Siapa kita-Itu tidak penting

by Hasbul Aqill

in Motivasi, Perniagaan Internet

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

success

Sejak belakangan ini bila bercakap sahaja tentang perniagaan internet , pasti nama AmmarZahar , Labanon ,  Alang timbul.Bahkan, ada di antara kita menggelar mereka sebagai Otai dalam perniagaan internet disebabkan penglibatan dan produk mereka. Baiklah,pada entri kali ini saya ingin kongsikan serba sedikit tentang mereka satu persoalan menarik. Ramai di kalangan kita ingin mengejar impian untuk menjadi seorang otai dan glamour dalam perniagaan internet.”Sampai bila saya perlu membeli produk orang lain dan bila msanya untuk saya melancarkan produk sendiri?”sejenak saya terfikir ketika masih bujang dahulu.

Baiklah , untuk menjawab persoalan diatas , saya ingin kongsikan satu kisah yang memberikan satu ilustrasi jelas dan  jawapan yang jelas terhadap saya sekian lama . Mungkin kita pernah mendengar nama Carly Fiorina . Beliau dianggap sebagai wanita terulung di Amerika Syarikat . Pada zaman masa itu , majalah Fortune menamakannya sebagai Wanita Paling Berpengaruh di Amerika Syarikat. Pada 1998 , beliau merupakan Presiden bagi Lucent Technologies Global (seingat saya) . Tetapi tidak lama kemudian , beliau menjadi CEO bagi syarikat Hawlett Packard , iaitu syarikat ke-11 terbesar di Amerika ketika ini.

Pada tahun 2002 , Fiorina melakukan langkah drasrtik dan mengejutkan yang diharapkannya dapat menggandakan keuntungan kepada syarikat organisasinya . Beliau melakukan penggabungan antara Hawlett Packard dengan Compaq , usaha bagi menjadikannya lebih kompetitif kepada pesaing hebatnya , Dell.Namun malang ditimpanya sekali, pendapatan dan perolehan yang dapat dihasilkan gagal mencapat matlamat walaupun sudah memakan masa 2 tahun hasil penggabungan mereka .Namun, walaupun begitu , Fiorina masih yakin dengan keputusannya.Apabila beliau ditanya berkenaan khabar angin yang menyatakan beliau akan mengalihkann kerjayanya pada bidang politik seterusnya meninggalkan suami perniagaan, beliau berkata” Saya CEO Hewlett Packard. Saya sayangkan syarikat ini. Saya sayangkan kerja saya-dan tugas saya masih belum selesai ” . Dua bulan kemudian, beliau kecundang atas arahan Lembaga pengarah Hewlett-Packard meminta beliau meletak jawatan.

Kesimpulannya, apa yang saya ingin tekankan, sekiranya kita fikir kehidupan ‘ di peringkat atas’ lebih mudah , cuba fikirkan yang ia hanya indah khabar daripada rupa. Orang di atasan@ otai mempunyai masalah dan cabaran masing-masing.Dalam apa jua bidang, tidak kisah dimana kita berada dalam organisasi itu, yang penting adalah yakin bahawa kita mampu lebih berjaya!

Ini dia Carly Fiorina

carly-fiorina

p/s: Alang pun pening dok melayan problem di Forum Video Blog

:D

{ 15 comments… read them below or add one }

FENDI 69Z a.k.a khalifah November 25, 2009 at 10:37 pm

SYABAS BROOOO

teruskan pengembaraan……

MASIH BYK BELUM SELESAI…….
hehe

chewahhhhhhhhhhhhhhh

dr fendi
INTERNET MARKETER

Reply

Active Blogger November 26, 2009 at 7:14 am

hehe…sedap baca…pandai mengarang :-) usaha dan terus usaha :-)

Reply

tunepal November 27, 2009 at 5:03 am

Insya-Allah. Satu hari nanti kita akan ada produk kita sendiri.

Reply

Aqill November 27, 2009 at 5:07 am

yeah

pernah terlintas

cuma tunggu rilek2 dahulu
:D

Reply

PakarBisnes November 28, 2009 at 12:20 am

Ya, memang benar sekali. Kadangkala kita jadi lemah semangat kerana terlalu rendah diri dan cuba membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih ternama. Tapi kita kena tau yang mereka juga pada suatu masa tidak ternama seperti kita. Usaha tangga kejayaan! =p

Reply

syafiq November 28, 2009 at 8:36 am

great knowledge

kalo leh tmbah r lg :)

Reply

Safuan a.k.a Sipenglipurlara November 28, 2009 at 11:15 pm

Saya setuju.. Bagi saya sendiri, walaupun saya dah lama saya dalam industri perniagaan internet tetapi insyaallah saya bakal melancarkan ebook berbayar pertama pada awal disember 2009. Mengapa lewat saya baru menerbitkan ebook? Kerana saya ingin menimba pengalaman dahulu. Lagipun dulu kita perlukan laksanakan tanggungjawab yang lebih penting diutamakan

Reply

aleh November 29, 2009 at 1:50 am

betul tu…makin besar periuk…
makin banyak la kerak..tak semestinya nama dah naik..
boleh senang-lenang..kalau nak berjaya berusaha selagi mampu..:D

Reply

Peluang Perniagaan December 2, 2009 at 12:26 am

sokong. memang betul apa yang dikatakan. Menjadi yang terbaik tidaklah semanis seperti sessetengah org sangkakan.

Reply

Aqill December 2, 2009 at 1:20 am

safuan-oh,saya tetarik ebook terbaru bro..lagipon boleh tambahkan tips untuk saya sebelum launch ebook

aleh-yeah.ramai salahkan org laen padahal diri sendiri yang goyang kaki :)

Reply

Aqill December 2, 2009 at 9:21 am

peluangperniagaan-yeah,sesungguhnya manusia tiada yang sempurnanya :)

Reply

Aqif December 7, 2009 at 2:36 am

Salam Aqill.

Pertama kali saya jejakkan jari ke blog ini dan saya amat teruja dengan artikel yang dikupas oleh saudara. Apa yang ingin saya katakan, semua orang mempunyai cabaran mereka tersendiri tidak kira betapa hebat pun mereka (otai atau sebagainya).

Apa yang membezakan antara kita dengan mereka yang sudah berjaya adalah tindakan yang kita lakukan hari ini. Jika kita hanya sekadar berniat, tapi tidak melakukan apa-apa. Apakah keputusan yang bakal kita peroleh? NONE (tiada apa-apa).

Jadi, siapa diri kita hanya boleh dinilai oleh individu itu sendiri. Jangan jadikan itu alasan untuk kita terus terperuk dibawah tempurung.

Salam kejayaan Aqill. :)

- Aqif

Reply

Aqill December 7, 2009 at 10:46 am

yeah-first step to succes-decide and take action

baru boleh berjaya :)

Reply

MrCuz December 11, 2009 at 4:17 am

Sangat setuju dengan pandangan Aqill!

Menjadi terkenal dan glamer memang best (dan mengkayakan), tetapi malangnya ia akan menarik perhatian yang negatif juga.

Yang terbaiknya – Kalau nak glamer, bersedia untuk menghadapi segala aral dan tsunami. Kalau taknak glamer, pun kena hadapi aral & tsunami, DAN jangan la hasad dengki kat orang yang glamer tu..

Ermmm.. boleh terima tak pendapat saya? :P

Reply

Aqill December 11, 2009 at 12:39 pm

ya

contoh terdekat dalam situasi politik negara
:)

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: