
Awal pagi tadi, saya ada check emel dari pembaca KomikNiaga dan beliau bertanyakan bagaimana ingin menggunakan Facebook untuk memasarkan produk di internet. Boleh saya katakan amat rugi sekiranya kita selaku internet marketer masih tak tahu cara nak guna Facebook untuk tujuan memasarkan produk.
Yelah, seperti yang kita tahu, Facebook tiba-tiba sahaja menjadi popular pada tahun 2010 ini dan jumlah pengguna pun makin naik mendadak. Ramai juga usahawan internet tempatan yang saya nampak seperi Rahman Basri, Zamri Nanyan dan juga Ammar Zahar menggunakan Facebook sebagai teknik pemasaran tambahan untuk perniagaan mereka. So, sekiranya anda tak tahu cara sebenar menggunakan Facebook untuk tujuan berniaga, anda wajib pelajari sekarang! Dan salah satunya ialah menggunakan Facebook untuk membina list emel
Bina emel list guna Facebook
1.Bina Fan Page terlebih dahulu
Ya, antara perkara menguntungkan ialah anda boleh mengumpul emel list dengan menggunakan Facebook. Namun saya syorkan, anda perlulah membina fan page khas untuk perniagaan anda. Yang sedia ada iaitu profile itu, anda bolehlah update tentang hal peribadi dan jangan sesekali campur aduk dengan tips perniagaan. Gunakan fan page khas tersebut untuk tujuan perniagaan anda. Tak tahu cara bina fan page, ikuti video ringkas ini
2.Tetapkan Masa
Selepas siap buat Fan page, saya syorkan , tetapkan masa serta bilangan update yang mampu anda buat setiap hari, sebagai contoh, Isnin adalah hari untuk anda update tentang pemasaran, Selasa tentang motivasi dan seterusnya. Ini bertujuan supaya mereka mudah untuk ikuti apa yang anda kongsikan setiap hari di fan page.
3. Post artikel blog atau notes di wall
Ya pastikan anda luangkan masa untuk update wall sekurang-kurangnya 1x sehari. Post artikel blog atau copy and paste ke note. Dan di akhir post, syorkan kepada pembaca untuk subsribe newsletter untuk dapatkan update seterusnya ataupun hadiahkan mereka dengan ebook percuma
. Seperti saya sendiri, saya menggunakan ebook percuma “7 Strategi Jana Pendapatan Melalui Internet” sebagai bahan tarikan supaya pelawat letakkan nama dan emel mereka untuk subsribe
4.Gunakan FBML.
Oh, cara ini hanya boleh gunakan di Facebook dan semestinya banyak membantu kalangan IM tempatan termasuk Jamal untuk membina emel list menggunakan Facebook. Namun, saya tak akan ajar cara gunakannya disini, anda bolehlah rujuk tutorial di Hyperats atau beli panduan lengkap Kuasa Fan Page
.
5.Facebook Ads
Akhir sekali,ini adalah salah satu cara berbayar untuk membina list menggunakan facebook. Anda boleh setkan 5$ per day sebagai langkah permulaan. buat analisis trafik untuk seminggu dan sekiranya anda rasa ia pelaburan berbaloi, anda boleh teruskan. Seperti saya, saya gunakan Facebook Ads untuk membina list salah satu produk PLR yang saya jual di Facebook. Oh, antara panduan terbaik yang saya beli tentang teknik pemasaran Facebook Ads ialah InfiniteFB yang berharga 97usd. Bila belajar teknik Facebook Ads ini, ia bukan terhad untuk membina list sahaja, malah boleh digunakan untuk anda jual produk affiliate, PLR , MRR serta promosi produk CPA khususnya niche dating serta games
Selamat mencuba



{ 9 comments… read them below or add one }
Maklumat untuk semua, anda boleh juga jimat masa tanpa perlu post ke wall setiap hari, hanya perlu post ke blog sahaja maka secara automatik post tersebut akan terpapar di wallprofile, fanpage, facebook group, ke email subscriber & twitter secara automatik. Kena buat setting sikit….jimat masa dan mudah.
wah..bagus tips ni..saya xpnah tau pun cara ni..hehe..biasanya tgk org guna minisite je utk kumpul mailing list ni..FBML tu ape berbayar tak Hasbulaqil?
tool FBML percuma sahaja, bro boleh ikuti tutorial kt link saya bagi diatas. kalau ada masalah, boleh maklumkan disini
huhu….ada baca pasal fanpage nie tp belum diaplikasikan betul2 lagi
still pening2 lalat
pening jugak la, tapi kalau nak upah orang pun mahu ratusan jugak (luar negara)
terima kasih atas info tersebut…;)
cuma saya ade sedikit soalan, ade yang pernah beritahu saya yang facebook ads, even kita set $5 per day, ia boleh exceed the limit, so kita kena bayar lebih, sbb TOS ads membenarkan..
Just my 8 cent:)
stkt ni saya guna, masih tak berlaku situasi tu. dia akan auto pause campaign bila exceed 5$ perday. setiap hari, kalau lebih 5 usd, baru dia pause, bukan bila exceed hari tu, terus hari seterusnya dia pause. harap faham
assalam,
nak tanya, utk facebook ads nie, memang kena bayar 5ud per day ker
tidak semestinya.
Bergantung kepada minimum payment yang kita letak untuk sehari.