Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sememangnya, antara cabaran yang dikatakan paling besar ketika bekerja ialah kemampuan kita untuk fokus. Ya, seperti berlaku kepada saya, lebih – lebih lagi sejak menjadi usahawan internet sepenuh masa, sememangnya amat sukar untuk memberi fokus sepenuhnya ketika berhadapan dengan komputer riba.
Berkhayal serta perasaan mengantuk, fuh, itu sudah menjadi kebiasaan ketika bekerja. Terutamanya ketika menulis artikel, sememangnya fokus itu amat penting untuk kita mendapatkan idea kandungan yang menarik. Pada hari ini, saya terbuka hati untuk berkongsi tips bagaimana cara saya untuk memberi fokus sepenuhnya ketika bekerja.
1. Musik
Sesetengah orang termasuk saya menggunakan musik sebagai cara untuk mententeramkan minda. Bagi saya, ia sedikit sebanyak menghilangkan rasa mengantuk dan bosan. Oh, tapi bukan musik yang bergenre rock atau punk ya. Yang itu sudah pasti bukan sahaja memeningkan kepala bahkan menyebabkan jiwa berkecamuk.
2. Jauhi dari emel
Sudah menjadi kebiasaan bila sahaja ada emel masuk , pasti hati tergerak mahu membaca terus bukan? Apa yang saya buat ialah, saya akan tutup semua “window” berkaitan dengan emel, dan hanya “window” yang berkaitan dengan kerja sahaja dibuka. Janji pada sendiri yang anda tak akan membuka emel setiap 1 jam. Lambat laun, anda sudah keterbiasaan sampaikan lupa baca emel seharian.
3. Facebook dan Twitter
Sah! Ini boleh dikatakan sudah menjadi rutin seharian bukan? Demam Facebook pun makin menjadi-jadi sekarang sampaikan budak sekolah rendah pun dah reti buka akaun Facebook . Kalau tak dibendung, sampaikan 1 – 2 jam yang akan anda luangkan semata-mata untuk bersosial di laman Facebook. Lambat laun, kerja pun tak siap dan banyak kerja yang sudah tertangguh. Cuba janji pada diri sendiri yang anda hanya membuka akaun pada waktu rehat sahaja. Paling tidak pun 5 kali sehari, dan lama kelamaan anda makin terbiasa.
4. Yahoo Messenger dan sebarang chat program
Sekiranya anda mempunyai Yahoo Messenger atau sebarang “chat program” seperti Skype, “sign out” sahaja atau tukarkan status anda kepada invisible atau busy. Susah untuk memberi fokus 100% sekiranya ada diantara rakan online anda buzz secara tiba-tiba.
Dengan menggunakan segala tips diatas,mudah -mudahan, anda semakin produktif ketika melakukan kerja serta senang untuk memberi tumpuan sepenuhnya ketika bekerja. Setakat ini sahaja artikel ini, mungkin anda , para pembaca sekalian mempunyai pengalaman dan tips untuk fokus ketika bekerja dan dialukan untuk berkongsi pada ruangkan komen di bawah
p/s: Oh ya, saya pun ingin tahu lagu apa yang sering anda dengar sebagai cara untuk fokus ketika anda bekerja.



Hasbul 'Aqill merupakan seorang usahawan internet sepenuh masa. Seorang usahawan muda yang berusia 19 tahun dan mempunyai pengalaman dalam dunia perniagaan internet sejak 2 tahun yang lalu . Walaupun usianya masih belum mencecah 20-an, namun baginya, ia bukan satu alasan untuk beliau terus mengejar impian pada usia muda.
{ 8 comments… read them below or add one }
nak lebih fokus cuba dengar-dengar orang tilawah atau baca quran..bukan setakat fokus, silap-silap dapat idea lagi banyak..hehe
terima kasih atas cadangan bro, sememangnya quran memang boleh tenteramkan hati, lagi2 bila dgr suara saad said al ghamidi, fuh, terkesima dan tenteram
Lagu2 slow mcm lagu korea etc.
bkk quran masa buat kerja, tenteram jiwa, hati suci, ilmu senang masuk ; mudah focus…
sudah terbukti~~
syafiq@ ya , aku diantara meminat lagu korea oH!
mahirah@ ya, mmg sudah terbukti
yg Facebook dengan YM tu memang betul nak tinggal. hehe. tapi kalau dah latih, memang boleh…
ya, memang boleh, tapi amat perit la sedikit
mmg betul pun sume tip2 tu semua.. kalau dah buka FB mesti jd leka dan x habis2 nk komen org.. hehe