Percayakah anda, pemain golf dunia, Jack Nicklaus, menyatakan 50% daripada kejayaan beliau digelar pemain golf terbaik dunia adalah kerana beliau rajin melakukan visualisasi positif. Bahkan Kris Cole menyatakan dalam bukunya Positive Visualization, “The more we practice perfection through mental rehearsals, the stronger the neural pathways will become and the better we will perform when the time comes”.
Oleh itu, bagaimana pula cara untuk melalukan visualisasi positif ini?
Visualisasi
1.Tulis apa yang kamu hendak , pertama sekali, anda perlu jelas dan tahu apa yang anda mahukan, tujuan yang anda ingin capai.
2. Cari tempat dan suasana yang amat tenteramkan anda, supaya anda dengan senangnya dapat bayangkan situasi dan otak dapat membayangkannya dengan luas
3.Bayangkan dengan lebih mendalam, sebagai contoh, sekiranya anda bayangkan untuk mendapat cek 1 juta, bayangkan lokasi anda mengambil cek tersebut, bayangkan segala-galanya, seolah-olah ia memang berlaku ketika itu.
4. Sertakan dengan emosi untuk mendapatkan visualisasi yang optimum, lakukan proses visualisasi ini setiap mana anda merasakan tenang .
5. Namun begitu, impian tidak akan tercapai kalau ia hanya angan-angan mat jenin bukan? Hanya berkhayal namun tidak disertakan dengan tindakan proaktif dari diri sendiri. Susunkan strategi yang seterusnya, langkah demi langkah untuk terus mencapai impian anda tersebut.
Oh, tunggu apa lagi? Amalkan hari ini juga!
p/s – pada Ahad lepas, saya telah menyertai seminar asas Evolusi Minda. Tip di atas adalah hanya 5% daripada keseluruhan yang saya pelajari. Namun begitu, sekiranya anda ingin ketahui lanjut, boleh layari web rasmi seminar ini
pp/s – Labanon dan Zhafran dari Flarebiz juga pernah menyertai seminar Evolusi Minda. Bagaimana pula dengan anda?




{ 11 comments… read them below or add one }
jom praktik…
hehe….sy baru terbaca pasal benda nie… tp masih belum dpt praktikkan…. nak kena praktikkan cepat2 nih
untuk praktik, perlu ada disiplin tinggi jugak
1 teori yang bagus utk dipraktikkan dalam mencapai impian.
Fuh..disiplin kena tinggi untuk kekalkan momentum ni..untuk kekal mempraktikkan teknik visualisasi tersebut..Teringat saya kisah seorang pemain golf berbangsa Inggeris..Lupa pulak nama dia.Beliau dipenjarakan kerana suatu kesalahan dalam penjara yang sangat sempit yang hanya boleh memuatkan sebuah katil bujang.Kebanyakan banduan yang keluar dari tahanan di penjara sempit itu kebanyakannya mendapat tekanan perasaan yang teruk kerana dikurung bertahun-tahun dalam penjara yang sangat sempit. tapi beliau boleh tersenyum setiap hari seolah-olah tiada apa-apa masalah. Beliau tersenyum sambil berlagak seperti pemain golf.Menghayunkan kayu golf setiap pagi dan petang sambil membayangkan beliau bermain di sebuah padang golf yang luas dan nyaman.Beliau menghirup udara di dalam penjara sambil membayangkan yang beliau sebenarnya menghirup udara segar di padang golf.Hasilnya bila keluar dari penjara, beliau dapat meningkatkan keupayaan beliau bermain golf walaupun sudah bertahun terperuk di penjara tanpa menyentuh kayu golf.Begitulah hebatnya kuasa visualisasi..
wah ade juga yek kaedah camnie…. bole gak try nie ahakss….
ape2 pon yg kita mahu..mesti ade kaemahuan & usaha+doa & tawakal… (^_^)
enasan@ insyaallah boleh cuba ya.
tutorial dah ada di depan mata
osman@ curious sangat nk tahu siapakah orgnya…
Salam.
Best post ni. Saya juga antara orang yang suka mengamalkan teknik ini.
Banyak kejayaan yang saya sudah capai dengan menggunakan kuasa minda.
Antaranya dalam pelajaran, mendapatkan duit, mencapai kehendak dan
lain-lain.
Saya sangat teruja untuk menceritakan kepada orang yang bertanya
kepada saya tentang perkara ini. Owh, saya baru mendapatkan sebuah
kemera digital menggunakan kaedah ini. Alhamdulillah.
salam, kaedah seperti yang di paparkan di utube tu.. ialah Law Of Attraction.. sememangnya manusia telah mempunyai keupayaan untuk berbuat demikian.. namun teknik dan caranya perlu dipelajari agar kita tak tersalah menarik perkara yang tidak kita ingini..
sangat bermakna bg saya info ni..
tq sharing is caring…
sama-sama haida!