
Salam dan hai semua!
Dalam perniagaan, semestinya kepercayaan pelanggan amatlah penting untuk diberi perhatian oleh penjual, terutama perniagaan yang lebih berbentuk perkhidmatan serta produk fizikal.
Ada yang bertanya kepada saya, dalam belakangan ini, terlalu banyak kes penipuan di Internet berlaku, termasuk kes barang tak dapat serta penipuan Maybank2u. So, macam mana nak kembalikan kepercayaan mereka yang sering takut nak membeli di Internet?
Letakkan Testimonial di Laman web Jualan
Sememangnya, dengan hadirnya testimonial di laman web jualan , sedikit sebanyak dapat memberi kepercayaan kepada mereka. Kalau boleh, letakkan testimonial daripada bekas pembeli . Namun anda perlulah meminta kebenaran daripada mereka untuk mendapat pandangan serta meletakkan testimoni di laman web jualan. Hubungi mereka melalui telefon atau emel, dan maklumkan dengan cara baik bahawa anda ingin kerjasama mereka untuk memberi pandangan terhadap produk anda.
Letak Gambar di Laman Web Jualan.
Ramai bakal pembeli hanya melawat laman web anda mungkin kerana mereka tak tahu siapakah penjualnya? Dan bila kita fikirkan, agak hairan jugak kalau kita sendiri ingin membeli tapi tak tahu siapakah penjualnya bukan?
. Oleh itu, saya sarankan , letaklah gambar anda di laman web jualan bagi meyakinkan bakal pembeli. Kalau ditambah dengan alamat emel, serta no. telefon, itu lagi bagus
. Cuba tiru apa yang digunakan oleh Team Flarebiz ketika mereka melancarkan Mininiaga. Bukan sahaja, testimonial yang ada, bahkan customer support serta laman web pembeli Mininiaga juga diletakkan di laman web jualan mereka. Clear bukan
Cara Pemasaran Yang Beretika.
Ini yang saya ingin tekankan dengan jelas. Cara pemasaran pun perlu betul supaya meyakinkan bakal pelanggan. Sekiranya anda sebelum ini membuat spam di emel, di Facebook (ini yang paling ketara), tinggalkanlah usaha “kosong” itu dan pelajarilah teknik pemasaran yang berkesan. Untuk poin ini, saya sarankan anda pelajari Teknik Pemasaran Melalui Facebook Berkesan yang diterbitkan oleh AmmarZahar : http://thefbmania.com/
Sebagai memeriahkan post yang “simple” ini, jom kita layan video kisah “Customer is Always Right?” Selamat menonton


