FaceMash.com & Jual Beli Domain

by Hasbul Aqill on November 25, 2010

in Buat Duit Di Internet, Jual Beli Domain

Salam & hai para pembaca setia HasbulAqill.com!

Pada minggu lepas, saya mengambil kesempatan untuk menonton salah satu movie yang banyak diperkatakan sekarang iaitu The Social Network. Sepertimana saya terangkan pada post yang lepas, The Social Network ini merupakan movie yang mengisahkan tentang kehidupan seorang remaja, Mark Zuckerberg pada awal idea beliau menubuhkan laman web media, Facebook sampailah mencecah berbillion pengguna Facebook seluruh dunia seperti sekarang.

Nak dijadikan cerita, selepas menonton movie tersebut, saya kembali online dan cuba untuk mencari laman web Facemash.com iaitu lawan web yang telah digunakan oleh Mark sebelum kewujudan Facebook.com. Cuma apa yang saya tahu, pada permulaan idea Facemash.com ini adalah hanya diwujudkan untuk pelajar Harvard College sahaja dimana Mark telah mencuri gambar kesemua gadis cun di Harvard College serta paparkan di Facemash.com tanpa kebenaran tuan empunya diri :D

Cari dan mencari, saya dapati domain ini telah DIJUAL di Flippa dan telah terjual dengan harga 30,201 USD. Satu info yang saya dapat dari salah satu forum luar negara, Mark telah membiarkan domain ini tanpa “renew” pada tahun-tahun lepas, dan telah dibeli oleh salah seorang flip marketer luar.

https://flippa.com/auctions/108465/Facebook-Founders-FIRST-known-website-FaceMash-com—As-featured-in-the-Movie

Sememangnya, saya sendiri “akur” dan “sedar” tentang potensi jual beli domain sepertimana yang telah diceritakan diatas ini. Saya juga pasti teknik buat duit ini belum cukup popular sepertimana Affiliate serta Buat Duit dengan Ebook yang makin hangat diperkatakan sekarang. Namun, untuk siapa yang berminat untuk pelajari teknik rahsia jual beli domain, boleh mendapatkannya panduan ini :

www.JutawanDomain.com


So, apa disebalik cerita Facemash ini yang anda boleh gunakan untuk buat duit melalui domain flipping/jual beli domain? Jom kongsikan pandangan anda dibawah!

{ 13 comments… read them below or add one }

FirdausManaf November 25, 2010 at 9:54 am

Makin ramai la usahawan domain lepas ni.. barulah meriah perniagaan internet..

Reply

Hasbul Aqill November 25, 2010 at 11:30 am

ya, tak silap saya.inilah ebook pertama tentang bisnes jual beli domain di Malaysia :)

Reply

Mr Bond November 25, 2010 at 12:45 pm

Hemmm berminat jugak pasai jual beli domain nie cuma nak cari idea nama2 killer yang boleh buat duit tu jer susah sket. “Untung sabut Timbul”

Reply

Hasbul Aqill November 25, 2010 at 1:13 pm

ya, lagipun bisnes ini masih ramai tak tahu. cuma, sejak belakangan ini, byk ebook luar negara berkisar tentang method ni :)

Reply

naz November 25, 2010 at 7:26 pm

damn lucky siak dia dpt domain tu. btw, agak kelakar aku baca komen dia kat auction tu “Top 10 ways the FaceMash.com sale could happe. no.12 – Myspace buys it and re-directs it to Myspace.com” hahahah

Reply

Zairi Zaidi November 26, 2010 at 3:21 pm

Apasal dia lepaskan macam tu je domain tu…

Reply

Hasbul Aqill November 27, 2010 at 9:08 am

mungkin bg dia tiada kepentingan :)

Reply

Affuan November 27, 2010 at 12:15 pm

Pendapat aku, domain flipping ni dah lama cuma dengan kewujudan Flippa tu makin ramai yang sedar betapa berbaloi-baloi untuk mencuba market ni. Mungkin developer Melayu boleh copy sistem dia untuk menggalakkan orang Malaysia pula berjual beli domain yang penulisannya dalam Bahasa Melayu. Mana tahu kan?

Reply

Faris Azaki November 28, 2010 at 2:48 am

Mungkin dia berfikiran jauh kehadapan. Bagi dia domain tu dah dah xde kepentingan buat dia ATAU saja suka2 kn lepas domain tu? :) Dasyat juga mamat ni :)

Reply

zaliazam November 30, 2010 at 9:50 am

Memang betul baru Hasbul..otai2 blog pun baru dua tiga orang yang nampak mula memberikan tumpuan kepada jurus domain ni (ni setakat yang saya tahu, kalau salah, betulkan faktanya)..kita memang kena fikir luar kotak sikit untuk jumpa benda2 baru yang belum dibuat orang tapi ianya memang berpontensi..kata Daniel Golemen..kita mesti rasakan dulu emosi universal manusia untuk dapat jana idea luar kotak.

Reply

alfie December 17, 2010 at 2:40 am

Hmm…kalau nak diikutkan bisnes domain nih dah lama kat AS,tapi kat Malaysia nih ramai yg tak tahu sebenarnya.Untuk pengetahuan semua,kalau Amanah Hartanah Bumiputra diperlukan RM500. untuk pelaburannya,tapi dengan RM500 tuh,kita boleh beli sekurang-kurangnya 10—>15 domain dan simpan selama 90 hari,selepas tuh jual balik dan untuk lebih 100%,jauh lebih baik dari pelaburan hartanah fizikal yg dipengaruhi spekulasi,manipulasi,monopoli dan yg pasti:MAHAL.Jadi,rebutlah peluang yg ada di depan mata…..

Reply

nazray January 8, 2013 at 12:18 am

singgah sini, salam kenal

Reply

Hasbul Aqill January 8, 2013 at 12:36 am

salam perkenalan juga tuan :-)

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: