Kategori | Perniagaan Internet

Perkasakan Ekonomi Melayu untuk Perniagaan 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

dimanakah masa depan anak kita

Sebelum saya mengulas lanjut artikel ini , selamat tahun baru 2010 saya ucapkan dan semoga tahun baru ini menjanjikan kejayaan yang lebih cemerlang dari tahun sebelumnya. Tujuan artikel ini diterbitkan bukan untuk mempermainkan sentimen perkauman namun untuk mengingatkan kita,kini kaum Melayu yang juga dikenali sebagai anak watan diibaratkan melukut di tepi gantang!

Para pembaca sekalian ,

Realitinya , dalam dunia moden ini , keperluan wang dan kewangan amat diperlukan jika kita mahu mempertahan dan mengembangkan budaya bangsa kita sehingga mencapai ke paras global. Jika dikaitkan dengan pencapaian akademik anak melayu di Universiti , ia boleh dibanggakan. Nama seperti Nur Amalina Bakri dan Azali Azlan sudah mampu mendiamkan sebentar kaum lain bahawa kaum Melayu mampu untuk mencapai sesuatu yang luar biasa. Tetapi malangnya jika difikirkan dari segi perniagaan, ini tidak berlaku. Kejayaan akademik anak Melayu sekadar berjaya menggulung ijazah dan hanya boleh dibanggakan dalam konteks pendidikan dan tidak dapat untuk membangunkan dalam segi perniagaan malah hanya mewujudkan satu komuniti yang digelar ‘ anak melayu berpendidikan dan berjawatan ‘

Rata – rata , para graduan Melayu khususnya hanya memilih sektor awam atau ‘makan gaji ‘ sebagai tempat untuk mencari duit dan makan paling selamat dan selesa. Pelajaran yang dibanggakan mereka dan kepandaian yang mereka kecapi tidak menjadikan mereka contoh insan dalam kalangan anak Melayu yang berani untuk menceburi dalam dunia perniagaan . Malangya , mereka hanya sekadar contoh di Universiti dan hanya menjadi golongan yang takut mengambil risiko dan cabaran perniagaan.

Lama kelamaan tidak wujud pun satu komuniti perniagaan Melayu yang mampu menonjol setanding kaum lain. Ya, kalau ada pun, hanya segelintir sahaja yang dapat menandingi ahli perniagaan yang lain. sebagai contoh senarai 10 orang terkaya di Malaysia disini.Persoalan daripada saya sekarang , adakah ini contoh satu kegagalan dalam sistem pelajaran kita? Mungkin sistem tidak salah namun kesilapan di dalam agenda perjuangan bangsa yang tidak terletak di bumi yang nyata. Perjuangan kita hanya retorik semata-mata  dan hanya omong kosong di seminar , konvokesyen dan forum yang kebanyakannya melibatkan orang atasan berkepentingan individu sahaja.

Kita hanya nampak gah menganjurkan majlis diskusi di hotel ‘5 stars’. Wow , wang pun habis untuk membiayai perbelanjaan di hotel dan rumusan hanya pada di atas kertas sahaja dan tidak dapat diimplementasikan untuk menjana ekonomi bangsa sendiri! Oleh kerana tidak wujud komuniti atau satu kumpulan besar perniagaan Melayu, duit dari kalangan Melayu hanya singgah sebentar sahaja, kemudian akan berpindah kepada komuniti perniagaan bukan Melayu atau saya lebih menganggap ia sebagai ‘ Aliran debit kredit duit bukan dalam lingkungan orang Melayu sendiri’.

masa depan melayu

Ini berbeza dengan kaum bukan Melayu. Wang kaum cina akan berputar kembali di kalangan mereka. Wang kaum India juga berputar kembali di kalangan mereka. Kesimpulannya sekarang, bagaimanakah untuk memastikan wang Melayu berputar dalam komuniti sendiri? Adakah jika pembaca yang budiman juga dari kalangan orang Melayu , enak melihat kaum sendiri hanyut dibuai mimpi indah yang hanya menelan mereka ke lembah kepupusan sebagai watan di tanah air sendiri? Kita sudah menyedari saat yang memang perlu kita bertindak untuk menjadi contoh Melayu sebenar dan membuktikan anak Melayu juga mampu berjaya dalam dunia perniagaan sepertimana gah kaum lain yang disanjung nun disana! Ayuh orang Melayu, martabat dan perkasakan ekonomi kaum untuk perniagaan 2010!

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Twitter

17 Comments For This Post

  1. g3n Says:

    Yups…

    Bersamalah membangun demi bangsa..

    Sapa kata kita xleh berjaya..

    Contoh2 byk dah ada…

    Yang penting.. USAHA…

    [Reply]

    Aqill Reply:

    yeah..cuba gunakan platform perniagaan sebagai perintis permulaan kejayaan bangsa melayu ;)

    [Reply]

  2. syafiq Says:

    pmbkar smangat utk ank2 melayu berubah,kreatif…
    trus kn bro..

    [Reply]

    Aqill Reply:

    thanks bro..

    kuatkan ber’ebay’ untuk 2010 ni :D

    pastu blanja saya :->

    [Reply]

    Jual topup Reply:

    lps tu plak, bro aqill blaja saya plak..kita buat secara berantai lagi best..hehe

    [Reply]

    Aqill Reply:

    hoho..out of topic da ni :P

  3. malbiz Says:

    Wake up wake up wahai anak melayu.. bukan sahaja kerja secara fizikal yang boleh dibuat.. melalui online pun boleh hehehehe….DI MANA ADA KEMAHUAN DISITU ADA JALAN.. Renungilah pepetah dahulu kalah ” USAHA TANGGA KEMAJUAN”

    [Reply]

    Aqill Reply:

    yeah

    contoh malbiz ni pun 100usd sehari
    jual paypal daily plak :P

    succes 2010 dari saya ;)

    [Reply]

  4. grandsazer Says:

    melayu kena bersatu, tiada sikap kau-kau, aku-aku, tiada PHD, insyaallah melayu akan maju dlm apa jua bidang pun

    [Reply]

    Aqill Reply:

    yeah
    insyaallah jika ramai sedar dari lamunan :)

    [Reply]

  5. malbiz Says:

    huuuhuu.. janganlah bising-bising bro :-)
    apa pun saya sokong artikel diatas..
    “hidup melayu”….

    [Reply]

    Aqill Reply:

    ei…ni contoh melayu underground yang berjaya :P
    yeah..sokong ttp sokong
    untuk perjuangan bangsa dan juga jgn lupa , agama ;)

    [Reply]

  6. Syah Says:

    Betul kata Aqill.. Ekonomi dari dulu dipegang oleh bangsa cina. Melayu bukan xleh berubah, ttp dengan sikap yang dari dulu ( xtahu thn brp) memliki mindset zon selesa. Boleh dikatakan 70% kaum melayu memiliki mindset ini. Jom bangun semua anak-anak muda melayu perjuangkan tanah air kita. Jangan lagi ditindas oleh bangsa lain. Malu beb..

    [Reply]

    Aqill Reply:

    yeah..bagus bro..faham apa yang saya sampaikan
    ayuh anak melayu di luar sana, sahut luahan ini oh~ ;)

    [Reply]

  7. aktechpage.com Says:

    Tun Mahathir sendiri mengakui bahawa beliau gagal mengubah minda bangsa Melayu sepanjang memerintah Malaysia 22 tahun.

    Jika kita sendiri tidak mengubah nasib kita, siapa lg yg boleh mengubah sesuautu bangsa. Apa yang penting sekali diharapkan bangsa Melayu mengamal 7 nilai murni ini, insya allah, sesuatu bangsa itu akan maju dan kuat.

    1) jujur
    2) bertanggungjawab
    3) berwawasan
    4) disiplin
    5) bekerjasama
    6) adil
    7) prihatin

    [Reply]

    Aqill Reply:

    yeah..more tips untuk pembaca blog ni
    byk tuh …7 tips :D
    success bro untuk 2010
    sahut cabaran saya ni ;)

    [Reply]

  8. pesal76 Says:

    “Kita hanya nampak gah menganjurkan majlis diskusi di hotel ‘5 stars’. Wow , wang pun habis untuk membiayai perbelanjaan di hotel dan rumusan hanya pada di atas kertas sahaja dan tidak dapat diimplementasikan untuk menjana ekonomi bangsa sendiri!..”

    Setuju sangat2.. kite ni suka yang grand.. yang hebat2 supaya nampak gah.. tapi action “O”.. kita lebih suka bercakap dan mendengar tetapi amat kurang bertindak.. kalau pun cuba melakukan sesuatu perubahan pasti ada suara-suara sumbang yang cuba memperlekehkan kebolehan kita.. and at the end.. satu apa pun tak berubah.. kita masih ditakuk lama.. samapai bila?.. hanya kita sendiri yang tahu jawapannya…

    [Reply]

    Aqill Reply:

    yeah
    tujuan artikel ni diterbitkan juga untuk menyedarkan dimana tahap anak melayu skrg
    skurangnya, saya mampu menyedarkan walaupun hanya sedikit ;)
    dimanakah kita? jawapannya..tnya hati sanubari sendiri :)

    [Reply]

  9. cyza Says:

    Salam,

    Tahniah. Satu kupasan yang baik. Aku rasa dan cadangkan, kalau boleh ko tulis tentang perkara ini dan terbitkan dalam siri-siri. Lepas tu, ditambah dengan kajian dan rujukan pada sumber2 lain, boleh jadi satu buku.

    Memang perkara ini kerpu ditonjolkan kerana kita berada di tahap selesa dan di protect kan….apa jadikalau nasib kita tak di protect…bolehke kita survive?

    [Reply]

    Aqill Reply:

    satu cadangan yang baik
    fuh…tp perlu satu komitmen yang tinggi la :)

    [Reply]

  10. naim Says:

    Haah aqil,bleh wat buku sebab ayat2 ko power..nnt lg beberapa taun aku nak cari buku kau kat kedai popular..haha.g.luck

    [Reply]

    Aqill Reply:

    fuh…out of topic da ni :D
    insyaallah kalau ada rezeki boleh la saya usahakan
    perlu ada komitmen dan kredibiliti tinggi jugak tu :D
    manalah org beli kalau budak 18 tahun buat buku :P

    [Reply]

  11. mohd fazrul Says:

    salam, entah la, saya sekarang pun di keliling oleh org2 melayu yang mindset yang
    agak teruk. mereka percaya yang hanya makan gaji yang mampu menyelamatkan mereka. tapi dalam masa yang sama , ada yang main nombor ekor, forecast bola la. pelik betul. meraka takut mencuba dan bergembira bila ada yang gagal.so, jika mindset kita berubah dan hidup di kalangan org yang berjaya , kita pun pasti berjaya, cuma hanya masa je menentukan

    [Reply]

  12. Aqill Says:

    biarkan dengan dunia mereka
    1. kita perlu ubah diri kita sendiri dahulu.ubah dari buruk kepada baik
    atau dari baik ke lebih baik
    barulah boleh mencuba mengubah org lain.kalau diri kita sendiri tidak betul
    agak mustahil juga kita berupaya mengubah org lain :)
    gud lucks mohd fazrul :)

    [Reply]

  13. haris Says:

    Salam,

    Kalau kita dapat mengusai ekonomi mesti Melayu dan Islam tu sendiri akan bangkit tapi apakan daya kaun lain yang mendahului..mungkin pimpinan atasan yang kena memainkan peranan yang lebih dengan menggalakkan orang Melayu berniaga bukannya hanya mementingkan diri sendiri

    Just my 2 cent

    [Reply]

    aqill Reply:

    semua kene mainkan peranan
    org atasan tidak akan berganjak dan masih menjadi seperti siput
    kalau kita tidak mendesak
    fuh..ganas ayat nih :D

    [Reply]

  14. mesticun Says:

    Bangsa Melayu boleh bangkit dalam bidang perniagaan.ini telah dibuktikan sebelum penjajah datang ke tanah Melayu.tujuan sebenar untuk merosakkan ekonomi Orang Melayu.namun setelah merdeka.pekerjaan terbaik bagi Bangsa Melayu adalah
    kerja kerajaan.nak cari menantu mesti kena kerja kerajaan atau pegawai kerajaan.orang berniaga tak mahu ambil jadi menantu.sebab tu kita boleh ketinggalan.

    bangunlah cepat wahai bangsa Melayu.jangan tertipu dengan mainan keduniaan.

    [Reply]

    aqill Reply:

    pasal kawen pun ada kesan jugak..ho.
    orang berniaga nk berkahwin dgn org kerja kerajaan susah sgt
    mertua ckp ‘ org berniaga tiada hala tuju’
    pernah dgr cerita dari RK
    dahsyat tu.. :D

    [Reply]

  15. abangki Says:

    Dgn gunakan IM, Melayu bukan saja berniaga, malah berniaga dengan bangsa lain di seluruh dunia. Kita keluar daripada kepompong minda. Berniaga dalam pasaran lebih besar. Dan keluarkanlah zakat untuk umat Islam di Malaysia.. Masyarakat Melayu tidak akan tertinggal lagi..InsyaAllah.

    Very good post bro.

    [Reply]

    hasbulaqill Reply:

    yeah!thanks
    sukses untuk 2010
    moga menang pr lpas ni :D

    [Reply]

    norazuan Reply:

    Salam bro,
    teruskan menulis artikel begini kebangkitan melayu, semangat melayu,
    tak kan melayu hilang di dunia.

    Takbir!!

    Allah Akbar!
    Allah Akbar!
    Allah Akbar!

    [Reply]

  16. zairi faiezil Says:

    Salam Motivasi…

    Memang tidak dinafikan generasi kita terutama anak melayu terlalu jauh dari segi perniagaan berbanding dengan bangsa yang lain.. dimanakah tahap ekonomi melayu sekarang? berbanggakah kita? Ayuh bangkitlah wahai bangsaku untuk memajukan dan memperkasakan lagi ekonomi bangsa melayu melalui bidang perniagaan. Usah takut dengan kegagalan kerana kegagalan adalah guru yang bermakna…

    Saudara saya sangat tertarik dengan isi blog anda dan berminat untuk link exchange dengan anda ( http://www.tipmotivasihidup.blogspot.com )

    TQ

    [Reply]

    Aqill Reply:

    insyaallah dalam pertimbangan
    nnti saya contact balik ;)

    [Reply]

  17. idros Says:

    Terima kasih, atas usaha saudara mewujudkan laman ini. Harapan saya lebih ramai bijak pandai melayu dan ahli perniagaan melayu dapat menyumbangkan buah fikiran, tunjuk ajar, suntikan semangat untuk anak-anak melayu menyertai dunia perniagaan. Saya harap laman ini terus wujud untuk tujuan tersebut dan tidak digunakan untuk memp[amerkan iklan semata-mata

    [Reply]

Leave a Reply

:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: