Rahsia 24 Jam Terlalu Hype?

by Hasbul Aqill

in Buat Duit Di Internet, Perniagaan Internet

Assalamualaikum dan hai semua!

2 hari lepas, saya telah diberi kesempatan oleh saudara Firdaus Latib untuk mendapatkan produk terbaru beliau, Rahsia24Jam. Basically, produk ini menerangkan beberapa teknik dan “tricks” bagaimana untuk menghasilkan produk serta mendapatkan jualan dalam masa 1 hari. Kepada yang masih tak tahu, produk ini merupakan produk asal Raja Kamil namun telah diambil alih oleh Firdaus Latib. Ya, memang saya kenal saudara Raja Kamil dan beliau memang  boleh dikatakan pakar dalam membuat produk digital . Bukan omong kosong saja, dan segala kandungan produk ini besertakan pengalaman beliau dalam penghasilkan ebook.

Terus terang saya cakapkan, memang saya sebenarnya tak pandai untuk membuat review post sesuatu produk. Bahkan, ini mungkin kali pertama post di HasbulAqill.com yang berceritakan tentang sesuatu produk. Oleh itu, saya ambil keputusan untuk buat review post ini simple sahaja dan mengulas beberapa trick dan tips yang diajar dalam audio ini. Saya cukup yakin anda pun tak gemar untuk baca artikel panjang-panjang .

Kenapa saya katakan produk ini “terbaik dari ladang” :D !

Secara keseluruhannya, produk ini memang berguna kepada anda disebabkan pemilik produk bukan hanya menerangkan teori sahaja, bahkan Raja Kamil juga sudi untuk kongsikan pengalaman beliau sendiri menghasilkan produk digital sebelum ini , seperti Aku Seorang Blogger serta Panduan Mudah.my. Yang pastinya, beliau ada menerangkan tips dan rahsia bagaimana beliau sendiri menghasilkan “duit ajaib” sebanyak RM 1,744 dalam masa sehari. Ada juga sesuatu berharga yang saya telah belajar ketika mendengar audio ini. ;)

Based on apa yang saya dengar, memang Raja Kamil menerangkan segala tips secara terperinci. Paling menariknya, penerangan tentang timing serta bagaimana beliau menjual produk PLR dengan harga jauh lebih tinggi dari harga asal dibeli. Seperti yang kita tahu, sesuatu produk tidak akan berjaya mendapatkan jualan yang memberangsangkan sekiranya timing tak betul. Saya sendiri pernah membaca satu artikel mat saleh dimana beliau mengalami kerugian lebih kurang 10,000 USD , oleh sebab timing mistake ketika beliau melancarkan produk. Dari segi audio pula, tiada masalah kurang dengar atau tersekat-sekat sepanjang saya mendengar.

Ebook ini Lebih Sesuai Kepada…..

Pendapat saya, audio ini lebih sesuai kepada sesiapa yang mempunyai basic knowledge tentang penghasilan produk digital. Maksud saya, ebook ini tidak berapa sesuai kepada newbie yang baru nak belajar bagaimana nak hasilkan produk digital. Mungkin ia lebih kelihatan advanced disebabkan tiada penerangan basic stuff dalam audio ini. Namun, tiada masalah sekiranya ada diantara newbie untuk mendapatkan produk ini sekarang, sebagai persediaan untuk menghasilkan produk kelak. Nasihat saya, perkemaskan dahulu basic knowledge dan gunakan informasi dalam audio sebagai pelengkap.

Rahsia 24 Jam Terlalu Hype?

Semasa saya blast emel semalam, ada salah seorang subsriber bertanya kepada saya “Betulke Rahsia Dapat RM1,000 dalam masa sehari?” Nampak macam hype je?”

Ok, sepertimana yang saya katakan diatas, agak mustahil untuk mencapai RM 1,000 sekiranya anda “zero knowledge” tentang ilmu penghasilan produk. Untuk yang masih baru nak belajar, anda perlu tahu cara nak buat pdf, cara nak upload file ke server, cara nak buat jemputan JV dan banyak lagi. Namun, ia tidak mustahil sekiranya anda dah bersedia dan dah tahu selok belok tentang produk digital ini.

Bonus EKSLUSIF untuk Pembaca .

Ok, sebagai penutup post ini, saya ada tawaran bonus ekslusif  untuk pembaca HasbulAqill.com. Buat pembelian Rahsia24Jam, dan anda akan mendapat Affiliate Profit Blueprint yang bernilai 67 usd. Jangan lupa , beli daripada link ini, dan saya akan hantarkan download link Affiliate Profit Blueprint terus ke emel anda :) .

Leave a Comment

Previous post:

Next post: