Lari atau hadapi masalah, Apa yang patut anda buat?

by Hasbul Aqill on June 1, 2010

in Perniagaan Internet

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

“aku dah cuba dah mcm2 benda,tu la..ini la..tapi tetap tak berjaya jgk..asek rugi je..”.

Itulah yang dihadapi saya ketika ingin memulakan perniagaan.  Dan itulah tindakan yang tak patut yang telah saya buat dengan meletakkan diri sendiri dalam keadaan rugi dan tak pernah terfikir rezeki Allah itu tidak terbatas. Saya pasti anda juga pernah mengalami situasi sama bukan? Dan pada ketika itu, apakah yang anda perlu sepatutnya buat?

Masalah yang ingin saya tekankan

Ramai individu sering mengeluh kerana perniagaan mereka mengalami kesulitan. Ada yang lingkup, ada yang rugi besar. Bahkan mereka meletakkan situasi dunia ini tidak adil! Ramai di antara mereka juga mengeluh dan mengatakan dunia perniagaan terlalu susah dan tidak sebati dengan naluri mereka. Salah siapa sebenarnya?

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Apa yang saya nak kongsikan disini bahawa masalah itu akan tetap menziarahi kita dalam berbagai bentuk dan suasana. Kalau kita ni jenis yang ‘well prepared’, masalah tetap akan datang tapi dalam bentuk yang sesuai dengan diri kita. Oleh itu kita perlu melihat setiap permasalahan sebagai cabaran dan ujian  daripada Allah SWT.

Cuba lari dari masalah tidak akan menyelesaikan apa-apa. Masalah tetap ada cuma mungkin semakin kita lari maka masalah kita semakin banyak dan bertimbun. Kita tidak mungkin dapat lari dari masalah kerana masalah itulah kehidupan kita yang sebenarnya. Jika kita cuba untuk lari dari masalah, kita sebenarnya sedang lari dari kehidupan kita sendiri.

Dan sekali lagi, mungkin video ini lebih menjelaskan lagi adakah anda patut buat, lari atau hadapi masalah dengan sebaiknya.

p/s – soalan hot hari ini, kalau awek anda merajuk, apa yang anda selalu buat ? Jawab jangan tak jawab  :D

{ 5 comments… read them below or add one }

1 Syafiq Zainal June 2, 2010 at 6:06 am

Jika awek merajuk.. biar je.. hoho

Reply

2 Hasbul Aqill June 2, 2010 at 6:43 am

hehe! tindakan bijak :D

Reply

3 Juan July 12, 2010 at 8:29 pm

“masalah itu kehidupan kita”

ya..kita memang tidak boleh lari dari masalah.
lagi kita lari, lagi banyak masalah yang timbul.
baik, selesaikan masalah yang ada satu per satu.

bila awek merajuk, biasanya bia jer..
tp bila da lama sgt..baru pujuk..sian kat awek..:p
sayang oww..

Reply

4 Hasbul Aqill July 12, 2010 at 8:31 pm

@juan – wah, boleh tiru trick neh. biar dulu yep. lepas tu pujuk abes2 :D

Reply

5 Juan July 12, 2010 at 8:34 pm

hehe..silakan tiru..;)
buat macam main layang2..
kejap tarik, kejap lepas..
baru best..

Reply

Leave a Comment

CommentLuv Enabled

Previous post:

Next post: