Kenali Hasbul Aqill | Siapa Hasbul Aqill
Peribadi
Hasbul ‘Aqill selaku pengasas dan pemilik blog ini sejak September 2009. Seorang remaja hingusan dan juga merupakan seorang usahawan internet sepenuh masa. Kini beliau berusia 21 tahun dan berpengalaman dalam bidang perniagaan internet sejak berumur 18 tahun, iaitu tahun 2009 lagi.
Mempunyai kepakaran dalam bidang blogging juga dalam pemasaran enjin carian iaitu SEO. Pada usia 21 tahun, beliau berjaya menjana 5 angka konsisten setiap bulan, melalui blog-blog yang dibina sejak 4 tahun yang lepas. Bagi beliau, menjana pendapatan 5 angka setiap bulan pada usia muda adalah satu kepuasan yang luar biasa.
Pernah menjadi fenomena besar pada awal tahun 2010, dimana nama beliau tiba-tiba menjadi bualan orang ramai oleh kerana tindakan beliau meninggalkan universiti dan menjalankan perniagaan internet sepenuh masa.
Perkara ini telah banyak dibincang hangat oleh usahawan internet tempatan, termasuk di forum perniagaan seperti Wangcyber.com
Perniagaan
Pada awal Januari 2011, beliau telah berganding bahu bersama Aqif Azizan bagi membangunkan dua blog keusahawanan no. 1 di Malaysia, iaitu Majalah Niaga dan Komik Niaga. 2 blog ini telah mendapat perhatian media tempatan, oleh kerana ianya satu-satunya blog media keusahawanan berbentuk digital di Malaysia.
Melalui dua blog keusahawanan ini, beliau aktif dalam mengadakan medium-medium pembelajaran ilmu perniagaan termasuk mengadakan seminar, kursus, bengkel dan sebagainya. Beliau juga seringkali dijemput sebagai penceramah jemputan bagi memberi pendedahan mengenai potensi perniagaan alam maya ini kepada siswa dan siswi di IPTA & IPTS di seluruh negara.
Bagi anda yang ingin bekerjasama, mendapat nasihat, konsultan , atau menghadiri sesi personal coaching daripada beliau. Boleh hubungi beliau melalui :
Facebook : http://www.facebook.com/HasbulAqillFan
Emel : hasbulaqill[at]gmail.com (gantikan [at] kepada @)
No. telefon : 013-7591200




