Salam sejahtera ,
Seperti dinyatakan di atas, Google telah melancarkan satu platform terbaru mereka yang dinamakan Google Buzz . Ya,memang motif sebenar Google semestinya ingin menyaingi Laman Sosial popular seperti Facebook dan Twitter.
Secara asasnya, apa yang saya tahu, Google telah mengambil serba sedikit ciri-ciri dari Facebook dan Twiiter dan kemudiannya menyesuaikan mengikut apa yang mereka hendak. Ura -ura Google akan melancarkan sebuah laman sosial sebenarnya sejak 2007 lagi, iaitu sejak mereka membeli company Jaiku (ketika itu merupakan pesaing utama Twitter)
Ok, berdasarkan pendapat dan perbandingan antara Google Buzz dan Facebook:
1. Google Buzz 1.0 lebih baik daripada Facebook ketika permulaan pelancaran
2.Seperti yang anda tahu semua, Idea Facebook sebenarnya datang daripada rakan Zuckerberg, Evan William. Apa yang menariknya, boleh dikatakan Google ‘membalas dendam’ terhadap Facebook dengan mengambil beberapa ciri-ciri daripada mereka.
3. Privasi Maklumat pengguna Google Buzz lebih selamat daripada pengguna Facebook ( berdasarkan rekod Zuckerberg dan Facebook telah mencuri idea Evan William, tidak hairan jika mereka juga mencuri identiti privasi pengguna)
4.Google Buzz disesuaikan untuk penggunaan melalui Iphone dan telefon yang menyokong sistem Android.
5. Automatik ‘Log In’ ke Google Buzz apabila anda membuka email.
Saya yakin setiap masa Google akan mengemaskinikan platform hebat ini dan mungkin satu masa, pengguna internet mula beralih menggunakan Google Buzz. Dan apa yang boleh kita ketengahkan, ambil peluang ini untuk memasarkan dan mempromosikan perniagaan.
p/s- Harap tiada pula ‘ Log In Google Buzz dapat RM1OO’ selepas ni
pp/s- add saya di Google Buzz,dan kongsikan idea dan ilmu perniagaan internet anda
http://www.google.com/profiles/hasbulaqill



Hasbul 'Aqill merupakan seorang usahawan internet sepenuh masa. Seorang usahawan muda yang berusia 19 tahun dan mempunyai pengalaman dalam dunia perniagaan internet sejak 2 tahun yang lalu . Walaupun usianya masih belum mencecah 20-an, namun baginya, ia bukan satu alasan untuk beliau terus mengejar impian pada usia muda.