Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, tahun 2010 sudah sebulan berlalu dan hari demi hari berjalan dan makin mendewasakan kita. Diharapkan bukan sahaja perniagaan berkembang , malah minda juga perlu dimatangkan bagi menghadapi cabaran perniagaan yang makin mencabar.
Para pembaca sekalian ,
Saya amat yakin, anda semua sudah mengetahui pelbagai strategi, konsep dan langkah yang boleh membantu anda ke arah kehidupan yang lebih selesa dan menyenangkan(financial freedom). Malahan, saya amat yakin anda tentu amat teruja melihat bagaimana orang biasa berjaya mencipta kekayaan melimpah ruah dan bagaimana kita juga mampu melakukannya . Mungkin anda pernah melihat kenalan anda sendiri memacu kereta idaman anda disamping mesra berbual bersama teman wanitanya . Hanya orang gila yang menafikan kedudukan selesa seperti saya bayangkan diatas.
Persoalannya sekarang , bagaimanakah anda mahu kecapinya ? Bagaimana anda ingin kelihatan hebat dan orang sekeliling anda teruja melihat kekayaan dan kebahagiaan yang anda kecapi . Bak kata orang, amat sempurna! Jadi, anda perlu merancang laluan jutawan kita. Anda perlu bertanya pada diri ,”Kehidupan bagaimanakan yang saya mahukan ? “Bagaimanakah kehidupan dalam masa 5, 10 ataupun 20 tahun akan datang?
Dalam konteks ini , saya berikan satu contoh berkenaan kuasa penetapan matlamat hidup . Pada tahun 1952 , satu kajian berkenaan kesan penetapan matlamat dibuat sekumpulan pelajar Universiti Yale yang bakal menamatkan pengajian mereka. Apabila ditanya berapa peratuskah diantara mereka menetapkan dan mencatat matlamat hidup mereka, hanya 3 peratus sahaja mengatakan mereja mempunyai matlamat . 97% pelajar lain , walaupun pandai dan pintar , tidak mempunyai pelan yang spesifik ataupun rancangan bagi 5 hingga 10 tahun selepas menamatkan pengajian.
25 tahun kemudian , pada tahun 1972 , kajian susulan dilakukan bagi mendapatkan keadaan terkini pelajar-pelajar tersebut . Jumlah pendapatan 300 pelajar yang mempunyai pelan spesifik dan matlamat yang jelas itu lebih daripada jumlah pendapatan baki 97% pelajar lain . Adakah ini berlaku secara kebetulan ataupun ini satu pembuktian bahawa matlamat yang jelas dan spesifik memainkan peranan hebat dalam memastikan kejayaan kewangan dan peribadi seseorang ? Dan mungkin ada diantara mereka mengambil alasan ‘Kami baru matang’ bagi menafikan kemelesatan yang dihadapi mereka?
Warrren Buffet dilahirkan semasa keadaan ekonomi meleset dimana bapanya hampir bankrap! Sejak kecil lagi , beliau memahami berkenaan nilai mata wang dunia dan kepentingan wang dalam kehidupan. Malahan sebelum mencapai umur belasan tahun dan masih digelar budak hingusan lagi , Buffet sudah mengetahui dan memendam hasratnya ingin menjadi kaya suatu hari nanti.
‘ Saya akan digelar jutawan pada awal 35 tahun nanti . Nantikan!” dengan selambanya beliau mengumumkan hasrat ingin menjadi jutawan pada usia seawal 35 tahun dan rakan sebaya hanya mengejek dengan mengatakan Buffet masih berada di awangan dan tidak cukup matang untuk membuat keputusan . Disebabkan matlamat itulah membuatkan beliau memikirkan cara-cara menjana pendapatan, sedangkan rakan-rakan sebaya hanya membelanjakan wang ibu bapa mereka atau dalam erti kata ‘ tunggu untuk disuap’.
Malah , nilai kekayaan beliau mencecah US$6 juta pada usia 35 tahun. Adakah perkara – perkara ini boleh berlaku sekiranya beliau tidak menetapkan matlamatnya ? Tentu sekali tidak. Disebabkan oleh tumpuan tenaga dan usahanya terhadap apa yang diimpikan yang membuatkannya beliau tersenarai Manusia Kedua Terkaya didunia selepas Bill Gates . Ataupun masih ada pembaca menafikan kenyataan saya diatas?
p/s~ Salah satu cara mencapai matlamat ialah aturkan secara rapi aktiviti seharian anda


Hasbul 'Aqill merupakan seorang usahawan internet sepenuh masa. Seorang usahawan muda yang berusia 19 tahun dan mempunyai pengalaman dalam dunia perniagaan internet sejak 2 tahun yang lalu . Walaupun usianya masih belum mencecah 20-an, namun baginya, ia bukan satu alasan untuk beliau terus mengejar impian pada usia muda.
{ 13 comments… read them below or add one }
Salam,
Yup matlamat mesti di set awal supaya gerak kerja kita terarah dan tersusun
gud liuck to you..
walaupun ape yg aku baca ni kurang pham sket
haris~ya, itu kunci kejayaan
gold catcher~banyakkan membaca buku motivasi dan personal development
Gagal merancang, hasilnya adalah kegagalan
Berjaya merancang, hasilnya adalah kejayaan
Itulah pepatah melayu… (ye ke
)
ya, betul..
simple tapi penuh makna
teruskan perjuangan bro, nanti turun kelate
hello kawe.
beres..coaching coming soon bro, jgn bimbang
Bila kita dah tetapkan sesuatu matlamat ia amat membantu dari segi daya usaha dan psikologi untuk berjaya….
Saya suka perkongsian Tuan Hasbul melalui entri ini! Tahniah usahawan muda!
matlamat mmg dah letak awal lagi. tapi still kena usaha keras untuk mencapainya.
tarikh dateline matlamat dah tak jauh lg..
fuuh~ aku yg rasa macam dah terlewat nie..
lewat tidak disengajakan takpe. yang penting bro sudah berusaha dan TERUS berusaha sampai matlamat udah tercapai.
tulis perancangan harian dan tampal di dinding, atau lebih mudah, saya letakkan dalam sticky notes (hanya available di windows 7 sahaja) segala perancangan harian saya supaya mudah untuk kita ingatkan.senang untuk saya ingat sebab seharian aktiviti saya hanya didepan laptop sahaja
heheh. thanks 4 the tips. mmg nak buat pun. tak terbuat2 jer :p senarnya segan plak ngan member umh yg masuk bilik aku tgk aku pnye angan2 :p hahaha
sticky notes pun buleh juga..
itu antara tips yang dikongsikan oleh Jack Canfield dalam buku How to get from where you are,to where you want to be’
Fikirkan dan visualkan apa yang kamu hendaki.
saya pun malu letak gambar kereta kt board dalam bilik, tp anggapla jika mereka ketawakan kita,kita perlu cari jalan bagaimana pula kita boleh ubah pemikiran mereka sehingga keluar perkataan ‘WOW!!’ dari mulut mereka sendiri