2013 : Saya Bakal Kembali Dengan Lebih Agresif

by Hasbul Aqill on January 3, 2013

in Peribadi

Salam dan hai,

Sedar tidak sedar, sudah lebih 1 tahun saya tidak mengemaskini blog peribadi. Alasan demi alasan digunakan untuk memenangkan hati sehinggakan saya tersedar saya perlu kembali berkongsi ilmu bisnes dan strategi berkaitan bisnes.

Gambar ketika beronok-ronok di Bandung

Post saya terakhir adalah pada 5 Mac 2012. Itupun tuan Aqif Azizan yang sedekahkan artikel selepas nampak saya semakin ‘hanyut’. Bayangkan, berapa banyak alasan dan berapa lama masa yang saya gunakan untuk berhenti daripada berkongsi disini.

Mulai hari ini, dengan izin Allah saya akan kembali aktif berkongsi ilmu bisnes, terutamanya apa yang berlaku di sebalik tabir saya dan rakan-rakan lain membangunkan Majalah Niaga.

Alhamdulillah, selepas lebih 1 tahun membangunkan jenama Majalah Niaga & Komik Niaga, niat hadir untuk saya berkongsi pengalaman bagaimana saya dan rakan-rakan niaga lain membangunkan jenama dari modal RM1,500 sehingga menjadi rujukan no.1 usahawan dan bakal usahawan di Malaysia. Banyak sebenarnya berlaku sepanjang 2 tahun ini.

Blog Ini Akan Berubah Wajah?

Dalam tempoh terdekat, blog ini akan berubah wajah secara peringkat. Saya telah melaburkan wang dan membayar kepada seorang web designer untuk menjenamakan semula blog ini kepada lebih profesional dan mempunyai elemen yang lebih kurang sama dengan jenama kesayangan saya, Majalah Niaga.

Jadi, baik saya memohon maaf awal-awal jika selepas ini ada beberapa masalah untuk anda mengakses laman ini oleh kerana kerja pembangunan blog telahpun bermula pada saat ini.

CPA & Clickbank?

Ada yang bertanya kepada saya, ‘Dah tak buat ke?’. Alhamdulillah, dalam tempoh ‘bertapa’ lebih 1 tahun ini, saya telah banyak melaburkan wang dan masa untuk mempelajari bagaimana untuk membina perniagaan online yang benar-benar memberikan pulangan lumayan dalam tempoh masa yang panjang.

Ternyata saya perlu kembali dengan kekuatan saya sendiri iaitu, blogging.

Dalam hal ini, saya telah mengambil keputusan dengan membina beberapa blog underground, salah satunya blog Android Apps bersama beberapa individu dari Singapura dan setakat ini membuahkan hasil di luar jangkaan saya sendiri.

Blog ini akan dijual pada pertengahan tahun ini dengan nilai $xx,xxx(tidak rasmi). Ya, tahun ini banyak perancangan peribadi yang diselesaikan seperti kahwin dan sebagainya oh, dan saya relakan hati untuk menjualnya supaya segala perancangan peribadi tidak menjejaskan simpanan dan duit poket saya sekarang ini.

Saya pernah menyatakan target ini kepada tuan Raja Kamil ketika berjumpa awal tahun lepas dan beliau menyambut dan menyokong usaha ini dengan baik.

Insyaallah saya akan lancarkan satu medium untuk tuan puan belajar secara terus dengan saya bagaimana saya membina autoriti blog dan menjual dengan nilai 5 angka (US Dollar) dalam tempoh kurang 1 tahun. Ini bukan strategi buat duit. Ini strategi membina perniagaan yakni hartanah online yang bernilai ratusan ribu ringgit.

Sesi ini bakal dijalankan di bawah nama Majalah Niaga.

Fokus 2013 : Adwords & SEO

Tahun 2013 , saya mengambil keputusan untuk mendalami kedua-dua ilmu ini. Keputusan ini dibuat atas sebab sebab tertentu.

google adwords classrom

Ketika menghadiri Google Adwords Classrom (anjuran Google Malaysia) pada 2 bulan yang lepas, ura-ura dari penceramah menyatakan banyak perubahan – perubahan terbaru yang bakal berlaku dalam pemasaran enjin carian ini. Dan sudah tentu ianya memberi peluang kepada pemilik-pemilik bisnes yang ingin mengiklankan produk mereka di Adwords dengan lebih berkesan.

Insyaallah, mudah-mudahan semangat tidak terhenti disini sahaja dan banyak lagi kejutan yang anda akan terima. Apa yang anda harapkan dari blog ini pada tahun 2013? Mohon kongsikan pada ruangan komen di bawah!

{ 26 comments… read them below or add one }

amirnawawi January 3, 2013 at 7:12 pm

Yeah! Selamat kembali menulis. Semoga anda dapat berkongsi ilmu dengan kami para pembaca semua. :)

Reply

Hasbul Aqill January 4, 2013 at 7:01 pm

Welcome back! Terima kasih , harap dapat belajar dari tuan juga! ;)

Reply

Zulhilmi Zainudin January 3, 2013 at 7:48 pm

Selamat kembali. Kami menyambut baik tips blogging, SEO dan Adwords daripada tuan Aqill yang hensem. :D

Reply

Hasbul Aqill January 4, 2013 at 7:02 pm

Terima kasih. Doakan semoga ianya bukan sekadar hangat hangat tahi ayam! :P

Reply

sofian January 3, 2013 at 9:06 pm

Gudluck bro! bab kawen tu kalau rasa mampu dh, jgn tangguh2 lagi dah. In sya Allah akan ada je rezeki yang datang ;)

Reply

Hasbul Aqill January 4, 2013 at 7:03 pm

InsyaAllah, saya juga doakan semoga tuan dimurahkan rezeki yang melimpah ruah. Terima kasih mentor! ;)

Reply

Firdaus Latib January 3, 2013 at 9:13 pm

Ohsem. Memang tabik spring dengan apa yang tuan buat. Salute!

Semoga blog ini bakal menjadi blog autoriti 2013.

Reply

Hasbul Aqill January 4, 2013 at 7:04 pm

InsyaAllah, saya juga menyokong usaha tuan melalui blog StudioAksara. Semoga dapat bekerjasama :)

Reply

ahmadyani January 3, 2013 at 9:19 pm

‘Kepulangan’ yang dinanti-nanti. Teruskan berkongsi. Apa-apa yang dicatat dalam blog ini adalah ilmu yang bermanfaat, yang wajib dibaca.

Reply

Hasbul Aqill January 4, 2013 at 7:05 pm

Terima kasih tuan. Mudah-mudahan :)

Reply

zool January 3, 2013 at 9:54 pm

Ada banyak sasaran yang ingin dicapai pada tahun ini.. Saya dahpun tulis di blog saya untuk rujukan sendiri

Reply

Hasbul Aqill January 4, 2013 at 7:06 pm

Wah, semoga impian tuan tercapai. Harap dapat belajar sesuatu dari blog tuan juga. Salam perkenalan ;)

Reply

Een January 4, 2013 at 1:00 am

Terbaik. Menanti artikel artikel yang menarik daripada kau selepas ini.

Reply

Hasbul Aqill January 4, 2013 at 7:07 pm

Segan pula bila otai pun turun padang ni. Thanks bro!

Reply

wazy January 4, 2013 at 1:04 am

Selamat kembali bro

Reply

Hasbul Aqill January 4, 2013 at 7:08 pm

Terima kasih, sudi sudi jengok blog yang usang ni :-)

Reply

Ferdy Fauzi January 4, 2013 at 6:40 pm

Welkam back bro, kalau ada main badminton jangan lupa ura-urakan di fb :)

Reply

Hasbul Aqill January 4, 2013 at 7:08 pm

Boleh, roger je di whatapps. Kami selalu main hujung minggu.

Reply

azwan January 8, 2013 at 8:25 pm

bole join tak?

Reply

Rezduan Bakar January 8, 2013 at 9:08 am

Hebat. Akhirnya ada peluang untuk belajar dengan tuan.

Reply

Hasbul Aqill January 8, 2013 at 9:00 pm

InsyaAllah, saya juga insan yang mengajar dalam masa yang sama juga belajar. Harap ada sesuatu berharga dapat dipelajari dari tuan Redzuan :)

Reply

azwan January 8, 2013 at 8:25 pm

banyak projek underground makin banyak ilmu yang tuan pelajari. makin mantap lah thaun 2013 untuk tuan

Reply

Hasbul Aqill January 8, 2013 at 9:01 pm

Hehe, insyaAllah tahun 2013 lebih gemilang untuk saya dan Majalah Niaga. Dengan izin Allah.

Reply

Faisal Reza Rahman January 11, 2013 at 5:56 pm

Welcome back, dah lama dah tengok blog ni bersawang hehe..

Reply

Hasbul Aqill January 12, 2013 at 10:33 am

Itulah, malu rasanya ada blog tapi tak terupdate. insyaAllah at least seminggu sekali OK kot :-)

Reply

azrijohan January 14, 2013 at 8:24 pm

wah penuh aura positif baca post ni

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: