5 Tool Percuma Untuk Mengkaji Kata Kunci

by Hasbul Aqill

in Perniagaan Internet

Salam dan hai semua,

Mengkaji kata kunci

Sebenarnya, baru saya sedar sudah agak lama saya tidak berkongsi maklumat berkenaan SEO. Disini saya kongsikan 5 sumber utama yang saya gunakan ketika membuat kajian kata kunci atau lebih dikenali sebagai keyword research.

1. Google External Keyword Tool

Google Keyword Tool

Kebiasaannya inilah tool yang pertama saya gunakan untuk memeriksa kata kunci yang dipilih. Pemeriksaan dari segi jumlah trafik, nilai CPC diperolehi melalui tool ini.

2. Google Insights For Search

Google Insight For Search

Tool ini kebiasaannya akan digunakan selepas pemilihan kata kunci dibuat. Ia lebih digunakan untuk memeriksa graf trafik sama ada menurun ataupun menaik. Ia lebih kurang sama seperti Google Trends tetapi lebih terperinci.

3. Google Trends

Google Trends

Tool ini pilihan kepada Google Insights. Jarang sekali saya gunakan Google Trends sekarang ini disebabkan data yang dikeluarkan lebih kurang sama dengan Google Insights, termasuklah data seperti demografik, languages dan banyak lagi. Saya lebih sarankan untuk gunakan Google Insights kerana ia lebih terperinci.

4. Flippa

Flippa

Aha! Kebiasannya orang lain menggunakan Flippa untuk menjual ataupun membeli website. Saya lebih menggunakan Flippa ini untuk membuat kajian kata kunci untuk Adsense dan Clickbank.

5. Google Related Search

Google related search

Untuk tool ini pula, biasanya saya gunakan untuk mendapatkan LSI keyword dan juga long tail keyword. Anda boleh dapatkan teknik ini dengan lebih terperinci disini : Tutorial SEO

Apakah tool yang selalu anda guna? Usah segan untuk kongsikan di ruangan komen di bawah :)

{ 30 comments… read them below or add one }

soleh June 27, 2011 at 3:23 pm

Salaam,
Saya gunakan feedjit. Kemudian saya tengok real time untuk melihat apa yang dicari melalui search engine dan image search yang masuk ke blog saya.

Reply

Hasbul Aqill June 27, 2011 at 3:26 pm

wah, teknik yang bagus, terima kasih kerana sudi berkongsi :)

Reply

Dila.13 June 27, 2011 at 4:36 pm

Dalam 5 yang Tuan Aqill senaraikan, saya gunakan 4 daripadanya. Yang saya belum cuba gunakan ialah Flippa! Hehe.. Thank you for the much needed information :)

Reply

Hasbul Aqill June 27, 2011 at 4:51 pm

sama-sama cik Puan Dila. terbaik dari ladang!

Reply

Haru June 27, 2011 at 4:40 pm

flippa??? mcmana tu bos?

Reply

Hasbul Aqill June 27, 2011 at 4:51 pm

biasanya , pemilik site tersebut akan sertakan keyword yang telah dirank, juga screenshot earning. So, boleh ambil keyword tu , bina blog, dan rank untuk keyword yg sama. Biasanya sy guna teknik ini untuk cari keyword adsense dan clickbank

Reply

Hasbul Aqill June 28, 2011 at 3:00 pm

insyaAllah kalau berkesempatan, saya buat artikel khas bagaimana mengkaji kata kunci melalui Flippa .com . Itupun kalau yang ramai menyokong :D

Reply

Affan Ruslan August 25, 2011 at 7:48 am

saya mahu!

Reply

Hasbul Aqill August 25, 2011 at 7:50 am

insyaAllah saya akan adakan post terbaru :)

Reply

Rushaidin June 27, 2011 at 5:42 pm

Saya pun selalu guna tools yang Tuan kongsikan…

Memang best…

Reply

Hasbul Aqill June 27, 2011 at 6:33 pm

yeah, barang baik :D

Reply

bertong June 28, 2011 at 7:55 pm

baru nok tera nih..tapi tok tau lagu mano nok guno..

kelih kelih dulu ssini..ggapo hok bleh ambik

Reply

Hasbul Aqill June 29, 2011 at 2:20 pm

insyaAllah, kena datang sini selalu :D

Reply

Firdaus Latib June 29, 2011 at 10:42 am

Terbaik artikel ni dalam mengkaji teori ‘demand & supply’.

Reply

Hasbul Aqill June 29, 2011 at 2:15 pm

terima kasih tuan, saya pun banyak perlu belajar ilmu seo dengan tuan :)

Reply

Tukang Review July 3, 2011 at 10:40 pm

Terima kasih bro untuk perkongsian ni. Mengingat kembali apa yang telah dilupai :)

Reply

Hasbul Aqill July 6, 2011 at 8:20 pm

sama-sama Ambo Azhan. moga bermanfaat! :)

Reply

tenteraangin July 18, 2011 at 1:41 pm

Wonder Wheel lagi satu

Reply

Hasbul Aqill August 1, 2011 at 10:38 pm

ya, tapi untuk Google terbaru ni, dah tiada function Wonder Wheel

Reply

afiq aiman July 28, 2011 at 2:46 pm

kurang menggunakan tools yang dinyatakan. banyak membaca pasal tools berbayar seperti scribe dari copybloggermedia. ada yang percuma rupanya. insha Allah akan dicuba dari semasa ke semasa ;)

Reply

Hasbul Aqill August 1, 2011 at 10:39 pm

ya, itu juga antara tool terbaik, cuma berbayar. :)

Reply

rizwan August 5, 2011 at 10:27 pm

hehe..sebenarnya, saya memang tak tahu menggunakan tool2 ini, walaupun sudah banyak saya baca…:)

Reply

Hasbul Aqill August 6, 2011 at 3:03 pm

hehe, kena takes note kali ini tuan :)

Reply

nasslimdiet2 August 6, 2011 at 6:29 am

tips yang terbaik.lepas ni bolehla buat kupasan terperinci cara guna tool ni erk.ramai orang yang mungkin tau tool ni tapi tak tau cara nak guna dengan betul.

Reply

Hasbul Aqill August 6, 2011 at 3:02 pm

ya, insyaAllah saya akan terangkan lebih lanjut lagi satu persatu :)

Reply

Azuan September 7, 2011 at 10:48 am

Mcm mana yer kaji keyword kat flippa tu?

Reply

Hasbul Aqill September 7, 2011 at 10:59 am

insyaAllah saya akan terangkan pada post khas nanti. Mudah-mudahan ada masa :D

Reply

Azuan September 7, 2011 at 3:13 pm

Ok.. bgs lah mcm tu… blh jdkan panduan nnti..

Reply

Bukit Gambang September 9, 2011 at 12:04 pm

banyak rupanya kaedah untuk kajian keyword, saya setakat ni guna Google External Keyword Tool sahaja..

Reply

Mazlan b Salehan February 5, 2012 at 11:27 am

Saya mazlan ingin tahu mcm mn nk check sms dan ym yang tersembunyi dari orang lain ? Tujuan untuk mencari bukti seperti isteri saya . Saya suami pada isteri saya ingin mengetahui gerak-geri isteri saya. sekian terima kasih

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: