Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, baru -baru ini saya ada menyiapkan satu video blog terbaru sebagai alternatif yang sedia ada. Maklumlah, saya ingin gunakan masa cuti ini dengan ‘multiplekan’ pendapatan video blog saya berbanding sebelum ni.Sebagai langkah cepat dan mudah, saya hanya export sahaja post pada videoblog sediaada untuk diexport semula kepada video blog baru.
Akibat mahu buat kerja dengan cepat, saya terexport dua kali dan ini menyebabkan byk post yang duplicate.Angka post yang sebenar ialah hanya 1200 sahaja tetapi akibat kegopohan saya, menjadi 2400 serta merta.(Aduh, macam mana nk selesaikan nih)
Setelah berjam -jam mencari jalan penyelesaian ,ya, saya terjumpa satu plugin ini.
Yeah, plugin ini agak berguna ketika
- blog anda duplicate all post
- anda ingin delete all comment dalam blog anda
- anda ingin mulakan blog lama anda kepada ‘fresh blog’
Penggunaan:
Install WordPress Suicide plugin
- Activate Plugin
- Tools>Suicide
- Ubah setting mengikut permasalahan yang anda ingin selesaikan
Mungkin plugin ini tidak berguna untuk anda buat masa ini, tetapi sebagai persediaan sebelum menjadi seperti saya,plugin ini boleh membantu anda semua
p/s-pernah alami duplicate post jugak ke??:-?



Hasbul 'Aqill merupakan seorang usahawan internet sepenuh masa. Seorang usahawan muda yang berusia 19 tahun dan mempunyai pengalaman dalam dunia perniagaan internet sejak 2 tahun yang lalu . Walaupun usianya masih belum mencecah 20-an, namun baginya, ia bukan satu alasan untuk beliau terus mengejar impian pada usia muda.