Kategori | Motivasi

Bagaimana Hendak Mencapai Setiap Impian

Hai dan assalamualaikum

Bagaimana capai impian anda

Bagaimana hendak mencapai setiap impian anda ? Fuh , mungkin post saya kali ini agak hangat untuk dibincangkan namun tidak salah untuk saya berkongsi tips dan pengalaman saya kepada anda semua . Baiklah , jom kita mulakan!

Para pembaca sekalian,

Mengapa hanya sedikit sahaja orang yang mahu terus berubah dan bertindak bagi mencapai keinginan mereka ? Lebih buruk lagi mengapa sebahagian besar daripada mereka melengah- lengahkan tindakan mereka? Sebabnya adalah ramai orang mahu berjaya tetapi tidak ramai antara mereka yang benar- benar komited pada matlamat mereka.

Ramai orang mengimpikan untuk memperolehi duit yang banyak , kedudukan ‘ Financial Freedom’ serta kejayaan. Mereka berfikir hidup ini tentu hebat apabila mereka memiliki semua itu . Tetapi , apa yang mendatangkan masalah buat mereka , mereka tidak pernah mengambil apa- apa tindakan kerana pada setiap masa , ada sahaja perkara yang lebih penting untuk mereka lakukan . Apabila suatu matlamat itu hanyalah satu keinginan yang lemah ataupun ia hanya impian belaka , kita sudah merasakan kegagalan dan kekecewaan sudah mengongkong hidup kita !

Ada seorang rakan saya , Amirul (bukan nama sebenar) yang pernah menanyakan hal ini kepada saya . Baiklah, sedikit info tentangnya . `Dia adalah seorang Usahawan Internet sepenuh masa sejak 2 tahun dan dalam tempoh itu beliau sudah banyak menghadiri seminar . Pada permulaan penglibatannya , dia menetapkan matlamatnya adalah hendak mencapai pendapatan bersih RM2 ribu sebulan. Namun , dia tidak memahami mengapa dia tidak mampu mencapai target tersebut walaupun sudah sedaya upaya . Dia bertanya kepada saya , apakah yang perlu dilakukan bagi mencapai tahap itu . Saya, dengan selamba , memberikannya satu senarai langkah yang perlu diambil dan strategi bagaimana hendak meningkatkan pendapatan dia .

Saya memberitahunya , dia perlu fokus pada perkara yang penting sahaja , banyak bertanya kepada saya jika ada kemusykilan , membina kredibiliti diri supaya orang lain mudah mempercayainya , gunakan masa dengan bijak ‘no working hard but have working smart ‘ . Banyak berikan tips di Forum untuk menjenamakan diri dia .

financial-freedom-seminar-logo

Namun, sungguhpun dia ingin berjaya ternyata dia belum bersedia . Dengan itu , dia mula memberikan alasan seperti , ” Saya tidak cukup masa ” , ” Saya tidak suka buat semua itu” , ” Saya tidak pernah melakukannya sebelum ini”, ” Kerja ini terlalu banyak dan melecehkan saya” dan bermacam – macam lagi. Selepas pada itu , saya sangsi adakah dia hendak menggunakan teknik – teknik yang saya cadangkan itu walaupun dia tahu ia adalah formula yang memang terbukti mampu berikan kejayaan kepadanya. Apa yang saya ingin beritahukan disini , orang seperti ini adalah contoh tipikal seseorang yang menetapkan matlamatnya tetapi tidak bersedia untuk ke arah mencapainya!

Orang – orang yang mampu mencapai matlamat ialah mereka komited bagi mecapai apa yang mereka inginkan.   Bagi mereka matlamat mereka itu bukan hanya satu keinginan tapi KEMESTIAN! Apabila sesuatu itu di atas kemestian kita bersedia untuk mengubah fikiran negatif kita dan strategi kita seberapa banyak kali yang perlu bagi mencapainya. Ramai daripada kita yang masih gagal dalam ujian ini apabila kita berputus asa sewaktu rintangan besar menghalang kita. Hanya beberapa orang sahaja yang berjaya.  Mereka inilah yang mampu melakukan apa sahaja untuk mendapat apa yang mereka mahukan!  Saya percya bila anda menganggap matlamat anda adalah satu KEMESTIAN , anda pasti berusaha bersungguh sungguh dan mencari jalan untuk menggapainya!

Tidak mungkin anda mencapai sesuatu dalam hidup ini melainkan anda menjadikannya satu kemestian- Hasbul Aqill Hasan Zaki

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Twitter

21 Comments For This Post

  1. elienblog Says:

    Sebenarnya tiada alasan utk berkata , ” Saya tidak cukup masa ” , ” Saya tidak suka buat semua itu” , seperti pengarang utarakan, kerana kita semua dikurniakan waktu yang sama, 24 jam, tidak lebih tidak kurang, dan semestinya, jika hendak berjaya, tiada alasan kerana kita perlu sentiasa berusaha.

    Walau apapun ” setiap perkara yang dilakukan, ada kebaikan dan keburukan”.

    Pro dan Kontranya, walaupun perkara tersebut baik untuk kita, tak semestinya baik untuk orang lain. renung2kan.

    Tahniah utk pengarang mengutarakan Financial Freedom ni. good articles!

    [Reply]

  2. Active Blogger Says:

    hehe…ada satu matlamat penting yg nak dicapai dalam tempoh satu tahun dan mesti dilakukan… chaiyok chaiyok…gambatte gambatte :-)

    matlamat tu baru je ditetapkan…nampaknya kena tingkatkan lagi usaha utk capai matlamat tersebut disamping matlamat lain :-)

    [Reply]

  3. yazidyahaya Says:

    matlamat itu penting untuk mencapai satu bentuk kejayaan..

    [Reply]

  4. zaidi Says:

    Info yg bagus bro..kau telah menyadarkan aku betapa pentingnya FOKUS DAN KEMESTIAN..Bak org putih cakap ‘JUST DO IT’..trimas byk2.. ;)

    [Reply]

  5. Zairi Zaidi Says:

    Waalaikumussalam…

    Yeah… Betul… Betul… Betul…
    Sekarang ni pun saya tengah belajar untuk merancang terlebih dahulu apa yang perlu dibuat.
    Barulah rancangan berjalan lancar.

    p/s: eh, bila masa ayah saya masuk sini? (kat atas tu nama zaidi)

    [Reply]

  6. rahmanbasri Says:

    Entri yang cukup menarik dan berinformasi..

    Sebenarnya FOKUS merupakan antara perkara yang seringkali disentuh oleh otai2 IM ini. Kerana dengan FOKUS, hasil kerja yg diperoleh akan lebih berkualiti..

    Sekiranya tiada FOKUS, akan menyebabkan kita tidak tahu niche mana yg perlu diutama kan dahulu..

    Tidak dinafikan banyak niche yg boleh memberikan pulangan yg lumayan, tetapi mampukah kita nk buat kesemua sekali dalam masa yg sama?

    Mungkin YA, tapi adakah hasilnya berkualiti ataupun sebaliknya? Tepuk dada, tanya diri anda…!!

    [Reply]

  7. 1milliondollar Says:

    Artikel yang menarik!!

    Benar, untuk berjaya seseorang itu hendaklah berusaha dengan gigih dan yang paling penting mempunyai matlamat untuk dicapai. Bila ada matlamat barulah boleh buat plan apa yang hendak dilakukan. Bila dah ada plan kenalah ada komitmen untuk melakukan nya.

    [Reply]

  8. cyza Says:

    Power entry ni…tak lama lagi jadi motivator lah hasbul nie…hehe

    Selamat kembali ke UTM

    [Reply]

  9. aktechpage.com Says:

    Semakin seseorang itu dewasa, semakin banyak tanggungjawab yg dipikul, malahan masa semakin pendek kerana banyak yg perlu di lakukan.

    Apa yang penting adalah FOKUS

    Insya Allah kita boleh berjaya, walaupun kita jatuh berkali-kali, janganlah sesekali kita berputus asa.

    Setiap manusia Tuhan sudah tentukan rezeki masing2. Rezeki bukan sahaja dlm bentuk harta@duit, tetapi juga dr segi kesihatan, keluarga, kawan-kawan dan lain-lain lg.

    [Reply]

  10. harith Says:

    Satu lg,utk capai kejayaan…kena tulis jgk matlamat yg kite nk capai tu ats kertas,bknyer berfikir dlm minda je nk berjaya.

    Kajian telah membuktikan bahawa kebanyakan org yg berjaya mempunyai tabiat menulis matlamat di ats kertas dan berusaha utk m’capainya.

    So,klu nk berjaya tu cuba la tulis dulu matlamat/goal yg hendak dicapai di atas kertas.

    [Reply]

  11. Syed Akmal Says:

    Salam perkenalan saudara Aqil.

    Setuju sangat2 apa yang bro tuliskan ni. Semua orang ada impian masing2, tapi apa yang membezakan adalah adakah kita benar2 berusaha ke arah impian tersebut. usaha, cekal, tabah, tak pernah putus asa, komited. bkn sekadar cakap nak ke arah financial freedom, tapi tak ada tindakan. Seperti kata kata saudara harith atas ni, ambik pen & kertas, list down segala impian anda, apa yang menghalang, apa yang harus dilakukan supaya anda ada guideline, ada matlamat dan tahu adakah anda masih menuju impian atau pun semakin berundur.

    Berfikir lah dan renunglah impian anda. Impian tanpa usaha adalah sia sia.

    Salam.

    [Reply]

  12. Aqill Says:

    elienblog-terima kasih atas komen-Pro dan Kontranya, walaupun perkara tersebut baik untuk kita, tak semestinya baik untuk orang lain. renung2kan.-ayat ni saya x berapa paham

    zaidi-yeah-apa yang saya ckpkan artikel atas hnya 5 perkataan sahaj-FOKUS

    zairizaidi-eh,bagusla satu family komen! :)

    [Reply]

  13. Aqill Says:

    cyza-skang ade kt utm la :)
    nk jd motivator tuh kene motivate sendiri dulu :P

    [Reply]

  14. jutawan Says:

    bagus la blog ni bro info yang menarik…bro bila blk kb?bleh la borak2 kat kopitiam ke hehe

    [Reply]

  15. hasbulaqill Says:

    er..insyallah raya cina bro
    leh la jumpa
    ajar saya email marketing
    :)

    [Reply]

  16. abangki Says:

    Salam….satu lonjakan motivasi untuk saya dan hasbul juga. Dengar kata ada ambil tindakan drastik baru2 ni.

    Nak tau jugak sejarah macam mana akhirnya ambik tindakan begitu. Maybe leh kongsi pendapat, pemikiran dan rasa…..
    orait bos.

    [Reply]

  17. Aqill Says:

    akan saya kongsikan pada entri berikutna
    tunggu!
    ;)

    [Reply]

  18. Aqill Says:

    aktecpage~allah maha adil dan jangan salahkan rezeki pula kalau anda dilahirkan miskin,selagi usaha ada,selagi itu allah menjanjikan rezeki

    syedakmal~kamu ni boleh jadi next motivator :)

    [Reply]

  19. titan Says:

    simply, kalau tak fokus dan mudah putus asa. Buat apa pun tak jadi. Sampai nak tidur pun jadi malas..sebab dalam otak dah set, tak nak tdo, tak nak tdo..

    [Reply]

  20. Aqill Says:

    huh…tu la masalahnya. dalam wc pun ramai mcm ni :D

    [Reply]

  21. idros Says:

    Memang betul dalam perniagaan perlua ada perancangan dan pelan perniagaan jangka panjang dan pedek. susun aturkan supaya perjalanan perniagaan mejadi lebih mudah dan senag dicapai mengikut kemampuan sebenar kewangan perniagaan anda.Kemudian teruskan dengan usaha. Saya telah berjaya lakukannya. Perancangan jangka panjang yang saya target akan selesai dalam masa empat bulan dapat diselesaikan hanya mengambil masa 2 bulan sahaja. Cuma jangan lupa nikmat yang dikurnia tuhan. Dia yang menetukan segalanya.

    Disini ingin saya kongsikan bersma pembaca semua. Saya mulakan perniagaan lebih kurang setahun lalu, dengan niat hanya suka-suka mengisi masa lapang. Tetapi mungkin nasib saya baik apa yang saya usahakan ternyata mendatangkan pulangan yang mengejutkan saya. Tak sangka dunia perniagaan boleh mengubah hidup seseorang itu dengan masa yang singkat, jika benar-benar fokus merancang dan melaksanakannya.

    Ayuhlah anak melayu kita berjihat dalam membangunkan ekonomi bangsa, jangan leka dan rasa selesa dengan makan gaji sahaja. lepastu masuk skim cepat kaya nak jalan senang jadi kaya. Jangan kita terus biarkan ekonomi negara kita yang kaya ini terus dikuasai oleh orang lain. Lihatlah betapa mudahnya pendatang asing (termasuk Tanpa Izin) membina empayar perniagaan mereka ditanah air kita dengan bermodalkan tulang empat kerat, menjadi mewah dalam masa yang singkat.

    Tengoklah berapa banyak ruang niaga di pekan-pekan besar, bandar kecil. kampung-kampung telah dikuasai oleh mereka, dari berniaga pintu ke pintu, hingga ke pasar malam. dari kedai di kaki lima hingga ke gedung-gedung besar. Bandingkan bilang mereka ini dengan orang melayu yang ada. Bandingkan kekuatan ekonomi merka dengan golongan melayu pertengahan. Dimanakah kedudukan kita??

    Kalau ada yang tidak tahu golongan pendatang ini yan berniaga dipasar-pasar malam, di pasar chowkit, di jalan masjid india berpendapatan harian ribuan ringgit. Kalau tak caya cuba siasat sendiri..

    [Reply]

Leave a Reply

:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: