Perlukah Seorang Mentor dalam Perniagaan Internet?

by Hasbul Aqill

in Peribadi, Perniagaan Internet

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada peringkat permulaan saya dalam perniagaan internet, memang saya akui bukan mudah untuk memulakan perniagaan malah ketika itu saya masih digelar sebagai siswa. Namun setelah keluar universiti, saya lebih banyak bergaul dengan orang hebat dan 10 kali ganda pengalaman dalam bidang perniagaan berbanding dengan saya , yang masih boleh dianggap setahun jagung dalam perniagaan internet.

Malah, daripada kalangan mereka, saya sudah menganggap sebagai mentor. Ya, nasihat serta perkongsian pengalaman menyebabkan minda saya terdewasa dalam pengurusan peribadi dan juga hal berkaitan dengan perniagaan.

Namun persoalan sekarang, adakah kita perlukan seorang mentor dalam perniagaan internet? Dari pendapat saya, sememangnya ya! Seperti juga dalam pendidikan formal di universiti, kita juga perlukan seorang yang mengajar tentang sesuatu topik. Tanpa seorang mentor, bolehlah diibaratkan anda berjalan di dalam gelap tanpa sinar cahaya dan risikonya mungkin anda akan tersandung, tergelincir dan terjatuh. Namun , pendapat ini adalah hanya dari peribadi saya dan belum tentu anda bukan?

Oh ya, bagaimana anda ingin mencari mentor yang betul berguna untuk anda? Mungkin video ini sedikit sebanyak membantu anda . ;)

Cuba dengar betul pada saat akhir video – Give value to them , and they gave value back to you!

p/s – Terus terang saya cakapkan sememangnya saya amat menyukai hasil nukilan Jack Canfield, terbarunya, saya akan membeli buku beliau dari KakMal.

{ 9 comments… read them below or add one }

Bento Malaya May 26, 2010 at 5:52 am

Mentor = Pembimbing

Tiada orang akan berjaya tanpa bimbingan.

Reply

Hasbul Aqill May 26, 2010 at 8:11 am

@bentomalaya ya tiada pembimbing, siapalah kita di dunia ni :D

Reply

sofian May 27, 2010 at 2:57 am

tiada mentor tu yang menyebabkan jadi sesat jalan..sama jugak dalam nak belajar apa pun..kan dah di ajar dalam agama kita, kalau sekadar berpandukan pada kitab@buku, memang akal kita ni ligat berfikir tapi kadang-kadang salah dalam buat keputusan :) kan..kan :)

Reply

hasbulaqill May 27, 2010 at 3:06 am

ya, betul. perlu ada mentor dalam perniagaan apapun. secara x langsung juga,
kita sudah ada satu cabaran yang kuat untuk menjadi seperti mereka bahkan
tak mustahil untuk menjadi LEBIH daripada mereka dapat dalam bisnes ;)

Reply

Joevilee Badu May 30, 2010 at 7:51 am

saya setuju kita perlu ada mentor dalam perniagaan internet. Lebih mudah untuk kita mengetahui mana yang patut dan mana yang tidak patut kita lakukan dengan adanya tunjuk ajar dari mentor. Tapi berhati-hati apabila mencari mentor. Jangan cari mentor yang hanya tahu bercakap tentang “The Next Big Thing”.

Reply

mijie May 30, 2010 at 3:37 pm

mentor memang diperlukan untuk merintis jalan, kalau takder mentor takut nanti kita akan tersesat

Reply

hasbulaqill June 1, 2010 at 2:52 am

@mijie- ya betul, mijie pun sebenarnya mentor saya suatu ketika dahulu :D

@badu – the next big thing? boleh terangkan apa maksud bro?

Reply

Insyirah Ssa July 12, 2010 at 3:36 am

Salam,
Saya sokong kita perlukan mentor untuk memulakan perniagaan internet cuma kadang kala sukar nak cari mentor yang mudah sangat bongkar rahsia mereka. Ada juga yang dingin terutamanya kepada newbie. Saya ada pengalaman deal dengan IM yang tegur secara kurang sopan. Saya tahu saya tidaklah sehebat mereka tetapi paling tidak pun, tegurlah secara berhikmah. Newbie lah katakan. Itulah senario IM …….. kerana mentaliti yang rendah dan egois kerana sudah berjaya tetapi kurang bermurah hati untuk menyumbang.

Setakat ini, Matt Carterlah antara IM yang paling bermurah hati saya perhatikan untuk kongsi idea dia bersama pelawat blognya. Semua pos dia bernilai $100++ kalau dijual tentang ideanya tetapi dia tidaklah begitu berkira mengenainya.

Senario IM ……… hanya mahukan pembayaran terhadap produk mereka kemudian barulah mereka berbesar hati untuk memberi tunjuk ajar, tidak kurang juga ‘lenyap’ selepas banyak dapat jualan.

p/s: Setakat ini, Matt Carter sahaja yang ‘Caught My Eye’ tentang tips² berkaitan IM, SEO etc. dan ia adalah pandangan peribadi saya.

Reply

faris azaki October 14, 2010 at 2:47 am

Salam,

Terima kasih atas perkongsian ini. Saya sokong. tidak kiralah kita menceburi apa2 bidang sekalipun, kita perlukan guru sebagai teman/pembimbing untuk kita jadi lebih baik. kadang-kadang kita rasa apa yg kita buat itu sudah betul,sebaliknya ianya sesuatu yg salah. Tiada kejayaan tanpa usaha yang luar biasa. Mentor hanya menunjukkan jalan untuk berjaya, anak murid tu sendiri yang pelu berusaha untuk berjaya.. ;D

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: