Janganlah Mengeluh..

by Hasbul Aqill

in Motivasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sudah hampir setahun sebenarnya saya bergiat dalam Perniagaan Internet. Seperti biasa, dalam apa-apa juapun kegiatan atau perniagaan, pasti ada dugaan dan cabarannya. Kekangan keluarga, masalah peribadi serta konflik pandangan itu sudah menjadi kebiasaan dalam hidup saya.

Dahulu, saya banyak tertanya pada diri sendiri ‘Betulkah aku lakukan ini?”, ” Kenapa aku harus diuji sebegini “? serta banyak lagi persoalan yang sukar diterjemah. Namun saya menghadapi dengan tenang dan menyelesaikan masalah tersebut secara berperingkat.

Kita selalu bertanya, dan kita sering lupa Al-Quran sudah menjawabnya.

KITA BERTANYA : KENAPA SAYA DIUJI SEBEGINI ?

QURAN MENJAWAB
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; ”Kami telah beriman,” (“I am full of faith to Allah”)sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA SAYA TAK DAPAT APA YANG SAYA IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”  - Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” - Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA LEMAH BILA DIHADAPI UJIAN?

QURAN MENJAWAB
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.” - Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA(UJIAN)?

QURAN MENJAWAB
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yangberkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka? - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN BILA DIUJI SEBEGINI!!!

QURAN MENJAWAB
“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari Rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”- Surah Yusuf ayat 12


Mungkin sebelum ini kita terlepas pandang tentang soal jawab diatas dan terlalu berpegang kepada prinsip yang kita sendiri tidak tahu keberhasilannya. Dan selepas ini, tiada lagi alasan dan keluhan newbie khususnya berpendapat susah untuk berjaya dalam Perniagaan. Moga artikel/post kali ini sedikit sebanyak memberi semangat dan arah tuju yang sebenar bahawa ‘Anda pun mampu berjaya!’

{ 14 comments… read them below or add one }

aktechpage.com March 12, 2010 at 8:31 am

Tak baik mengeluh ni, kita kena sentiasa redha dgn ujian yg dihadapi dan bersyukur dgn apa yg ada.
Apepun, usaha bersunguh-sunguh perlu di teruskan untuk mencapai sesuatu matlamat/cita-cita.
Kalo tidak dapat di dunia, pahala di akhirat sedang menunggu.

Reply

Aqill March 15, 2010 at 3:15 am

mudah-mudahan kedua-duanya kita dapat :)

bukan setakat didunia atau di akhirat sahaja

Reply

Sapitt March 12, 2010 at 7:55 pm

Terima kasih kerana mengumpul dalil2 al-Quran mengenai tajuk ni.. sangat memberi inspirasi.. :)

Reply

Aqill March 15, 2010 at 3:13 am

terima kasih jugak untuk sapitt :)

Reply

hasbulaqill March 15, 2010 at 10:31 am

dalil alquran ni asal daripada bekas ustazah saya di al ihsan, ustazah rohanaliza

mungkin taufiq kenal :D

Reply

ummu_abdullah March 15, 2010 at 3:07 am

Ujian tanda sayangnya Allah pada kita..Dia tidak lupa hambaNYA…

Alhamdulillah…

Reply

mahirah March 15, 2010 at 10:42 am

bes jgk.. bgus2.. mabruk 'alaik…

Reply

hasbulaqill March 16, 2010 at 1:10 am

tahniah jugak untuk mahirah :D

Reply

boy_bersahaje March 20, 2010 at 11:25 am

Thanks entri yang mengingatkan. Memang banyak dugaan datang ke atas diri kita adalah untuk menguji dan melihat sejauh mana kesabaran dan keimanan. Tapi tak semua ujian kadang-kadang kita sedar, itu adalah ujian untuk kita. Manusia hanya tahu megeluh dan mengeluh. Ada yang lebih teruk sampai membuat keputusan yang sememangnya lari dari aqidah dan tidak berlandaskan syariat. Mohon dijauhkan…

Thanks bro

p.s: Baru jumpe blog ni kat blog mazlie :) .

Reply

Paul April 25, 2010 at 7:15 am

Tak baik mengeluh ni, kita kena sentiasa redha dgn ujian yg dihadapi dan bersyukur dgn apa yg ada.
Apepun, usaha bersunguh-sunguh perlu di teruskan untuk mencapai sesuatu matlamat/cita-cita.
Kalo tidak dapat di dunia, pahala di akhirat sedang menunggu.

Reply

Martin April 25, 2010 at 1:00 pm

bes jgk.. bgus2.. mabruk 'alaik…

Reply

Karen April 25, 2010 at 4:42 pm

dalil alquran ni asal daripada bekas ustazah saya di al ihsan, ustazah rohanaliza
mungkin taufiq kenal :D

Reply

Hasbul Aqill April 25, 2010 at 5:22 pm

btw, mmg dalil itu dari ustazah rohanaliza, bekas ustazah saya di al ihsan :)
just edit dan cuba sesuaikan dalam kontek perniagaan

Reply

Azmi October 21, 2010 at 8:27 pm

salam,
TQ hasbul Aqill. artikel yg menarik dgn dalil yang tepat. Namun apa yg ingin sy nyatakan bahawa mengeluh ini jua ada baik nya sekirannya kita berfikiran positif setelah langkah-langkah usaha telah dilakukan. Mengeluh membawa kita kepada muhasabah diri adalah yang paling baik untuk mencari jalan penyelesaian dan menerima keredhaan Nya. Sesungguhnya Allah Subahanahu Wataala tidak akan menguji seseorang itu lebih dari kemampuan dirinya. Allah Maha Mengetahui.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: