Seminar Model Ekonomi Baru Mahasiswa, UTM Skudai

by Hasbul Aqill

in Peribadi

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Pada julung-julung kalinya, saya diamanahkan untuk memberi ceramah di Seminar Model Ekonomi Baru Mahasiswa, UTM Skudai. Pada mulanya, agak gementar untuk berhadapan orang ramai memandangkan orang di hadapan saya semuanya boleh dikatakan hebat-hebat belaka .

Malah, saya hanya berkelulusan SPM sahaja dan jika diikutkan memang saya tidak mempunyai kebolehan untuk memberi ucapan di hadapan. Namun, sepanjang seminar itu diadakan, semuanya berjalan lancar walaupun pada mulanya, sedikit masalah teknikal iaitu tempat seminar telah beralih kepada tempat yang lebih BERSTATUS tinggi iaitu Dewan Senat.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Perkara yang saya ingin sampaikan sebenarnya ialah berkaitan dengan IMPIAN saya. Ketika masih berada di UTM dahulu, saya sendiri mempunyai IMPIAN yang menggunung untuk membuktikan apa yang saya lakukan memang berhasil. Pernah ketika dahulu, saya dipanggil oleh Timbalan Dekan dan beliau menyatakan pendapat beliau ‘ Bisnes ini untuk orang miskin dan tidak berilmu sahaja” dan menganggap saya merupakan pelajar paling bermasalah sejak beliau memegang jawatan tersebut.  Pada ketika itulah, tertanam segenggam harapan menggunung untuk menangkis tanggapan beliau tersebut.

Dan syukur tak terhingga, selepas 2 bulan saya meninggalkan UTM untuk memberi tumpuan sepenuhnya terhadap Perniagaan yang saya lakukan, saya telah dijemput untuk menjadi speaker pada Seminar Model Ekonomi Baru Mahasiswa. Antara speaker yang diundang ialah Team ForexExcel dan Flarebiz Network diwakili Labanon Flarebiz. Sekurang-kurangya melalui seminar ini, sedikit sebanyak memberi pendedahan dan tanggapan positif terhadap Perniagaan Internet yang kami lakukan. Sememangnya, apa yang saya tahu, fenomena Perniagaan Internet di kalangan pelajar Universiti masih lagi tidak boleh dibanggakan dan ada diantara mereka yang memberi tanggapan yang salah.

Terima kasih kepada MPMUTM terutamanya Presiden MPMUTM, Muhammad Zaki Omar kerana sudi menjemput saya selaku speaker walaupun status saya sekarang bukan lagi sebagai siswa UTM. Tidak lupa juga kepada peserta sekalian kerana meluangkan masa lebih 6 jam semata-mata untuk mendengar sendiri pendedahan dan tips ringkas tentang Perniagaan Internet.

p/s Kepada sesiapa yang ingin menjemput saya untuk memberi ceramah tentang Perniagaan Internet, boleh ajukan jemputan di ruangan ‘Hubungi saya’ atau hubungi saya di Facebook :D

pp/s- Gambar kami sebelum bertolak ke Dewan Senat. Tahniah kepada pihak UTM kerana menyediakan tempat penginapan ‘World Class’ :D

{ 22 comments… read them below or add one }

asyrafazmin March 24, 2010 at 7:38 am

mantapp!!!!
teruskan..dan sematkan impian betul3..ambo yakin satu hari nanti, demo blh jadi jutawan internet yang berjaya!!banggo ado saem gini

Reply

Hasbul Aqill March 25, 2010 at 5:16 am

woah! insyaallah bro, itu yang dikejar setakat ini :)

Reply

muhammad zaki bin omar March 24, 2010 at 8:56 am

Salam kemenangan buat hasbul aqill. Pada saya beliau telah berjaya membuktikan hasil usaha beliau selama ini bukan perkara sia-sia.. dan saya mendoakan beliau berjaya dalam impian ‘my way to be a millionaire’..

Keyakinan tinggi trhadap team flarebiz dan forexexcel membuatkan saya berani menjemput mereka ke UTM. Dan hasilnya sunggh membanggakan. semakin ramai yang membuka mata terhadap perniagaan internet. terutamanya mahasiswa yang melanjutkan pelajaran dengan berhutang ptptn.

jika boleh, saya mahu mereka berdikari dan boleh membiayai sendiri pengajian mereka. jika ada permintaan lagi oleh mahasiswa UTM untuk mengadakan seminar ini, insyaAllah akan diusahakan.

tahniah to aqill.. dah ramai student utm add facebook beliau akhir-akhir ni (^_^)

Reply

Hasbul Aqill March 25, 2010 at 5:15 am

terima kasih zaki di atas kesudian menjemput saya :)

Reply

mirlme March 24, 2010 at 2:15 pm

memang menarik ucapan ini bro..

ada ucapan penuh x? :D

Reply

Hasbul Aqill March 24, 2010 at 2:18 pm

mksud bro? rakaman ucapan ini ??

Reply

Sapitt March 24, 2010 at 6:22 pm

Tahniah :)

Reply

Hasbul Aqill March 25, 2010 at 5:13 am

terima kasih sapitt

Reply

wanmus March 25, 2010 at 1:42 am

tahniah dan semoga lebih maju ke hadapan selepas ini..Insyallah

Reply

Hasbul Aqill March 25, 2010 at 5:13 am

terima kasih wanmus. lama x dgr cerita :)

Reply

aktechpage.com April 4, 2010 at 3:49 am

Tahniah bro
Kawe tupe bangga sebab semakin ramai anak2 muda kelate menceburi perniagaan internet.
Good Luck!!!

Reply

Hasbul Aqill April 4, 2010 at 9:20 am

terima kasih, gud luck jugak :)

Reply

izz.solehah April 4, 2010 at 4:26 am

Salam’alaik..xp p pun ceramah 2..buat based on post ni..mmg sgt best..
di mane ade kemahuan dic2 ade jalan..

Mabruk Alaik..semoga m’jadi jutawan Islam in da future..

Segala2nya datang dari DIA..
jadila seperti saidina Abdul Rahman Auf RA n saidatina siti khadijah yg juga m’rupakan isteri NABI SAW..yg m;jadikan kekayaan u perJUANGAN ISLAM..

Asif Jiddan ala Kulli Hal akhi..

Reply

Hasbul Aqill April 4, 2010 at 5:27 pm

terima kasih atas kepujian tersebut :)

Reply

Hasbul Aqill April 13, 2010 at 1:50 am

wassalam. rasenye saya ada cakap saya ex utm dlu. drop out dalam erti kata lain full time IM sekarang. clear? :wink:
ya, memang kita sebaya cuma yang membezakan ialah sepertimana saya cakap di atas. :) . dulu di utm ,sy x ambik diploma. saya ambil degree terus sebab masuk dalam list express MARA. rasanya kt Uitm ada jugak ekspres :)

Reply

bestari April 13, 2010 at 9:43 am

salam bro umur berapa.ritu kata cm sebaya tapi ex.UTM cmne?? tpi kalau diploma pun, rasanya dalam 2-1 tahun lagi

Reply

hafizmd May 6, 2010 at 3:48 pm

salam perkenalan dar ssb member..
tahniah bro. moge terus sukses..

Reply

Hasbul Aqill May 6, 2010 at 11:50 pm

salam tuan,

moga sukses juga dari saya :)

Reply

syedhazmie May 13, 2010 at 1:19 am

Tahniah…takde rancangan nk buat seminar kt uitm ke????

Reply

Hasbul Aqill May 13, 2010 at 1:23 am

salam syed hazmie, kami akan rancang sekiranya ada permintaan disana. mungkin syedhazmie boleh timbulkan usul ini kepada pihak atasan :)

Reply

sofian May 15, 2010 at 8:14 am

tak rugi kan buat keputusan macam tu?belajar sekerat jalan..tapi belajar yang lain lebih2 jalan…hehe…semoga terus dimurahkan rezeki..amin :)

Reply

Hasbul Aqill May 18, 2010 at 10:37 am

insyaallah, mudah-mudahan apa tindakan aku itu betul :)

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: