Dari Blog Murahan, Kini Majalah Niaga Muncul Di Astro Awani

Assalamualaikum dan hai,

Alhamdulillah, tanggal 1 Februari 2013 menjadi detik bersejarah kepada seluruh warga team Majalah Niaga dimana kami telah dijemput untuk berbicara dan berkongsi mengenai peluang bisnes informasi online oleh Astro Awani, salah satu rangkaian televisyen tanah air.

bisnes alternatif astro awani

Dalam tempoh 15 minit di rancangan Bisnes Alternatif, saya diminta untuk berkongsi bagaimana kami membangunkan dua blog keusahawanan ini sejak 2 tahun serta menjadi rujukan utama 30,000 usahawan dan bakal usahawan di Malaysia.

Untuk makluman, Majalah Niaga pernah dijemput sebelum ini, dimana tuan Aqif Azizan menjadi wakil bagi membincangkan topik tentang kepentingan memiliki ijazah dalam perniagaan, turut sama ketika itu adalah tuan Adly Mukhtar, CEO Flarebiz Network.

Pengalaman pertama muncul di kaca televisyen bukan suatu perkara yang mudah, lebih lebih lagi jemputan ini diterima 3 hari sebelum broadcasting dan banyak persiapan dilakukan pada saat akhir.

Namun saya sedaya upaya untuk menjawab segala soalan dihantar dengan baik dan harap semua penonton berpuas hati. Jadi yang mana tidak berkesempatan atau belum menonton, berikut adalah video penuh slot Bisnes Alternatif bersama Majalah Niaga.

Ucapan terima kasih kepada Abang Ensem, selaku penulis bersama Majalah Niaga yang mencadangkan Majalah Niaga kepada pihak Astro Awani. ;)

22 comments… add one

  • memang membangakan bila dapat masuk tv kan..

  • Tahniah Tuan.. Semoga lebih berjaya.

  • Danial Abdul Rahim

    Tahniah Tuan Hasbul Aqil :D

    Makin lama, Majalah Niaga makin hebat. Sememangnya ia adalah usaha keras tim Majalah Niaga selama ini.

    Saya doakan tahun 2013 ini Majalan Niaga lebih sukses.

    Ikhlas,
    -Danial Abdul Rahim

  • Tahniah sahabatku, Tuan Hasbul Aqill! :D

    • Terima kasih tuan Aqif, selamat maju jaya kepada team Write To Wealth!

  • Mantap sekali bos. Semoga Majalah Niaga terus sukses!

  • Congratulations to all Majalah Niaga Team!
    Anda memang hebat!

    • Terima kasih tuan wanzaki, tuan juga sangat hebat, semoga brand JelitaSara boleh pergi jauh lagi. :-)

  • tahniah tuan..patut ada perasan haritu dekat tv..

  • Dah lama saya mengikuti penulisan awak… pada saya.
    .. walaupun gaya awak agak simple.. tapi penulisan awak memang menarik.
    . tahiah :)

  • Tahniah Tuan Aqill,
    baru baca posting ni sebab sebenarnya baru sahaja follow blog ni. dahulu baca di majalahniaga.com sahaja. moga tuan terus suksess.amin

  • Tahniah tuan!

    Biar bermula dari blog murahan tetapi akhirnya mahal dengan nilai informasi.

    Semoga lebih success di masa2 akan datang tuan.

  • Tahniah tuan Hasbul Aqil .. saya tumpang bangga.

  • Jangan merasakan blog murah tak dak hasil..kan dah dapat masuk TV tu..huhu

    Saya akan sentiasa melawat di blog ini. Sekian :)

  • salam broo…bangga dengan lu broo..senang2 mai la singgah blog gua komen apa yang patut…nak terer kena belajaq dengan orang terer betui dak broo..apa2 pun tahniah broo..teruskan usaha anda

  • Hebat.. Moga terus maju jaya.

    Banyak saya dapatkan manfaat dari web majalah niaga,
    dan menjadi inspirasi kepada bisnes online saya.

Leave a Comment