Cara hidup Jutawan yang sebenar

by Hasbul Aqill

in Motivasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

robertkiyosaki-author rich dad poor dad

Untuk entri kali ini, saya kembalikan momentum saya untuk menulis dan berkongsi pendapat berkaitan Motivasi. Dan mengikut hati saya, saya lebih suka dan gemar untuk berkongsi tips motivasi berbanding berkongsi cara buat duit di internet.

Baru- baru ini, salah seorang forumer Wangcyber.com telah bertanyakan pendapat ‘Kenapa jarang Kita Lihat Otai IM mempamerkan aset mereka’. Dan ramai dalam kalangan forumer yang lain memberikan hujah pendapat mereka tentang persoalan tersebut. Selagi lagi saya menggunakan platform blog peribadi untuk memberikan pendapat peribadi saya

Para pembaca sekalian

Ramai dalam kalangan kita memiliki pandangan yang silap berkenaan kehidupan seorang jutawan. Bagi mereka,
kereta mewah serta banglo mewah merupakan satu syarat wajib untuk dimiliki oleh seorang jutawan. Dalam erti kata lain, mereka beranggapan jutawan yang mempunyai gaya hidup yang mewah dan merasakan kehidupan begini merupakan kebahagiaan yang berpanjangan.

The Millionaire Mind , best seller New York Times.

Dalam buku The Millionaire Mind , best seller New York Times, Thomas Stanley sudah menemu bual lebih daripada 733 orang jutawan seluruh dunia. Beliau terkejut apabila didapati ramai di antara mereka tidak menjalani kehidupan seperti yang disangka oleh orang ramai.Mereka tidak memandu kereta mewah daripada model terbaru namun disebaliknya, mereka hanya memandu kereta buatan tempatan yang sudah berusia lebih daripada 10 tahun. Dan kesemuanya menjalani kehidupan sederhana mengikut bajet perbelanjaan yang sudah ditetapkan setiap bulan.

Ingvar Kamprad

ikea

Secara tidak rasmi , pengasas IKEA, Ingvar Kamprad dikatakan seorang terkaya di dunia dan  beliau mempunyai nilai bersih lebih daripada apa yang dimiliki oleh Bill Gates. Salah satu sebab kenapa beliau dikatakan orang terkaya di dunia ialah sikap beliau yang berhemat. Hingga hari ini, Kamprad dikatakan lebih gemar menaiki kapal terbang kelas bawahan, memandu kereta Volvo model lama. Malah beliau sering membeli sayur sayuran di pasar dan tidak mengikut trend  ’orang kaya’ lain’  iaitu hanya mengupah orang gaji untuk membuat kerja yang dianggap leceh itu.

Sam Walton

Sekiranya Sam Walton masih hidup sekarang ini, pengasas rangkaian Wall Mart tersebut tentunya mengatasi jutawan Amerika Syarikat yang lain. Sepertimana kita lihat pada senarai 30 orang terkaya di dunia dalam senarai yang dikeluarkan Forbes, lima daripada kumpulan tersebut datangnya daripada keluarga mereka sendiri dan mereka dikatakan juga mewarisi harta kekayaan yang ditinggalkan oleh Sam Walton. Ya, apa yang saya ingin ketengahkan disini ialah cara beliau yang begitu membanggakan saya. Sam Walton dikatakan sering berkongsi bilik, sekiranya pergi ke mana-mana atas urusan perniagaan, tidak lain tidak bukan hanya untuk mengurangkan perbelanjaan harian beliau. Beliau juga menaiki kapal terbang kelas ekonomi dan memakai pakaian daripada kedainya sendiri sahaja.

Para pembaca yang setia sekalian,

Terang lagi bersuluh salah anggapan yang dibawa oleh masyarakat kita bahawa kehidupan mewah dan berada adalah sesuatu kehidupan yang wajib dimiliki oleh seseorang jutawan. Dan apa yang kita boleh huraikan berdasarkan bukti di atas ialah sifat utama yang dimiliki olej jutawan sebenar adalah sifat berjimat cermat dan mereka menjalani kehidupan yang JAUH lebih rendah daripada apa yang mereka mampu. Saya akhiri artikel ini dengan quotes dari salah seorang ‘motivational speaker’ terkenal iaitu Robert Kiyosaki.

“In most cases, when people make more money, they get deeper in debt. This is why money alone does not make you rich.” Robert Kiyosaki

{ 28 comments… read them below or add one }

Aku Learn March 5, 2010 at 3:15 pm

hehe…. orang selalu salah pandangan bila sebut tentang kekayaan. Ada yg kata byk duit tu baru kaya… tp sebenarnya maksud kaya tu luas lagi… kita di kurniakan kesihatan, keluarga, dan macam2 lagi…. kita kena buka minda kita supaya dapat melihat kekayaan yang kita ada tapi mungkin kita tak perasan :-)

Reply

Aqill March 6, 2010 at 5:18 am

kekayaan budi bahasa lebih penting :D

saya pun hampir terlupa tentang ini.

Reply

Syah March 5, 2010 at 6:34 pm

Setelah membaca artikel ni teringat kat cikgu saya zaman2 sekolah dulu, apa dye kata, orang zaman sekarang (dulu2 dh) tengok bdk2 yg loaded, nk pkai henset mahal2, baju mahal2, sume branded2 la. kbykn org miskin.. tp yg kaya, xde la plak mcm tu..
kite kena ubah cara pemikiran xde tgk mewah2 kaya, tengok xmewah, miskin..

Reply

Aqill March 5, 2010 at 9:19 pm

right! betul. cuma jangan sampai imej kita tidak dijaga.
maksud saya, sampai orang menidakkan apa yang kita ada.
bersederhana sudah la :D

Reply

aktechpage.com March 6, 2010 at 2:34 pm

Kekayaan bukan sahaja terdiri drpd harta benda dan wang ringgit. Kekayaan juga meliputi kesihatan, kebahagian, ketenangan dan banyak lg.
Lagipun menjadi seorang jutawan yg rendah diri dan hidup secara low profile adalah lebih baik kerana dapat memberi Fokus kepada perniagaan dgn lebih mendalam.

Bak kata pepatah melayu, ibarat seperti padi, semakin berisi semakin tunduk.

Reply

hasbulaqill March 7, 2010 at 12:51 am

mmg benar kata aktechpage tentang kekayaan bukan hanya dinilai pada wang ringgit sahaja. saya pun hampir terlupa tentang ini.

Reply

sedy March 7, 2010 at 1:35 pm

Terima kasih bro berikan motivasi yang bermanfaat ni. Jangan lupa lawat blog saya.
http://penyiasatmudapersendirian.blogspot.com/

Reply

Aqill March 8, 2010 at 4:16 pm

insyaallah bro. nice ebook :D

Reply

Zairi Zaidi March 7, 2010 at 3:31 pm

Memang camtulah sikap diorang… Sebab kaya dan semakin kaya

Reply

izwan March 7, 2010 at 5:15 pm

hehe ..diorang berjimat dan kaya ..alhamdulilah ..xD . xsngka aku orng kaya hdup diorang sedehana jer ..

Reply

Mohd Nizam Mohd Idris March 7, 2010 at 6:26 pm

Kekayaan sebenar adalah diakhirat, sesiapa yang dimasukkan oleh ALLAH kedalam syurganya itulah yang memiliki kekayaan yang sebenar-benarnya dan kekayaan didunia hanyalah pinjaman daripada ALLAH buat sementara waktu sahaja. Masa depan yang sebenar-benarnya adalah diakhirat dan kejayaan yang sebenar-benarnya adalah diakhirat juga.

Reply

Aqill March 8, 2010 at 4:16 pm

ya, kejayaan sebenar ialah kejayaan di dunia dan akhirat. moga kita mencapainya. amin :)

Reply

mohamadSaleh March 8, 2010 at 12:31 am

kekayaan dalam hati… bila hati kaya, manusia akan sentiasa redha. bila hati miskin, walaupun sudah ada 1 lembah emas, maka dia mahu lembah emas yg ke-2. Biar Duit Banyak, Jangan Jadi Tamak.
~newbie mohamadSaleh a.k.a. umair~

Reply

Aqill March 8, 2010 at 4:15 pm

terima kasih kerana mengingatkan kepada para pembaca :)

Reply

benbaz March 8, 2010 at 12:02 pm

Pernah membaca 1 artikal bagaimana ‘minda’ yang menentukan kaya atau miskin. Kisah seorang miskin yang berjaya melatih mindanya menjadi kaya. Contoh : bila naik basikal, beliau membayangkan dirinya sedang memandu BMW. Bila masuk ke pondok buruknya, beliau membayangkan sedang berada di mahligai mewah. Hidup sentiasa tersenyum kerana merasakan semuanya ‘cukup’. Bolehkah kita melatih minda kita begitu?

Reply

Aqill March 8, 2010 at 11:23 pm

ya,persekitaran juga penting tuan.namun bergantung kepada individu tersebut untuk menilainya pada tahap positif ataupun negatif

mungkin artikel ini sedikit sebanyak menjawab persoalan tuan :)
http://evolusiminda.com/blog/2010/02/28/berikan-roh-pada-bisnes-anda/

Reply

mzm March 8, 2010 at 9:24 pm

kaya bukan dengan duit je..
kaya senyuman pn kaya gak..
dan yang paling best kaya duit dan kaya dengan masa, yang ramai usahawan internet usahakan sekarang ni.. huhu~ anyway nice article brO..

Reply

Aqill March 8, 2010 at 11:21 pm

saya lebih menekankan pada pengurusan masa sekarang, masih banyak lagi saya gunakan masa dengan perkara yang ‘non profit’. insyaallah hari demi hari, dapat meningkat kepada lebih baik :)

Reply

Anwar Yassin March 8, 2010 at 10:37 pm

Dalam erti kata jutawan low profile ini. Saya lebih meminati kisah Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary. Kerana bangsa dan agamanya sama dengan kita, dan ia lebih bersifat setempat. Contoh di atas juga bagus untuk sesiapa yang berimpian menjadi jutawan. :)

Reply

Aqill March 8, 2010 at 11:18 pm

tidak salah jika kita ambil contoh baik dari orang barat. yang baik kita dekatkan,yang buruk kita jauhkan :)
cuma artikel di atas itu, lebih kepada global. nanti bila ambik contoh daripada orang Melayu, cakap pula ‘ Melayu lain, india lain’. ;)

Reply

Ajoi March 20, 2010 at 5:16 pm

kaya dengan harta boleh membantu kepada yang memerlukan.Sebagai contoh Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary.Mendermakan sebahagian hartanya.

Reply

salmi April 8, 2010 at 7:14 pm

artikel yang menarik…

dalam islam pun kita dianjurkan hidup bersederhana…
:wink:

wallahualam…

Reply

Hasbul Aqill April 8, 2010 at 7:18 pm

hidup besederhana dalam erti kata lain memberi sebahagian daripada harta untuk kebajikan :)

Reply

Faiz April 14, 2010 at 2:36 am

aku pun xnak tunjukklah aset aku..kalau tujuk takut terkejut plak..hehe

Reply

Rick April 25, 2010 at 3:54 am

saya lebih menekankan pada pengurusan masa sekarang, masih banyak lagi saya gunakan masa dengan perkara yang ‘non profit’. insyaallah hari demi hari, dapat meningkat kepada lebih baik :)

Reply

yieco March 11, 2011 at 4:07 pm

bersederhana itu lebih penting dari menunjuk-nunjuk………

Reply

Nwar UJ September 29, 2011 at 12:28 am

Ko orang becerita pasal kaya. engkau tau tak aku pun tergolong dlm orang kaya jugak. Ya kaya usaha. Kita mesti kaya dgn usaha utk hidup senang. Bila dah kaya dn usaha kita mesti kaya dgn ketabahan. Inilah falsafah utk jd jutawan sebenar.
He..he.. itu pendapat cetek aku je

Reply

Hasbul Aqill October 6, 2011 at 11:53 pm

terima kasih atas komen, insyaAllah. kita semua dianugerahkan kaya iman, amal untuk keberkatan dunia akhirat. Amin

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: