Salam dah hai semua.

Alhamdulillah, selepas 4 hari pelancaran, baru saya sempat untuk membuat artikel di blog sendiri. Alhamdulillah, pada Khamis yang lepas, Edisi 1 Komik Niaga yang bertemakan “Perniagaan Internet, Perniagaan Alaf Baru” telah berjaya dilancarkan pada pukul 2.30 petang. Dari 3 bulan mencari krew, serta banyak masalah seperti penarikan diri ahli krew serta terkejar masa, kini, KomikNiaga telah dilancarkan pada tepat masanya.
Apakah itu Komik Niaga?
Buat pengetahuan anda, KomikNiaga adalah satu lagi medium informasi berbentuk e-Komik (Komik Digital) yang menyalurkan maklumat mengenai perniagaan internet khas untuk rakyat Malaysia.
Elemen KomikNiaga
“Adakah KomikNiaga ini berkisar tentang perniagaan internet sahaja?”
Tidak, tidak dan tidak sama sekali.
Pengalaman saya sebagai usahawan internet sebelum ini telah mengajar saya bahawa ilmu mengenai perniagaan sahaja tidak mencukupi untuk membawa sesorang usahawan tersebut ke tahap yang lebih baik.
Kerana masih terdapat dua lagi elemen penting untuk berjaya dalam perniagaan iaitu:
- Motivasi
- Pengurusan kewangan
Dengan kata lain, nilai-nilai ilmiah yang disalurkan menerusi KomikNiaga merupakan pelengkap bagi anda yang mempunyai keinginan untuk memulakan perniagaan serta membawa perniagaan anda ke tahap yang lebih tinggi.
Bukan itu sahaja, e-Komik ini juga sesuai untuk dibaca oleh semua golongan usahawan tidak kira anda ‘Otai’ mahupun ‘Newbie’.
Ada Apa Dengan Edisi Pertama KomikNiaga?
Edisi pertama KomikNiaga ini akan mendedahkan kepada anda asas-asas yang perlu anda tahu untuk memulakan perniagaan internet seperti:
- 3 Tips mendapatkan motivasi memulakan perniagaan internet
- Bagaimana memulakan perniagaan internet dengan cara yang betul
- Teknik pemasaran berkesan & beretika melalui internet
- Langah-langkah praktikal ketika berbelanja
- Dan banyak lagi artikel serta sudut yang bermanfaat berkenaan dengan perniagaan internet.
Dalam edisi ini juga, kami akan sertakan sebuah temubual khas bersama Team Flarebiz yang dianggotai oleh Adly a.k.a Labanon
dan Zhafran dimana mereka ini merupakan salah seorang daripada individu yang mempunyai pengalaman luas mengenai dunia perniagaan dan pemasaran internet.
Anda juga dapat mengetahui liku-liku perjalanan mereka dalam membangunkan perniagaan mereka sehingga berjaya mengumpulkan 6 orang ahli pasukan yang mempunyai kemahiran tersendiri bagi memantapkan lagi Flarebiz Network.
Apa yang menarik di sini ialah, setiap ilmu yang disalurkan adalah secara santai!
Bagaimana untuk anda muat turun secara percuma?
Mudah sahaja. Apa yang perlu anda lakukan ialah klik pada ruangan ‘DOWNLOAD’ pada blog KomikNiaga, kemudian isikan ruangan yang diperlukan. Kemudian kami akan hantar pautan muat turun KomikNiaga edisi yang pertama terus ke emel anda!
Selepas Itu?
Luangkanlah masa anda, sediakan secawan kopi bersama sedikit biskut dan hayatilah intipati-intipati ilmu perniagaan internet yang disediakan menerusi KomikNiaga ini. Apa yang anda tunggu lagi? Muat turun sekarang!



{ 2 comments… read them below or add one }
okep ,dah download
terima kasih, lepas download, jangan lupa baca