Kategori | Motivasi

Kekayaan hanya untuk sesetengah Individu sahaja?

Hai dan assalamualaikum ,

Kekayaan dalam minda anda!

Oh, ada alkisah untuk saya kongsikan sebenarnya, pada suatu hari, semasa minum pagi bersama rakan saya di UTM, kami enak berbual-bual tentang kekayaan . Semasa berbual, tiba – tiba berhenti sebuah kereta Mercedes Brabus yang bernilai hampir ratusan ribu ringgit. Pantas saya menyelah perbualan dan bertanya sama ada mereka mampu memiliki kereta tersebut. Kata salah seorang kawan saya, Dolah(bukan nama sebenar) ” Memang susah mahu dapatkan kereta ini. Kereta ini hanya untuk orang yang dilahirkan kaya sahaja.” Saya hanya mampu tersenyum dan berdiam diri untuk mengelakkan perbalahan pendapat.

Para pembaca sekalian,

Salah satu perkara yang menghantui diri ramai orang adalah faktor yang menyebabkan kekayaan hanya datang kepada individu tertentu sahaja? Kenapa ada individu yang senantiasa menerima malah menikmati dengan mewah kekayaan mereka? Mengapa terdapat ramai individu lain yang masih miskin dan sebatang kara walaupun sudah berusaha bersungguh-sungguh dan bekerja hampir saban hari?

Saudara saudari sekalian,

Adakah ini sudah dinamakan takdir? Adakah sudah menjadi nasib yang ditetapkan tuhan untuk mereka yang senantiasa hidup dalam arus kemiskinan?  Adakah orang miskin hanya berpeluang melihat kekayaan hanya mengalir kepada individu tertentu sahaja. Jika betul persoalan yang diungkapkan saya diatas, bagaimana dengan konsep keadilan yang menjadi teras perjuangan Islam dan Tuhan yang maha adil serta Pemurah?

Saya terpanggil untuk menulis artikel ini oleh kerana ditanya oleh kawan saya  . “Aku sudah ditakdirkan dalam kemiskinan dan tuhan sudah tetapkannya untuk hidup aku”. Mungkin itulah yang dia maksudkan dan sampaikan kepada saya. Sememangnya Tuhan maha adil kerana setiap makhluknya diberi peluang sama untuk menikmati segala kemakmuran yang ada dalm dunia ini. Namun apa yang jadi permasalahan, ramai yang tidak sedar kekayaan ada disekeliling kita. Kita juga yang masih belum bersedia untuk menerima kekayaan tersebut. Ramai orang yang masih belum menerima dan membuka pintu kekayaan pada diri sendiri.

Apa pandangan anda tentang perkara yang disebut di atas ? Munasabah atau tidak alasan mereka untuk menidakkan kekayaan muncul dalam diri mereka?

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Twitter

Mengenai Penulis : Hasbul Aqill

--------------------------------------------------------------------------------------------------- Hai dan assalamualaikum, saya Hasbul 'Aqill dan kini dalam usaha membentuk personaliti sebenar dalam hidup .Berusia 19 tahun dan merupakan seorang usahawan Internet sepenuh masa. Terima kasih kerana sudi datang ke blog saya ini.. hoho ;) ---------------------------------------------------------------------------------------------------

12 Comments For This Post

  1. apihmarang Says:

    Kejayaan hanya untuk orang yang sanggup menanggung risiko..kui3..

    [Reply]

  2. Active Blogger Says:

    hehe…orang kaya btambah kaya sbb dia sentiasa berfikir pasal kekayaan…org miskin bertambah miskin sbb dia sentiasa fikir pasal kemiskinan… the law of attraction.

    huhu tiba2 lak teringat masalah @ dilema yg aku tgh hadapi… (^_^)

    [Reply]

  3. Aqill Says:

    active blogger~masalah apa?kalau masalah bini…baek bagtw :D

    [Reply]

  4. aLem saLLeh Says:

    Aku setuju dengan active blogger…. “The Law of Attraction”

    [Reply]

  5. Aqill Says:

    yeah,saya suka baca buku tu
    the secret , the secret of teen , law of attraction
    bes untuk self improvement dan mindsept development :)

    [Reply]

  6. titan Says:

    kalau kita lihat situasi sekarang, memang itulah yang terjadi. kekayaan memang untuk sesetengah individu. Tak semua orang boleh jadi kaya. Itu fakta kejam sejak berpuluh tahun lamanya.

    Tapi aku harap, kita leh patahkan fakta kejam tu..

    [Reply]

  7. Aqill Says:

    saya paham titan :) . cuma untuk patahkan fakta tu kena usaha daripada org ramai la ;)

    [Reply]

  8. Joey Says:

    Totally agree. Not only the ones borned rich can own a benz. The smart ones might js do better :D

    [Reply]

  9. Aqill Says:

    yes, im totally agree with joey, no mattet if you also can be millionaire in next day ;)

    [Reply]

  10. naim Says:

    aqill..Maksud tuhan tu maha pemurah banyak maksud bagi aku..Harta bukanlah faktor kekayaan..banyak makne kaye ni..Allah pemurah dari pelbagai aspek.Mgkin seseorg tu miskin tapi Allah bagi die kekayaan dari segi kebahagiaan,ade ank dan bnyk lg..ade org kaye harta tp yang lain die miskin macam akhlak.setuju??setuju??hehe

    [Reply]

  11. Aqill Says:

    saya tidak cakapkan kekayaan itu hanya dinilai pada harta benda sahaja. Makna kekayaan pun terlalu subjektif dan jika saya menerangkan tentang kekayaan untuk semua aspek, sampai esok pun artikel ni x habis.Artikel ini dikhas untuk menilai kekayaan melalui harta benda. Pernah Rasulullah bersabda ” Kemiskinan itu hampir-hampir pada kekufuran” Maksud riwayat Abu Daud. Banyak sudut untuk orang boleh lihat. Semuanya betul asalkan berlandaskan pada prinsip Islam yang sebenar. Kekayaan tidak salah cuma anda diberi pilihan untuk menggunakan kearah kebaikan atau keburukan . :)

    [Reply]

  12. cyza Says:

    TGK attitude orang tu lah kalau nak jadi kaya atau tak….

    [Reply]

    Aqill Reply:

    dari attitude tu jugak kita taw apa jalan dia mahukan :)
    semuanya terletak pada ‘The Secret Of Minds’

    [Reply]

Leave a Reply

:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: