusri June 21, 2010 at 10:20 pm

terima kasih kerana berkongsi…

Reply

zam June 25, 2010 at 6:27 am

thx aqil

Reply

idan July 1, 2010 at 9:54 am

thanks bro.. ada member kenalkan dengan fiverr ni, upah design yang melampau murah. boleh gugat designer tempatan ni. Aku pon ada gak letak service sesaja.. and dapat pelanggan :) mmg tempat yang bagus untuk tambah duit poket. Sorang kawan aku dah ketagih dok “photoshop” gambar orang putih.. penah 1 hari sampai $65 , untuk keja tak sampai 1 jam. berbaloi sangat2.

* *
“anda mendapat sekurangnya 2 order sehari, cuba bayangkan apa terjadi apabila cukup sebulan anda “merempat” di Fiverr.com. Sudah 60 usd bukan? ” bukan 60.. tapi 300 USD

Reply

Hasbul Aqill July 1, 2010 at 1:46 pm

mmg x cukup tgn nak siapkan gigs. hehe! apapun, be creative :)

Reply

Faiz July 1, 2010 at 3:21 pm

mcm best… tp sy xda akaun paypal lg.. mcm mana nk buat ek? apa procedure n syarat2nya…..

Reply

Hasbul Aqill July 1, 2010 at 4:08 pm

Faiz. saudara smartzul ada menjual panduan lengkap paypal http://www.duitdigital.com/index.php?ref=duitpaypal

Reply

khairole July 2, 2010 at 12:59 pm

bagus info ni.
Maksudnya kita beri servis untuk orang lain la ye?
terima kasih.

Reply

Hasbul Aqill July 3, 2010 at 2:21 am

@khairole – ya atau disebaliknya. semuanya boleh asalkan buat sesuatu yang kreatif :D

Reply

najmi July 12, 2010 at 6:25 pm

saya ada akaun paypal tapi x tahu nak guna mcm mana…

Reply

Hasbul Aqill July 12, 2010 at 8:15 pm

@najmi boleh consider untuk dapatkan pandual paypal dari smartzul. untuk keterangan lanjut. boleh check disini :
http://www.duitdigital.com/index.php?ref=duitpaypal

Reply

Team Terabiz November 19, 2010 at 8:19 am

fiver amik 1 USD daripada setiap transaksi jadi tak dapat 5 usd pun, dapat 4 usd jah..

kalau pandai exploit fiverr, memang pak cik kaya! hehe..

Reply

haru November 25, 2010 at 12:29 pm

yup..wlupun 4usd..kalo dpt 20 tmphan dah byk dah..
servis pn kbykan yg ‘giler2′ dan kdg2 aku pn tergelak duk bacee..ahaha~

Reply

Zulhilmi Zainudin May 27, 2011 at 1:59 am

Baru minggu lepas siapkan satu job untuk mat salleh (dari negara mana saya tak pasti). Design e-Cover je pun :) Fiverr memang best! Yosh!

Reply

Faris Azaki May 27, 2011 at 10:29 am

Menarik! Sangat Menarik! Tapi boleh ker kalau jual produk. Kalau yang macam hasbul cakap tadi. Beli Produk dekat tradebit.com pastu jual kat fiveer?

Reply

setia June 19, 2011 at 4:39 pm

gimana yah aq punya jasa ada yang mau beli tapi ga tau caranya, aq udah punya paypal nya,, bantin dong,,,

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: