3 Tips Utama Sebelum Menetapkan Matlamat Anda

by Hasbul Aqill

in Motivasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dalam menjalankan perniagaan apapun, penetapan matlamat adalah sesuatu perkara yang sangat penting. Cuba bayangkan sekiranya seseorang tukang rumah membina rumah tanpa pelan atau tanpa mempunyai gambaran lakaran rumah tersebut apabila siap nanti. Saya yakin sudah tentu rumah akan dibina dengan tidak sempurna.

Sepertimana juga dalam perniagaan internet, jika tiada penetapan matlamat dalam perancangan perniagaan, sudah tentu,kita mungkin banyak menghadapi masalah ketika menjalankan perniagaan tersebut. Namun dalam penetapan matlamat, kita tidak hanya menulis matlamat di atas sekeping nota kertas sahaja dan mengharapkan ia menjadi kenyataan secara tiba- tiba.

Jelas dan Khusus untuk dinilaikan


Antara faktor kenapa kebanyakan orang tidak berjaya mencapai matlamat adalah kerana tidak pasti apa yang dilakukan mereka. Sepertimana berlaku dalam diri saya, apabila bertanya pada rakan saya ketika masih berada di universiti apa yang mereka mahu capai selepas menamatkan ijazah 3 tahun , jawapan yang saya selalu terima selalunya sangat am dan tidak jelas seperti ” Jadi pensyarah pun ok jugak “, “Aku pun tak pasti boleh kerja apa, nantilah” “Janji hidup bahagia, itu sudah cukup”.

Apabila matlamat samar- samar seperti itu, sudah tentu anda TIDAK berjaya mencapainya. Tanpa matlamat jelas, kita tidak dapat membuat perancangan yang tepat dan mengambil langkah yang sesuai untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Cabar diri sendiri.

Ini adalah satu lagi faktor utama ketika menetapkan matlamat anda. Seperti juga saya praktikkan, saya mencabar diri dengan meninggalkan universiti padahal ketika itu, masih kurang pasti apakah yang saya akan lakukan. Kebanyakan orang tidak berusaha sedaya upaya bagi mencapai matlamat sekiranya matlamatnya tidak seberapa menguja.

Sebaliknya, jika kita menetapkan matlamat yang menguja dan boleh memberi inspirasi yang hebat, kita dapat merasakan keseronokan dan bersemangat bagi mencapat matlamat itu.

Jelas saya kisahkan,  Kebanyakan orang masih tidak berani untuk menetapkan cita cita yang tinggi , alasannya adalah cita-cita yang ‘tidak realistik’. Adakah anda rasakan cita-cita saya bagi menjadi usahawan internet sepenuh masa ketika umur masih 19tahun adalah tidak realistik? Adakah Warren Buffet, ketika berumur belasan tahun, bersikap realistik apabila mengumumkan kepada rakan bahawa beliau ingin digelar jutawan pada seawal umur 26 tahun padahal ketika itu, beliau masih lagi dianggap budak hingusan?

Sama ada sesuatu matlamat itu realistik atau tidak, ia hanya bergantung kepada strategi yang diamalkan. Pesanan saya, usah menganggap tindakan saya keluar universiti adalah sesuatu tidak realisitk semata-mata kerana ia tidak pernah atau jarang -jarang anak muda lakukan sebelum ini.

Dorongan Perasaan dan Nilai

Ya, satu lagi sebab utama orang tidak mempunyai kesungguhan untuk mencapai matlamat adalah kerana tidak tahu kenapa mereka mahukan matlamat itu. Jelas, dalam konteks perniagaan , kita mahukan kekayaan kerana dengan itu, ia dapat memberi kesenangan kepada kita dan keluarga dalam segi kesihatan, keagamaan dan juga kebahagiaan.

Setiap manusia mempunyai perasaan yang berlainan yang mendorong mereka melalukan sesuatu perkara. Perasaan yang kita miliki inilah dipanggil nilai diri  kita sendiri.Sebagainya contoh Donald Trump ( saya agak minat Trump dalam konteks daya saingnya). Apa yang saya nilai dari mata kasar ialah daya saingnya yang tinggi dan tidak suka menerima kekalahan.Dalam apa jua yang beliau lakukan contohnya dari “The Apprentice”, beliau ingin para peserta melakukan dengan terbaik dan tidak akan menerima sebarang alasan.

Setakat itu sahaja tips motivasi kali ini. Mungkin selepas ini, anda boleh mula menulis beberapa catatan matlamat anda di nota ringkas, dan gunakan 3 tips di atas, insyaallah, pasti kejayaan milik anda. Seperti juga saya, tips ini bukan atas kejayaan saya dalam mencapai matlamat ketika ini, namun artikel kali ini lebih berceritakan tentang satu kenyataan dan satu kesedaran yang saya fikirkan sebelum ini.

{ 5 comments… read them below or add one }

cyza April 23, 2010 at 5:29 pm

Memang berketepatan tips-tips tu.
Tindakan ko keluar dari U memang aku tak sangka…tapi kalau betul2 ko fokus, you’ll be somebody bro… Jgn lupa aku sudah bila dah powerful nanti…huhu

Reply

Zairi Zaidi April 23, 2010 at 5:40 pm

saya pasti, kalau ada matlamat dan usaha ke arahnya pasti berjaya. kunci kejayaan bukan terletak pada sijil2 yang kita ada semata-mata. tapi keinginan dan kesungguhan serta bagaiman kita mampu menggunakan minda kita ke arah kejayaan tersebut.

p/s: bos, lawa doh layout baghu blog demo ni

Reply

hasbulaqill April 23, 2010 at 11:28 pm

cyza@ – insyaallah, ko pun byk membantu aku masa di utm :)

zairi@ terima kasih sebab komen tentang theme ini, byk advantage sebenarnya guna thesis theme, cuma agak MAHAL jugak la ;)

Reply

sofian April 24, 2010 at 8:54 pm

hasbul, tips tu berguna tak untuk orang yang bekerja full time macam aku?
hehe…

yup..penting penetapan dan perancangan yang betul tu memang paling penting..sebagai contoh, aku sendiri bekerja fulltime (tp syif la), then, part time study lagik..pastu online lagi…kalau takde perancangan, memang jahanam la jadinya…nanti boleh kot tolong buatkan jadual untuk orang bekerja fulltime dan main2 part time cari rezeki lebih :P

semoga en Hasbul ni dapat mencapai matlamat tuh… :) , amin..hehe

ps: thesis theme memang best…kalau ada yang berkenan, simpan la duit skit…beli, pastu guna..hehe..kan hasbul kan..hehe..tp aku sendiri tak pakai thesis theme tu dlm blog baru sebab ada sebab…. :mrgreen:

Reply

hasbulaqill April 25, 2010 at 6:53 am

pasal berguna atau tidak, itu jawapan dari sofian sendiri :)

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: