Bukan senang untuk berjaya dalam perniagaan

by Hasbul Aqill on July 13, 2010

in Kuasa Minda, Motivasi, Peribadi, Perniagaan Internet

Assalamualaikum dan hai semua,

Sejak 2 minggu kebelakangan ini, saya agak sibuk untuk mengurus hal sendiri serta memastikan projek Komik Niaga dilancarkan dengan sempurna. Tidur di ofis dan tak menentu , makan pun lebih kurang , itu menjadi perkara biasa selama ini. InsyaAllah, selepas ini, saya kembali normal dan fokus kepada kerja sendiri.

Untuk makluman anda, sekarang ini saya agak sibuk untuk melancarkan satu projek amal iaitu Komik Niaga. Saya tak akan mengulas lanjut di sini, dan sekiranya para pembaca berminat untuk mengetahuinya, bolehlah lawati ke KomikNiaga.com.

Sejak awalan saya bergiat aktif dalam dunia perniagaan internet, ramai di antara rakan saya melontarkan soalan “Senang ke nak buat duit online?”. “Kalau gagal, siapa nak tanggung”. Lebih kurang begitulah persoalan yang dilontarkan sampaikan saya terdiam dan mengambil keputusan mendiamkan diri supaya tiada perselisihan faham di antara kami.

Para pembaca sekalian,

Ironinya, apabila minda kita sendiri yang menganggap bukan mudah untuk berjaya dalam sesuatu bidang, segala sistem dan kelakuan kita secara tidak langsung akan membawa diri jauh dari kejayaan. Kejayaan adalah bukan nasib semata-mata. Ia akan datang sekiranya anda yakin serta berusaha untuk menggapainya. Malangnya, ia tidak begitu kepada sesetengah pihak. Bagi mereka, kejayaan adalah nasib semata-mata. Ada yang menyalahkan keturunan sendiri sebagai sebab mereka tidak berjaya. Ada pula yang menyalahkan orang lain padahal diri sendiri tiada kehendak. Allah sendiri bersabda, sekiranya manusia berusaha, pasti AKU berikan kejayaan baginya.

Fikir-fikirkan

Thomas Edison mencuba mentol lampunya beribu kali. Setiap kali mentol yang diuji tidak menyala, beliau menerima ia seadanya. Iaitu mentol itu tidak menyala (tidak menjadi) dan terus dengan ujian berikutnya sehinggalah ianya menyala.

Kalau beliau menganggapnya sebagai kegagalan, kemungkinan besar  kita masih lagi menggunakan pelita untuk mendapat cahaya di waktu malam.

Ya, YAKIN BOLEH!

Nasihat saya, sekiranya para pembaca mahu memulakan perniagaan internet ataupun yang sudah menceburi perniagaaninternet, usah takut untuk gagal serta yakin pasti berjaya. Sekiranya masih di takuk lama serta berfikiran negatif terhadap perniagaan, saya pasti dan yakin para pembaca akan menemui kegagalan kerana diibaratkan anda sendiri menarik masuk sifat kegagalan itu dalam kehidupan.

Oh, sebagai penutup, jangan lupa download Edisi 1 Komik Niaga 15hb ini.  Berikut adalah gambar cover page  Edisi 1. Untuk keseluruhan, saya akan update di Fan Page Komik Niaga.

{ 6 comments… read them below or add one }

Aliff Adha July 13, 2010 at 12:19 pm

menarik gak… x sabar nak download nih bro….

Reply

Hasbul Aqill July 13, 2010 at 8:17 pm

tunggu saja 15hb. jang lupa like Komik Niaga fan page :D

Reply

Hafiz Nasser July 14, 2010 at 10:08 am

pada saya hakikatnya mmg bukan senang nak berjaya. banyak cabaran dan dugaan yg kita kena tempuh sebelum temui kejayaan. apa yang penting, cara pembawakkan dan mindset kita terhadap apa yg kita nak capai. keep it up bro. saya pasti anda boleh! kita semua boleh!

Reply

Usahawan Remaja July 15, 2010 at 3:50 am

Komik ni seperti menarik untuk dibaca.

Tahniah keyword Perniagaan Internet blog ni no.1

Reply

alif July 15, 2010 at 8:32 pm

Terbaik bos.. :) ) maintain sedap..

Check this out!!
http://arelif.com/

Reply

Firdaus Manaf January 18, 2012 at 3:28 pm

Betul. Bukan Senang nak berjaya. Hanya orang yang memiliki keinginan yang tinggi untuk berjaya sahaja yang akan mengecapi kejayaan.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: