Minda Positif-Hasil Positif

by Hasbul Aqill

in Motivasi, Perniagaan Internet

Assalamualaikum dan salam sejahtera ,

Lim Kok Wing

Oh , agak sedar sudah lama saya tidak mengemaskini post di blog atas sebab terlalu sibuk untuk persediaan ‘exam’. Alhamdulillah , sudah 4 hari saya berada di Kelantan untuk memenuhi masa cuti semester hanya di depan Internet.Oh ya, berbalik pada tajuk post di atas baru-baru ini saya sempat berbual dengan seorang pelajar lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Perniagaan UTM dan memang banyak topik yang kami bualkan.Maklumlah beliau sudah lama ingin berjumpa dengan saya sejak mengikuti Seminar Perniagaan Internet pada bulan yang lepas. Lebih kurang hampir 2 jam jugak saya habiskan masa untuk berbual dengannya.

Perkara yang saya ingin ketengahkan kepada para pembaca sekalian ialah apabila beliau bertanya kepada saya ‘ Hasbul yakin ke boleh berjaya dalam Perniagaan’. Biasanya umur muda-muda ni takdek experience lagi susah nak berjaya even dewasa macam saya dah ramai gagal dalam perniagaan.” Saya hanya berdiam sahaja sebab mengikut pengalaman saya , saya tidak berupaya untuk membalas di hadapan dan gunakan medium blog sebagai medan alternatif

Para pembaca sekalian ,

“Sooner or later, those who win are those who think they can” Richard Bach- Best selling author of Jonathan Livingston Seagull

Perkara pertama yang saya ingin perjelaskan berdasarkan perkara ini ialah ‘kepercayaan’. Ya , kepercayaan ialah aspek yang ramai yang tidak tekankan dan tidak kiralah kepercayaan pada sendiri atau pada orang lain. Untuk berjaya dalam apa jua khusus dalam perniagaan, kepercayaan pada diri sendiri amatlah penting . Cuba anda sendiri bayangkan , seorang doktor tidak begitu yakin untuk menjalani pembedahan kepada pesakitnya . Persoalan sekarang , apakah terjadi pada pesakit jika doktor sendiri tidak percaya dapat menyelesaikan pembedahan tersebut. Sudah semestinya ada perkara tidak diingini berlaku pada pesakit itu.

“You can be anything you want to be,if only if believe with sufficient conviction and act in accordance with your faith, for whatever the mind can conceive and believe, the mind can achieve”

Napeleon Hill-Best Selling Author of Think and Grow Rich

Jika anda berjaya menggulung ijazah sekalipun tetapi persepsi dan mentaliti anda masih ketinggalan zaman, itu masih bukan dipanggilnya kejayaan. Contoh yang lebih dekat jika anda mengambil jurusan apapun contohnya perniagaan , tetapi pemikiran dan mentaliti anda negatif tentang perniagaan , apakah guna segulung ijazah yang anda banggakan selama ini. Anda perlu balik kepada konsep kenapa anda memilih universiti untuk menimba ilmu, jika semata mata untuk mendapat ijazah hanya itu sahaja anda dapat dan mentaliti sama seperti budak tidak bersekolah.

p/s:Cuba contohi Lim Kok Wing yang berfikiran positif dan berjaya dalam perniagaan walaupun tidak pernah menjejaki Universiti!

:D

{ 13 comments… read them below or add one }

Firdaus November 20, 2009 at 10:26 pm

Tak ada yang mustahil di dunia Allah anda usaha berdoa maka Allah akan berikan rezeki

Reply

Aqill November 20, 2009 at 10:42 pm

yeah,usaha+ tawakal
:D

Reply

faezil November 25, 2009 at 2:05 pm

salam,

keyakinan amat penting… tapi takut gagal itulah masalah utama yang sering meruntun keyakinan…

Anggaplah perjuangan hidup macam main video game. Logiknya, kita takkan main sesebuah video game jika kita tidak yakin anda boleh main. Apabila kita sudah bermain sesuatu video game, kita akan bermain dan terus bermain walaupun beberapa kali gagal (game over) sehinggalah tercapai matlamat.

Maknanya di sini adalah, jika kita tidak takut ‘game over’ dalam video game, maka tak perlulah kita takut pada kegagalan

Reply

Aqill November 25, 2009 at 2:13 pm

oh
yeah
mmg sejak kebelakangan ini saya takut pada gagal
tp bila pk kegagalan pertama tuh adalah permulaan kejayaan
baru lah rasa bersemanagat
:D

Reply

Safuan a.k.a Sipenglipurlara November 28, 2009 at 11:18 pm

Yang penting Hasbul perlu yakin apa yang Hasbul ceburi dan bakal tempuhi. Ikut jalan yang benar mengikut perancangan yang telang dibuat. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan

Reply

fadzlihani November 29, 2009 at 6:14 pm

untuk lebih berjaya, ilmu sangat penting, kalau ada peluang untuk melanjutkan pelajaran, jangan lepaskan peluang. Tapi usaha IM teruskanlah seperti biasa, tiada salah pada saya. Apa yang penting niat yang betul serta usaha tanpa jemu.
Success selalu…

Reply

mesticun December 6, 2009 at 9:03 am

Belajar tak tinggi mana pun.tetap juga boleh jadi kaya.
orang yang tak pernah belajar di sekolah.apabila sudah besar
siap boleh buka universiti pun ada.

Reply

Aqill December 7, 2009 at 2:44 am

ya
pelajar di universiti limkokwing
kebanykannya bekerja untuk beliau
so, beliau pun x rugi pasal tu
:)

p/s-saya mmg respect much lim kok wing dari dulu lagi
:D

Reply

titan December 28, 2009 at 12:12 pm

em. betul. kena selalu positif. Yang pling penting, tak mudah putus asa.

Reply

Aqill December 31, 2009 at 12:37 am

fuh..dengan tnx la titan berjaya kan :)

Reply

starline January 3, 2010 at 8:37 pm

Bersemangat aku baca artikel ni. Tiga kali ulang nak amik point penting. Kepercayaan, yakin dan usaha berterusan. Kadangkala, kita tak yakin dengan diri sendiri. Jawapannya, memang tak ke mana la kita.

Terima kasih. Memang berguna sangat post ni.

Reply

Aqill January 4, 2010 at 3:40 am

yeah
first-kepercayaan diri sendiri
2.set target dan fokus
3.usaha
4.tawakal berdoa
:)
insyaallah kejayaan dalam genggaman.Pasti!

Reply

abangki January 10, 2010 at 6:47 am

kalau kita tak fikir positif, kita akan jadi pesimis; semua perkara dilihat negatif. Untuk berjaya mesti bermula dengan minda positif.

Minda positif membangkitkan naluri positif, keinginan untuk berjaya lebih kuat dan setiap perkara yang ingin dicapai tak terasa letihnya walaupun kuat berusaha..

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: