Bagaimana Ingin Memulakan Perniagaan Internet?

by Hasbul Aqill

in Buat Duit Di Internet, Perniagaan Internet

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ok, pada hari ini saya akan terangkan serba sedikit bagaimana cara untuk memulakan perniagaan internet? Yelahkan, saban hari, saya menerima emel dan juga  mesej dari Facebook. Suka saya untuk terangkan kepada anda semua.

KAJIAN

Ya, langkah pertama sebelum anda memulakan perniagaan internet ialah dengan melakukan kajian. Pastikan apakah perniagaan yang boleh diniagakan secara online. Juga pastikan perniagaan yang anda pilih itu mempunyai permintaan atau tidak. Sekiranya anda merasakan ia boleh mendatangkan lumayan , cuba dahulu.

Seperti saya, saya telah mengkaji pasaran online dan mengambil keputusan untuk menjual serunding secara online. Seperti juga perniagaan offline, sekiranya ada deretan kedai dan kesemuanya mak cik disana menjual nasi lemak, patutkah anda ambil keputusan untuk melakukan perkara yang sama?

Oh , bagi saya,sudah tentu tidak! Cubalah fikirkan sesuatu yang lain dari lain seperti Kuew Tiow goreng ataupun nasi ikan bakar. Sama juga perniagaan online, sekiranya anda dapati Panduan WordPress sudah dilancarkan, kalau boleh elakkan membuat perkara yang sama dan fikirkan sejenak untuk melakukan “something new” yang luar kotak fikiran kita.

FOKUS PASARAN



Ya, seperti tertera diatas, FOKUSkan pasaran anda. Dengan  erti kata lain, maksudnya ialah, fokuskan kepada golongan tertentu sahaja. Bagi saya, tidak perlu untuk membuka pasaran terlalu besar dan luar dari kemampuan anda. Sebagai contoh dalam perniagaan offline ialah, Ferrari dalam menjual kereta mewah mereka!

Mereka FOKUSkan sasaran kepada golongan mewah dan berada sahaja. Yelah kan, Ferrari F430 pun mahu cecah RM 1 JUTA dan pastinya tidak terbeli oleh golongan kebiasaan. ;)

Harga pun melambung tinggi berbanding kedai kopi biasa. Juga dalam perniagaan online, anda sebenarnya boleh sasarkan kepada golongan tertentu sahaja seperti golongan “baru nak belajar” ataupun yang dikenali sebagai newbie.

Oh, KomikNiaga pun dah dilancarkan kelmarin, sesiapa yang belum download, bolehlah download edisi 1 disini : Download Komik Niaga Sekarang!

{ 7 comments… read them below or add one }

Ahmad Razif July 17, 2010 at 8:05 am

Boleh cerita lebih lanjut pasal kajian? Macam mana nak buat kajian?

Reply

kelhome July 17, 2010 at 3:27 pm

betul tu, idea bisnes ni kena putar sikit baru nampak pelik dan lain dari yg lain. unik tu penting

Reply

Hasbul Aqill July 17, 2010 at 5:05 pm

@ahmad razif , salah satu caranya ialah lawati forum. sebagi contoh, razif nak buat produk kecantikan. cuba type di google forum produk kecantikan. dan kenalpasti apakah masalah yang dialami oleh ramai members di forum tersebut

@kelhome – jangan putar2 sgt, nanti x laku :D

Reply

alantanblog August 11, 2010 at 8:44 am

Kena focus!

Jangan sekejap buat e-bay, lepas tu buat Adsense, Clickbank, CPA, site flipping, etc

Reply

Hasbul Aqill August 11, 2010 at 12:13 pm

betul alan. sama seperti situasi saya pada awal pembabitan dalam IM ni. sekejap beli ebook adsense,
sekejap buat clickbank. namun ada certain part kita boleh campur aduk. namun perlu dalam satu kategori
seperti affliate (cpa dan clickbank).

Reply

syida September 24, 2010 at 1:23 am

menarik…..boleh x beri cadangan perniagaan yg boleh diniagakan dlm facebook coz sy ml2 tertarik utk menjual pakaian tp rmai ler plk yg jual pakaian dlm fcebook nie…de cadangan perniagaan lain x?

Reply

Azmi October 21, 2010 at 8:35 pm

I need to learn fm u, bro. Guide me.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: