5 Tips Bagaimana Membina Kredibiliti melalui Forum

by Hasbul Aqill

in Perniagaan Internet

Assalamualaikum dan salam sejahtera ,

Sepertimana  yang kita tahu , penjenamaan diri atau dalam erti kata lain membina kredibiliti dalam perniagaan internet juga amat penting. Suka saya maklumkan Dr Irfan Khairi pernah berkata lebih mudah untuk menonjolkan diri di dalam bidang kepakaran sekiranya anda mempunyai kredibiliti yang sungguh hebat . Irfan Khairi pun tidak sewenang- wenangnya diberi kepercayaan untuk menyampaikan motivasi di radio dan tv sekiranya beliau sendiri belum mempunyai kredibiliti.

Untuk artikel ini, saya akan fokuskan kepada bagaimana untuk membina kredibiliti di forum dimana bagi saya, forum merupakan komuniti besar yang menghimpunkan masyarakat yang mahir dalam segala bidang.

1.  Perkenalkan diri dahulu

Ya,  jika anda merupakan seorang yang baru dalam forum tersebut. Digalakkan membuat thread khas untuk anda memperkenalkan diri anda. Ambil kesempatan ini dengan memberitahu tujuan anda memasuki forum tersebut, kemahiran anda dalam bidang perniagaan internet dan juga memberitahu prinsip atau dalam erti kata lain misi serta visi anda dalam menggiatkan diri dalam perniagaan internet. Jangan terlalu takut jika ada mereka yang tidak menyukai cara anda membuka thread tersebut sebaliknya, anda telah memberi peluang kepada ahli forum tersebut untuk lebih mengenali anda walaupun masih baru.

2. Nama samaran di Forum

Saya pun terlepas pandang tentang perkara ini. Sebelum menaik taraf akaun Wangcyber ke WC Premium, nama samaran saya ialah Kalam Harta. Namun setelah menyedari kesilapan kecil ini, saya meminta bantuan saudara Shuth untuk menukar kepada nama samaran, hasbulaqill.

Seperti juga IM yang lain, kebanyakan mereka yang sudah mempunyai nama di Internet dan juga berjaya di dalam dunia Perniagaan Internet,  mereka menggunakan nama sendiri atau nama glamour seperti Smartzul , Labanon. Tidak kisah untuk anda meletakkan nama sebenar atau nama panggilan, cuma perlu konsisten dan tidak mengubah pendirian anda tersebut.

3. Gaya Imej Anda di Forum

Gaya Imej anda  juga memainkan kuasa yang hebat dalam pembinaan kredibiliti melalui forum. Jika anda lebih sukakan gaya yang ‘non formal’ saya galakkan anda teruskan dengan cara anda. Sebagaiman contoh seperti cara Donald Trump dan Richard Brawson. Kedua – duanya merupakan billionaire terkenal seluruh dunia tetapi terdapat perbezaan personaliti yang dapat saya lihatkan. Donald Trump lebih dikenali dengan pakaian dan imejnya yang agak formal.

Jika anda menonton rancangan realitinya, tak pernah sesekali saya ternampak beliau memakai pakaian tidak formal melainkan dengan memakai kot hitam dengan segak. Lain pula dengan Richard Branson yang lebih dikenali dengan pakaian yang santai dan tidak formal. Apa yang saya ingin ketengahkan ialah tidak menjadi satu kesalahan yang besar jika anda memilih tidak formal, namun anda sepatutnya secara konsisten menonjolkan imej anda sebegitu.

4. Gaya tulisan yang profesional

Jika anda menggunakan gaya penulisan yang profesional, secara tidak langsung, ahli forum akan memandang tinggi terhadap apa yang anda sampaikan. Bahkan, mereka tidak akan membantah idea dan tips yang anda kongsikan tersebut. Begitu juga dengan cara pengolahan , anda juga perlu mengolah idea yang menarik dan bagus supaya ahli forum ternanti-nanti setiap kali anda sampaikan

5. Kongsikan tips dan panduan yang bermanfaat.

Jika anda mahir dalam sesuatu topik , digalakkan supaya kongsikan tips dan panduan tentang topik tersebut di forum. Secara tidak langung , ahli forum akan menghargai perkongsian anda. Kongsikan tips anda samada membuka thread baru atau membalas thread yang berkaitan dengan tips yang anda ingin kongsikan.

Semoga dengan tips ringkas di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda mengenalpasti kesalahan anda sebelum ini dalam konteks penjenamaan diri atau pembinaan kredibiliti. Jika pembaca mempunyai pengalaman atau tips tambahan, boleh kongsikannya pada ruangan komen di bawah.

{ 7 comments… read them below or add one }

mzm April 15, 2010 at 9:47 pm

Yes setuju ngn brO..
kredibiliti dlm perniagaan internet mmg penting.. bahkan perniagaan apa sekali pun ianya sgt penting.. Dengannya kita dapat kepercayaan yang lebih dan dapat peluang membuat keuntungan dengan lebih banyak :p

Tapi biarlah ianya lebih banyak membantu kepada yang memerlukan dari mengaut keuntungan semata-mata..

chaiyOk!

Reply

aktechpage.com April 15, 2010 at 10:10 pm

Salah 1 tips penting dalam berforum ini ialah hormat menghormati ant 1 sama lain…
Jangan sesekali cuba merendah-rendahkan ahli forum lain.
Kalo nak tegur kesilapan pun, gunakanlah pendekatan secara berhemah.
Byk lagi sebenarnya tips2 berforum ni, bg org lain plak bagi komen :)

Reply

hasbulaqill April 16, 2010 at 1:30 am

mzm: dalam erti kata lain kredibiliti menambahkan kepercayaan kepada pelanggan :)

aktechpage: saya faham apa bro maksudkan, based on apa yang berlaku pada bro baru-baru ini . yelahkan, biarkan sahaja orang nak cakap apa, yang pasti “be yourself”

Reply

Alem Salleh April 17, 2010 at 6:41 am

Thanks for the tips… Rasa nak tukar nickname kat WC kasi nama penuh… =)

Reply

Aqif April 17, 2010 at 4:30 pm

Tahniah atas perkongsian ini. Ramai yang lupa bahawa forum adalah tempat untuk berkongsi dan berbincang. Bukan untuk promosi semata-mata.

Terus terang saya katakan, kredibiliti saya terbina melalui beberapa forum utama di Malaysia. Sedikit perkongsian, pastikan sasaran pasaran anda tepat terlebih dahulu, kemudian barulah mula memilih forum.

Terima kasih sekali lagi atas perkongsian ini Tuan Hasbul!

Reply

Hasbul Aqill April 18, 2010 at 1:30 am

alem @ tukar bro, atau lebih senang upgrade terus ke wc premium, lagi senang shuth untuk pertimbangkan

aqif@ ya, kalau tiada forum, siapalah saya sekarang ini, bukan x kenal aktechpage, x kenal aqif, forum juga jadi tmpt pertemuan :)

Reply

Zazali Nordin July 6, 2010 at 2:32 am

Terima kasih kerana sudi menyediakan artikel yang bermanfaat ini. Saya memang tercari-cari gaya dan kredibiliti saya semasa berforum. Saya secara sedar dan tanpa sedar sering terlepas pandang semasa mengejar reputasi ketika berforum. Thanks

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: