Fokus Penentu Masa Depan anda

by Hasbul Aqill on October 4, 2009

in Motivasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan takziah kepada Saudara Labanon atas pemergian bapanya tempoh hari. Mudah-mudahan Allahyarham dicucuri rahmat. Amin.Apakah faktor anda untuk berjaya dalam Perniagaan Internet? Adakah anda selama ini berusaha untuk menjana pendapatan di Internet tetapi sampai sekarang anda masih buntu?Saya juga senasib dengan anda semasa berjinak dengan Perniagaan Internet,berbelanja besar untuk membeli ebook,menghabiskan masa yang lama dan boleh saya katkan 24 jam sahja saya berada depan Laptop.

Dan hasilnya selepas itu ibaratkan tidak berbaloi dengan usaha anda. Mulalah anda merungut’Aduh,kenapa aku masih dapat earning adsense skit je ni’ dan mungkin juga anda berkata ‘ Memang rezeki tuhan nak bagi kt aku macam ni’. Saya mengalami situasi sama dengan anda suatu ketika dahulu, Tiap hari saya memikirkan apakah penyelesaian yang terbaik untuk berjaya dalam Perniagaan Internet. Dan selepas beberapa kali saya ditegur oleh beberapa individu, nampaknya saya sudah tahu apakah kesilapan besar yang selama ini saya mengiyakan. FOKUS! Perkataan yang mungkin anda katakan ringkas tetapi bagi saya ia adalah titik tolak saya mendapat impian saya.

Fokus amat penting untuk anda berjaya dan terus berjaya dalam hidup anda. Jika anda ingin berjaya dalam perniagaan internet, saya nasihatkan supaya anda memilih dahulu apakah bidang yang anda ingin fokuskan. Ingin berjaya dalam pengiklanan Adsense, anda sepatutnya fokus terhadap adsense sahaja dan bukan untuk beria-ia untuk mencuba Affiliate. Bagi masa mempunyai masa yang lebih, itu pendirian masing-masing.

Namun orang seperti saya yang masih belajar, faktor fokus memainkan peranan penting untuk saya menguruskan masa dan kewangan dengan bijak,Kenapa saya berkata begini? Sebagai contoh, hari ini anda memeplajari tentang adsense, dan keesokan harinya anda berminat untuk membeli ebook clickbank. Dan seterusnya anda tinggalkan adsense dan mempelajari Clickbank. Tidakkah tindakan ini hanya memakan diri anda sendiri? Duit anda sudah laburkan dengan bayak untuk pelajari Clickbank dan masa anda juga sudah dibazirkan akibat kehilangan fokus.

Namun, pendirian saya diatas hanya inidividu sahaja dan terserah kepada anda sendiri untuk menilainya dan mengaitkan dengan apa yang anda lakukan seharian. Tidak salah untuk anda mempelajari sesuatu yang baru, namun perlu dilihatkan pada situasi anda ketika itu, jika anda sudah kesuntukan masa untuk mempelajari, lebih baik anda fokus sahaja kepada perkara yang anda lakukan sekarang. Itu nasihat saya disebabkan saya sudah mempelajari kesilapan saya selamai ini dan sudah semestinya kewajipan bagi saya untuk menyebarkan ilmu kepada anda semua.

Salam perjuangan kepada anda dalam perniagaan dan moga sukses selalu!

{ 11 comments… read them below or add one }

Khairul Hazwan October 6, 2009 at 9:13 am

Masalah fokus ni bukan sahaja terjadi di kalangan rakan-rakan kita yg baru dalam
bidang IM ni, terus-terang saya cakap, di kalangan mereka2 dikatakan sebagai ‘old-timer’ pun terjadi..tak kesah la otai ke sape ke, malahan mana-mana org pun dalam bidang di luar IM pun, masalah fokus ni mmg dah jadi kebiasaan. Kalau dalam bidang make money, punca sebenarnya kita hilang fokus ialah kerana sifat terlalu tamak. Kita tamak sgt sebab macam2 cara boleh buat duit..semua cara nk test..so cara nk bagi fokus..buang jauh2 sifat tamak tu.

Reply

SFX October 6, 2009 at 5:25 am

yep betul tu, fokuskan diri utk mencapai target yang diingini insyaAllah berjaya di dunia internet yang penuh dengan spammer, cracker, hacker, dan er er lagi

Reply

Azuan October 6, 2009 at 1:48 pm

Menarik..

mmg betul..

yg penting kene FOKUS..

kalu x, yg dikejar x dpt, yg dikendong berciciran.. betul ke tu? :)

Reply

Kobot October 6, 2009 at 2:33 pm

Saya setujuh, kena fokus barulah boleh berjaya.

Reply

baloot October 6, 2009 at 7:10 am

aku setuju dengan bro. memang fokus adalah penentu masa depan kita. semua perkara mesti dilakukan dengan fokus. bukan saja di dalam perniagaan internet, malah merangkumi semua aspek hidup.

semasa aku buat coding untuk laman web pun kena fokus. kalau tak fokus, habis la berterabur coding2 tu. huhu.. terima kasih untuk berkongsi tip motivasi kali ini. :)

Reply

apihmarang October 6, 2009 at 8:04 am

Salam semua..hehe..saje je nak komen kat sini..ape yang ko bgthu tu, sangt2 betul..
aku sokong 100%..aku dulu..mcm tu la..buat itu..buat ini..kalau tak focus..habis duit la.hehe..ape2 pun, tahniah bro! semoga maju jaya!..kui3..

Reply

Fahdi October 7, 2009 at 1:10 am

Assalamualaikum tuan

Sebenarnya, masalah ini adalah masalh biasa yang di hadapi oleh banyak orang.
Mereka sebenarnya ada satu sindrom atau mindset
“aku mahu cepat kaya”

Jadi, apabila disogokkan dengan kekayaan dengan sesuatu
program, mereka akan cepat2 beralih arah.

Cuba bayangkan, hari ini, keluar ebook mengenai buat duit dengan adsense,
mereka tertarik dan beli ebook berkenaan. Di praktikkan 2,3 minggu, tanpa memberi
hasil ada lagi ebook baru di keluarkan “menjana wang dengan clickbank”

apa akan jadi? Jom, bertukar ke clickbank..
Ini amalan biasa yang di alami oleh kebanyakan orang.
Bukan sahaja dalam business, tetapi juga dalam kehidupan
seperti kerja,belajar dll

Semoga saya, anda dan kita semua boleh
cuba ubah diri. InsyaALLAH..

Reply

rahmanbasri October 8, 2009 at 5:51 pm

Fokus amat penting dalam menghasilkan suatu kerja yg lebih berkualiti..

Ramai yg dok tak menang tangan sebab ‘tamak’ nak buat semua perkara.. :-)

Reply

Aqill November 1, 2009 at 6:07 pm

ya2,kadang2 kita kene 'tahan' gak sifat tuh
:D

Reply

Mr. Nazreey December 2, 2009 at 11:42 am

FOKUS! Nampak simple tp ramai yg gagal nak buat termasuk sy sendiri…Utk berjaya, perkara penting yg mesti kita ada adalah F.O.K.U.S! Fokus dlm 1 benda sampai la kita bleh dikategorikan expert dlm benda tu…kemudian barulah kita belajar benda baru…selagi x ‘expert’, jgn sesekali kita cuba buat benda baru…takut nnti yg dikejar x dpt…yg dikendong berciciran…

Semoga berjaya kepada semua IM di Malaysia! :-)

Reply

Aqill December 2, 2009 at 7:48 pm

yeah,,semoga berjaya kepada bro jugak

cheers!
:D

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: