Salam & hai para pembaca yang budiman sekalian.
Nampaknya, blog ini sudahpun mula berhabuk dan boleh dikatakan saya hanya mampu update entri sekali sebulan. Apapun, saya masih lagi disini, memerah keringat untuk mencari rezeki sesuap nasi:D
Sekali lagi , entri ini adalah berkaitan dengan projek kendalian syarikat bersama, iaitu Inovattic Solution. Buat masa ini, saya hanya fokuskan dua projek mega iaitu Majalah Niaga dan Komik Niaga. Segala hal peribadi dihentikan buat masa sekarang ini.
Alhamdulillah, buat pertama kalinya, saya dan Aqif Azizan berjaya melancarkan Edisi 18 Majalah Niaga. Dalam edisi kali ini, kami berjaya menemuramah seorang usahawan yang luar dari bidang perniagaan, iaitu Tuan Saiful Nang. Pemilihan ini dibuat selepas saya mendapat cadangan dari salah seorang penulis Majalah Niaga, Cik Puan Jamilah.
Terima kasih saya ucapkan dan alhamdulillah, cadangan tersebut akhirnya menjadi kenyataan. Saya sendiri pun tidak menyangka.
Temuramah telah dilangsungkan melalui Skype dan tuan Saiful Nang berjaya berkongsi , menjawab persoalan kami dengan baik selama 32 minit. Mungkin ada beberapa masalah pada audio kali ini disebabkan temuramah dijalankan melalui perisian Skype dan ini pengalaman pertama kami. Mudah-mudahan, ia menjadi peringatan buat kami supaya berhati-hati dan menggunakan kaedah ‘pertemuan’ sebagai pilihan utama.
Saya tidak akan menerangan dengan panjang lebar tentang Edisi 18 pada entri ini. Tuan puan disarankan untuk memuat turun Edisi 18 secara PERCUMA melalui link di bawah :
Muat turun Edisi 18 Majalah Niaga (13.0mb)
Saya juga mengambil kesempatan, untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pembaca Majalah Niaga kerana terus menyokong usaha kami selama ini.
Saya juga sentiasa tidak lupa dengan jasa besar blog HasbulAqill.com sejak ketika membina tapak perniagaan ketika dahulu. Dengan rendah dirinya juga, doakan supaya saya sentiasa berkesempatan untuk mengemaskini blog ini. Selamat membaca!







{ 7 comments… read them below or add one }
Ini Majalah Niaga, maknanya semua jenis perniagaan kena ambil kira. Bila ini Majalah Niaga Internet, semua jenis perniagaan kena ambil kira juga, kerana semuanya boleh diinternetkan.
Terima kasih keranan memberi komen. Juga atas sokongan tuan selama ini!
Ya, setuju dengan pendapat tuan
Serius. Majalah Niaga ni banyak membuka mata kawan-kawan saya tentang perniagaan di internet. Terima kasih atas usaha anda dan geng Flarebiz yang lain. Didoakan agar terus maju ke hadapan!
Terima kasih kerana sentiasa menyokong usaha kami.
majalah niaga makin maju dan semua jenis perniagaan mereka dedahkan.Moga dengan majalah ini lebih ramai akan menjadikan perniagaan sumber pendapatan
terima kasih pakar clickbank kerana menyokong usaha kami selama ini. insyaAllah kami lebih berusaha untuk tingkatkan kualiti pada edisi akan datang
{ 4 trackbacks }