Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Oh,sudah lama saya tidak update post dalam blog ini.Almaklumlah,sibuk dengan tugasan yang perlu diselesaikan segera.Beberapa hari lalu,saya sudah lancarkan kempen adwords saya untuk satu niche terbaru saya.Alhamdulillah,proses masih dalam permulaan untuk menilai kempen yang paling menguntungkan berdasarkan keyword yang dipilih
Owh ya,sebelum saya bercakap panjang,adakah anda tahu bahawa perniagaan internet tanpa grafik ibaratkan sesuatu yang bernilai tapi hilang seninya.

Ya,ibaratkan seorang gadis yang yang cantik menawan sampai mata anda terkial-kial memandagnya,tetapi bila anda memandangnya dengan lebih dekat,rupanya dia tidak pandai menjaga kebersihan diri.Adakah anda,inginkan perempuan tersebut.Semestinya tidak termasuk saya:D.Ini juga dapat dikaitkan dengan Perniagaan Internet sekarang,jika anda ingin membeli sesuatu produk digital,tetapi web jualannya tidak sedap dipandang dan tidak kelihatan profesional,semestinya anda terlintas dan tertanya-tanya”Isy, produk ni berkualiti ke?”Macam tak pro je!”Ya,ini juga terjadi pada saya.
Poin yang saya ingin tekankan disini ialah ramai di kalangan kita masih memandang enteng terhadap grafik jualan dan menganggap perkara itu satu sampingan saya.Oh,sungguh malang jika ada di antara kita berfikiran macam tu.Boleh dikatakan hampir separuh anda kehilangan pembeli sekiranya anda terus berfikiran serendah itu.Mungkin anda mengeluh”Mana boleh kita menilai dari segi luaran sahaja!”.Oh,saya tidak menafikan hak anda untuk berfikiran tersebut.Cuma saya ingin anda fikirkan dan mengaitkan dengan kehidupan sekitar anda.
Pandangan pertama membuatkan anda rasa tertarik.Ya,seperti anda melihat seorang gadis lawa,semestinya anda mahu melihatnya sebanyak yang mungkin kan??(Saya pernah mengalami situasi tersebut.Oh!).Dalam kaitan web jualan,sekiranya ia kelihatan menarik,pengunjung yang pertama kali melawat web anda berkemungkinan besar akan melawat sekali lagi.Dan ini juga akan menambahkan kadar jualan produk anda.
Oh,saya agak tertarik dengan design Produk terbaru dari Team Flarebiz,Pakej Ramadhan dan semestinya jualan nya berlambak bukan?:).
p/s:Dalam beberapa hari lagi saya akan terbitkan post tentang Langkah-langkah memilih produk berkualiti di Clickbank dan insyallah saya akan sertakan video tutorial percuma.Khas untuk anda.
pp/s:Jangan lupa subscribe newsletter jika anda tidak mahu ketinggalan post terbaru saya:D
Selamat berpuasa..

Hasbul 'Aqill merupakan seorang usahawan internet sepenuh masa. Seorang usahawan muda yang berusia 19 tahun dan mempunyai pengalaman dalam dunia perniagaan internet sejak 2 tahun yang lalu . Walaupun usianya masih belum mencecah 20-an, namun baginya, ia bukan satu alasan untuk beliau terus mengejar impian pada usia muda.
{ 1 comment… read it below or add one }
mmg betul tu..
atau paling kurang pun ianye ringkas tapi kemas