Siapa kita-Itu tidak penting

by Hasbul Aqill on November 25, 2009

in Motivasi,Perniagaan Internet

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

success

Sejak belakangan ini bila bercakap sahaja tentang perniagaan internet , pasti nama AmmarZahar , Labanon ,  Alang timbul.Bahkan, ada di antara kita menggelar mereka sebagai Otai dalam perniagaan internet disebabkan penglibatan dan produk mereka. Baiklah,pada entri kali ini saya ingin kongsikan serba sedikit tentang mereka satu persoalan menarik. Ramai di kalangan kita ingin mengejar impian untuk menjadi seorang otai dan glamour dalam perniagaan internet.”Sampai bila saya perlu membeli produk orang lain dan bila msanya untuk saya melancarkan produk sendiri?”sejenak saya terfikir ketika masih bujang dahulu.

Baiklah , untuk menjawab persoalan diatas , saya ingin kongsikan satu kisah yang memberikan satu ilustrasi jelas dan  jawapan yang jelas terhadap saya sekian lama . Mungkin kita pernah mendengar nama Carly Fiorina . Beliau dianggap sebagai wanita terulung di Amerika Syarikat . Pada zaman masa itu , majalah Fortune menamakannya sebagai Wanita Paling Berpengaruh di Amerika Syarikat. Pada 1998 , beliau merupakan Presiden bagi Lucent Technologies Global (seingat saya) . Tetapi tidak lama kemudian , beliau menjadi CEO bagi syarikat Hawlett Packard , iaitu syarikat ke-11 terbesar di Amerika ketika ini.

Pada tahun 2002 , Fiorina melakukan langkah drasrtik dan mengejutkan yang diharapkannya dapat menggandakan keuntungan kepada syarikat organisasinya . Beliau melakukan penggabungan antara Hawlett Packard dengan Compaq , usaha bagi menjadikannya lebih kompetitif kepada pesaing hebatnya , Dell.Namun malang ditimpanya sekali, pendapatan dan perolehan yang dapat dihasilkan gagal mencapat matlamat walaupun sudah memakan masa 2 tahun hasil penggabungan mereka .Namun, walaupun begitu , Fiorina masih yakin dengan keputusannya.Apabila beliau ditanya berkenaan khabar angin yang menyatakan beliau akan mengalihkann kerjayanya pada bidang politik seterusnya meninggalkan suami perniagaan, beliau berkata” Saya CEO Hewlett Packard. Saya sayangkan syarikat ini. Saya sayangkan kerja saya-dan tugas saya masih belum selesai ” . Dua bulan kemudian, beliau kecundang atas arahan Lembaga pengarah Hewlett-Packard meminta beliau meletak jawatan.

Kesimpulannya, apa yang saya ingin tekankan, sekiranya kita fikir kehidupan ‘ di peringkat atas’ lebih mudah , cuba fikirkan yang ia hanya indah khabar daripada rupa. Orang di atasan@ otai mempunyai masalah dan cabaran masing-masing.Dalam apa jua bidang, tidak kisah dimana kita berada dalam organisasi itu, yang penting adalah yakin bahawa kita mampu lebih berjaya!

Ini dia Carly Fiorina

carly-fiorina

p/s: Alang pun pening dok melayan problem di Forum Video Blog

:D


Leave a Comment


  

Previous post:

Next post: