Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan takziah kepada Saudara Labanon atas pemergian bapanya tempoh hari. Mudah-mudahan Allahyarham dicucuri rahmat. Amin.Apakah faktor anda untuk berjaya dalam Perniagaan Internet? Adakah anda selama ini berusaha untuk menjana pendapatan di Internet tetapi sampai sekarang anda masih buntu?Saya juga senasib dengan anda semasa berjinak dengan Perniagaan Internet,berbelanja besar untuk membeli ebook,menghabiskan masa yang lama dan boleh saya katkan 24 jam sahja saya berada depan Laptop.
Dan hasilnya selepas itu ibaratkan tidak berbaloi dengan usaha anda. Mulalah anda merungut’Aduh,kenapa aku masih dapat earning adsense skit je ni’ dan mungkin juga anda berkata ‘ Memang rezeki tuhan nak bagi kt aku macam ni’. Saya mengalami situasi sama dengan anda suatu ketika dahulu, Tiap hari saya memikirkan apakah penyelesaian yang terbaik untuk berjaya dalam Perniagaan Internet. Dan selepas beberapa kali saya ditegur oleh beberapa individu, nampaknya saya sudah tahu apakah kesilapan besar yang selama ini saya mengiyakan. FOKUS! Perkataan yang mungkin anda katakan ringkas tetapi bagi saya ia adalah titik tolak saya mendapat impian saya.
Fokus amat penting untuk anda berjaya dan terus berjaya dalam hidup anda. Jika anda ingin berjaya dalam perniagaan internet, saya nasihatkan supaya anda memilih dahulu apakah bidang yang anda ingin fokuskan. Ingin berjaya dalam pengiklanan Adsense, anda sepatutnya fokus terhadap adsense sahaja dan bukan untuk beria-ia untuk mencuba Affiliate. Bagi masa mempunyai masa yang lebih, itu pendirian masing-masing.
Namun orang seperti saya yang masih belajar, faktor fokus memainkan peranan penting untuk saya menguruskan masa dan kewangan dengan bijak,Kenapa saya berkata begini? Sebagai contoh, hari ini anda memeplajari tentang adsense, dan keesokan harinya anda berminat untuk membeli ebook clickbank. Dan seterusnya anda tinggalkan adsense dan mempelajari Clickbank. Tidakkah tindakan ini hanya memakan diri anda sendiri? Duit anda sudah laburkan dengan bayak untuk pelajari Clickbank dan masa anda juga sudah dibazirkan akibat kehilangan fokus.
Namun, pendirian saya diatas hanya inidividu sahaja dan terserah kepada anda sendiri untuk menilainya dan mengaitkan dengan apa yang anda lakukan seharian. Tidak salah untuk anda mempelajari sesuatu yang baru, namun perlu dilihatkan pada situasi anda ketika itu, jika anda sudah kesuntukan masa untuk mempelajari, lebih baik anda fokus sahaja kepada perkara yang anda lakukan sekarang. Itu nasihat saya disebabkan saya sudah mempelajari kesilapan saya selamai ini dan sudah semestinya kewajipan bagi saya untuk menyebarkan ilmu kepada anda semua.
Salam perjuangan kepada anda dalam perniagaan dan moga sukses selalu!


Hasbul 'Aqill merupakan seorang usahawan internet sepenuh masa. Seorang usahawan muda yang berusia 19 tahun dan mempunyai pengalaman dalam dunia perniagaan internet sejak 2 tahun yang lalu . Walaupun usianya masih belum mencecah 20-an, namun baginya, ia bukan satu alasan untuk beliau terus mengejar impian pada usia muda.