Salam dan hai semua!

Oleh sebab ramai yang berminat untuk mengetahui Tutorial kali ini, so, saya cuba kongsikan teknik saya gunakan untuk mendapatkan LSI keyword tanpa menggunakan sebarang Tool berbayar. Untuk pengetahuan anda semua, sebelum ini , saya ada kongsikan cara bagaimana nak dapatkan long tail keyword, sesiapa yang masih belum membaca tutorial tersebut, boleh klik link ini : Cara Bagaimana Dapatkan Long Tail Keyword.
So, back to topic asal, apakah sebenarnya LSI keyword ini dan kenapa anda semua kena tahu kalau ingin berkecimpung dalam seo marketing?
Mengikut carian Google ,
Latent Semantic Indexing (LSI) is one specific algorithm that the search engines use to evaluate site content through related keywords.
LSI keyword adalah keyword yang memberikan trafik serta “support” kepada keyword utama yang anda target. Sebagai contoh, main keyword adalah “buat duit online”, dan LSI keyword yang relevan untuk digunakan adalah seperti “buat duit di internet” , “buat duit di rumah” dan “buat duit secara online”.
Kelebihan anda rank LSI keyword ini adalah, website anda mempunyai potensi untuk mendapat trafik yang relevan. Bukan hanya dari keyword utama sahaja
So, macam mana nak dapatkan LSI keyword ini? Kesemuanya ada 3 cara :
1. Google Keyword Tool
1. Pergi ke Google Keyword Tool
2. Letakkan main website produk di “website content”. In this case, saya letakkan http://seoelite.com
3. dan ini merupakan cadangan yang anda boleh ambik untuk dijadikan LSI keyword :
2. Buat Carian di Google
1. Pergi ke Google.com
2. Search nama produk , in this case, saya buat carian “seo elite”.
3. Scroll ke bawah, dan Google akan beri search related, dan itu keyword yang relevan untuk dijadikan LSI keyword
*saya syorkan anda memilih keyword yang mempunyai sama perkataan seperti keyword utama, contoh sekiranya keyword utama ialah “buat duit online”, LSI keyword yang relevan adalah yang mempunyai sama perkataan seperti “buat duit di internet”, “buat duit secara online”.
3. Google Wonder Wheel
Google Wonder Wheel mula beroperasi ketika awal tahun 2009. Dan tool ini beri kemudahan terutama penggemar seo untuk mendapatkan LSI keyword dan kegunaan yang lain lagi.
1. Pergi ke Google.com dan buat carian nama produk, seperti “seo elite”
2. Scroll di bawah dan anda klik pada wonder wheel di bahagian kanan. Selepas itu, anda dapati result carian berbentuk map dan peta minda. Seperti yang saya cakap di atas, pastikan pilih keyword yang mempunyai perkataan yang sama seperti keyword utama untuk dijadikan LSI keyword supaya ia lebih nampak “natural” dan “relevan” di mata Google
.
Setakat ini sahaja perkongsian berharga ini dan saya minta maaf banyak-banyak sebab sedikit terlewat untuk buat post ini disebabkan ada beberapa kerja yang perlu disiapkan dahulu. Sekiranya tak faham, boleh ajukan soalan di ruangan komen. yosh!
p/s- Secara umumnya, ini teknik ringkas yang saya gunakan untuk mendapatkan LSI keyword, terdapat banyak cara lagi, dan lebih mudah sekiranya anda mempunyai tool yang berbayar seperti SEO Elite, Market Samurai atau Micro Niche Finder. Namun bagi saya , cukup guna tool percuma sahaja sebab bezanya adalah, senang atau susah sahaja, result lebih kurang sama






{ 16 comments… read them below or add one }
hehe setakat ni jarang guna lsi keyword… just masukkan je apa2 yg terfikir kat kepala
lepas ni test guna cara ni pulak…
selamat beramal bro. apa-apa result boleh kongsikan disini
asas yang jarang orang nak ketengahkan sebab lebih power..hehe
asas y org tak bagitahu, sebab asas ni bukan hanya satu. tapi 3 cara. ngeh2
entah eh pada saya sebuah post yang mempunyai keyword yang mustahak mengikut apa yang akan dicari atau dibincangkan itu yang penting . selalu saya gunakan kata kata serperti download , dapatkan , miliki , kata kata yang orang akan selalu cari atau tulis and saya cuba sedaya upaya setiap post yang saya gunakan kata kata itu . walaupun kadang kala ia tidak kena dengan post saya . dan keyword ini yang akan memberi keberatan di mata google dan search engine lain . Kalau mempunyai sebuah blog kesabaran harus ada
tiada cara salah atau betul menguna keywords hanya kebanyakan keyword yang pendek akan lebih susah di index dari keyword longtail .
Terima kasih bro.Banyaknya yang saya tak tahu..Market Samurai boleh guna ke untuk teknik ini? Saya beli tool ni 3 bulan lepas tapi tak berapa mahir guna lagi.huhu
boleh, tapi result lebih kurang sama, cepat lambat je bezanya
saya dok belajar ni, nak guna mana keywords, rangking tinggi atau rendah
tak kisah semua tu, yang penting , kena tahu berapa ramai yang guna keyword tersebut. boleh guna Google Keyword Tool, check local montly search kalau target Malaysia, atau global montly search kalau target international
emm, menarik ni.. boleh digunakan nnti… thanks bro.
Market samurai memang tool yang perlu ada.Mudah untuk kita mencari keyword secara lebih mendalam lagi..
satu perkongsian menarik mengenai keyword boleh dimanfaatkan
huhu.. bab SEO ni memang banyak yang saya tak tau.. banyak lagi yang kena belajar sebab SEO ni penting juga..
anyway terima kasih bro untuk perkongsian!
sama-sama bro! read, and practice
utk blog peribadi LSI keyword ni tak berapa penting rasanya… tp kalau guna pun apa salahnya kan…
ya, teknik ini bukan specialist untuk blog personal sahaja. saya maksudkan ia lebih kepada niche blog. kalau LSI keyword utk blog peribadi boleh juga guna
tiada masalah, sebab bnyk advantage yg dpt selain daripada dari organic traffic (utk kumpul maling list)