Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ini, cukup 5 bulan saya digelar usahawan internet sepenuh masa. Fuh, agak banyak sebenarnya cabaran dugaan yang perlu saya tempuhi setakat ini. Namun alhamdulillah, berkat pertolongan Allah serta penglibatan secara langsung dan tidak langsung rakan – rakan lain, terutamanya Team ForexExcel , segala kegiatan dan permasalahan dapat ditempuhi dengan sempurna.
Apabila memilih jalan sebegini, sebenarnya saya sendiri perlu menempuhi cabaran terutamanya dalam konteks kewangan . Secara tidak langsung, saya mempelajari bagaimana menguruskan kewangan supaya lebih bercermat serta mengurusnya dengan lebih berhati-hati.
Nota Ringkas Perbelanjaan
1. Pada permulaan penglibatan dalam dunia internet, memang tak terlintas langsung untuk menulis nota ringkas perbelanjaan yang saya buat seharian. Namun, setelah mengambil keputusan untuk berniaga sepenuh masa, saya sedari kepentingan ini setelah melihat abang saya sendiri melalukan sebegitu. Segala perbelanjan wang keluar masuk seharian, saya akan tulis pada nota kecil. Dan pada pengakhiran nota tersebut, saya akan mengira jumlah wang keluar masuk pada hari tersebut. Jika wang keluar lebih banyak daripada wang masuk, itu ada sesuatu yang tidak kena dalam pengurusan kewangan . Oleh itu, dengan membuat nota ringkas tentang perbelanjaan, sedikit sebanyak dapat mengetahui kadar perbelanjaan seharian.
2. Prioriti
Sebelum membuat perbelanjaan yang lain, saya sendiri akan menyemak dahulu perkara yang lebih penting seperti pembayaran bil internet, sewa rumah, serta perkaitan online seperti hosting dan langganan bulanan autoresponder. Ini sebagai langkah berhati – hati sekiranya berlaku sebarang kemungkinan masalah kewangan. Paling tidak pun, sekurang – kurangnya anda sudah membuat persediaan sekiranya terdapat sebarang masalah seperti akaun Adsense dibanned oleh Google. Ataupun pendapatan CPA atau Clickbank anda semakin kurang setiap bulan
.
3. Elakkan penggunaan kad kredit
Ya, sememangnya penggunaan kad kredit memang menakutkan. Elakkan penggunaan kad kredit ketika berbelanja terutamanyaperbelanjaan yang bukan – bukan. Sememangnya, saya sendiri mengelak untuk mendapatkan kad kredit sebagai langkah berjaga – jaga daripada menggunakannya secara berlebihan. Dengan kad kredit, pengguna sebenarnya terpaksa membayar kadar interest yang tinggi pada setiap bulan dan ini memakan simpanan yang lebih baik disimpan untuk masa depan. Azizi Ali pun dalam setiap buku terbitannya, beliau begitu menekankan kepentingan perkara ini.
4.Elakkan berhutang yang tidak bagus
Bukan ke hutang semuanya tidak bagus? Apa yang saya maksudkan disini ialah berhutang kepada perkara – perkara yang merosotkan kewangan anda. Sebagai contoh, berhutang untuk melancong ialah hutang tidak bagus kerana ia mengurangkan kewangan. Hutang yang bagus pula ialah seperti membeli rumah kerana pada setiap tahun, nilai rumah akan semakin bertambah. Elakkan perbelanjaan di luar kemampuan anda sendiri dan tidak mengambil risiko untuk terus berhutang dengan orang lain. Sebagai anak muda, dengan langkah ini sebenarnya saya dapat melatih diri sendiri untuk menguruskan kewangan dengan baik .
Wah, ini juga boleh dianggap sebagai latihan persediaan sebelum berumah tangga selepas ini oh!. Yelah kan, jika anda sudah berumahtangga, secara tidak langsung, bebanan anda semakin banyak dan ketika itu, pengurusan kewangan teramat penting disebabkan anda perlu membahagikan wang kepada isteri, ibu bapa dan juga anak – anak
Setakat ini sahaja artikel kali ini, mungkin di antara pembaca yang mempunyai lebih banyak pengalaman, boleh memberikan tips dan pendapat dalam konteks pengurusan kewangan ini. Hanya tinggalkan komen di bawah dan anda mempunyai kebebasan untuk berkongsi apa sahaja tentang pengurusan kewangan
.





Hasbul 'Aqill merupakan seorang usahawan internet sepenuh masa. Seorang usahawan muda yang berusia 19 tahun dan mempunyai pengalaman dalam dunia perniagaan internet sejak 2 tahun yang lalu . Walaupun usianya masih belum mencecah 20-an, namun baginya, ia bukan satu alasan untuk beliau terus mengejar impian pada usia muda.
{ 7 comments… read them below or add one }
Tuan Hasbul Aqill,
Saya suka perkongsian Tuan. Sebenarnya saya tidak terfikir untuk mencatat nota perbelanjaan saya setiap hari. Setelah membaca entri ini, saya kini mengambil keputusan untuk berbuat demikian.
Ia banyak membantu. Moga Tuan dimurahkan rezeki dan dipermudahkan perjalanannya. InsyaAllah.
saya pernah cuba catat nota kewangan..tapi ada 1 masalah lain..jarang2 dapat kekal konsisten untuk mencatat nota..bila 1 hari terlupa nak catat..akan berlarutan sampai 2 3 hari tak catat..lama2 langsung tak catat….
..
ada tips?
salam madlut, permulaaan memang macam tu, saya dahulu pun tak konsisten. buat buku kecil atau buku 555, senang untuk bawa , boleh letak dalam poket. nampak leceh, tapi bermakna untuk masa depan
. buat satu board di dalam bilik kerja, dan catatkan aktiviti seharian yang perlu buat. gunakan stick note di komputer pun menjadi. beli stick notes dan tampal di ruang kosong di tepi keyboard
. dijamin xselesa nak tido tanpa siapkan nota perbelanjaan harian dahulu
aqiff.@ ya tuan, moga dimurahkan rezeki juga. insyaallah
satu tips menarik dari otai clickbank dan CPA…lepas nak kena catat semula perbelanjaan harian..
Salam Mari teman berteman bersama saya..
Setiap yg kita lakukan dlm kehidupan seharian memerlukan ilmu kerana ia penting sebagai panduan hidup seperti al-quran dan sunnah
Tq
@mhnizam – otai xpun . petai je