Assalamualaikum dan salam sejahtera ,
Ramai bertanya kepada saya, “Apakah Perniagaan kamu lakukan? “Memang terjamin dapat Keuntungan yang lumayan ke? Perniagaan Internet ini kebanyakan Skim Cepat Kaya dan memang tidak boleh percaya sama sekali. Itulah suara sumbang dan kenyataan yang saya perlu hadapi hampir saban sehari. Hampir 90% orang di sekeliling saya berpendapat negatif dalam perniagaan internet.
Malah, ada sesetengah diantara mereka menganggap perniagaan internet merupakan satu perkara yang ketinggalan zaman dan tidak mungkin orang Malaysia akan berjaya. Oh,sungguh ketinggalan zaman orang yang berfikiran sebegitu namun bukan hak saya untuk mempertikaikan pandangan mereka.
Ironinya,masyarakat di Malaysia khususnya masih tidak tahu lubuk Perniagaan Internet. Seperti kita tahu, sudah ramai masyarakat Malaysia yang sudah berjaya dalam Perniagaan Internet. Nama seperti Saudara Syed Ikhwan, Saudara Adly aka Labanon, Saudara Ammar Zahar sudah cukup terbukti bahawa perniagaan Internet bukan satu perkara asing di Malaysia malah saya tekankan disini perniagaan Internet bukan satu perkara yang ketinggalan zaman seperti diura-urakan oleh orang yang berfikiran negatif tentang ini.
Saya pernah ditegur oleh seorang pensyarah,” Hasbul memilih jalan yang paling susah untuk berjaya dalam kehidupan sendiri”. Hampir terkejut saya selepas mendengar perpepsi masyarakat kita. Persoalan yang saya cungkilkan dsini, “Apakah perkara atau pekerjaan yang memang menjamin untuk anda berjaya dalam kehidupan anda?”. Dalam dunia ini,tiada perkara yang menjamin masa depan anda selain anda berusaha dan bertawakal kepada Allah. Bagi saya,cabaran dan dugaan adalah satu kebaikan jikalau kita berpandangan positif.
Kematangan dan cara tindak-tanduk seseorang juga berdasarkan cabaran yang mereka lalui. Oleh itu,jikalau anda mempertikaikan sesuatu perkara berdasarkan cabaran yang perlu lalui,anda perlu balik kepada persoalan saya diatas dan cuba anda mencari penyelesaiannya bukan memberi satu alasan untuk anda berjaya. Untuk berjaya dalam sesuatu perkara,bukan sahaja usaha untuk anda tekankan, tetapi persepsi atau mindset anda juga perlu dititikberatkan.



Hasbul 'Aqill merupakan seorang usahawan internet sepenuh masa. Seorang usahawan muda yang berusia 19 tahun dan mempunyai pengalaman dalam dunia perniagaan internet sejak 2 tahun yang lalu . Walaupun usianya masih belum mencecah 20-an, namun baginya, ia bukan satu alasan untuk beliau terus mengejar impian pada usia muda.