Persepsi Masyarakat terhadap Perniagaan Internet

by Hasbul Aqill on October 21, 2009

in Perniagaan Internet

Assalamualaikum dan salam sejahtera ,

persepsi

Ramai bertanya kepada saya, “Apakah Perniagaan kamu lakukan? “Memang terjamin dapat Keuntungan yang lumayan ke? Perniagaan Internet ini kebanyakan Skim Cepat Kaya dan memang tidak boleh percaya sama sekali. Itulah suara sumbang dan kenyataan yang saya perlu hadapi hampir saban sehari. Hampir 90% orang di sekeliling saya berpendapat negatif dalam perniagaan internet.

Malah, ada sesetengah diantara mereka menganggap perniagaan internet merupakan satu perkara yang ketinggalan zaman dan tidak mungkin orang Malaysia akan berjaya. Oh,sungguh ketinggalan zaman orang yang berfikiran sebegitu namun bukan hak saya untuk mempertikaikan pandangan mereka.

Ironinya,masyarakat di Malaysia khususnya masih tidak tahu lubuk Perniagaan Internet. Seperti kita tahu, sudah ramai masyarakat Malaysia yang sudah berjaya dalam Perniagaan Internet. Nama seperti Saudara Syed Ikhwan, Saudara Adly aka Labanon, Saudara Ammar Zahar sudah cukup terbukti bahawa perniagaan Internet bukan satu perkara asing di Malaysia malah saya tekankan disini perniagaan Internet bukan satu perkara yang ketinggalan zaman seperti diura-urakan oleh orang yang berfikiran negatif tentang ini.

Saya pernah ditegur oleh seorang pensyarah,” Hasbul memilih jalan yang paling susah untuk berjaya dalam kehidupan sendiri”. Hampir terkejut saya selepas mendengar perpepsi masyarakat kita. Persoalan yang saya cungkilkan dsini, “Apakah perkara atau pekerjaan yang memang menjamin untuk anda berjaya dalam kehidupan anda?”. Dalam dunia ini,tiada perkara yang menjamin masa depan anda selain anda berusaha dan bertawakal kepada Allah. Bagi saya,cabaran dan dugaan adalah satu kebaikan jikalau kita berpandangan positif.

Kematangan dan cara tindak-tanduk seseorang juga berdasarkan cabaran yang mereka lalui. Oleh itu,jikalau anda mempertikaikan sesuatu perkara berdasarkan cabaran yang perlu lalui,anda perlu balik kepada persoalan saya diatas dan cuba anda mencari penyelesaiannya bukan memberi satu alasan untuk anda berjaya. Untuk berjaya dalam sesuatu perkara,bukan sahaja usaha untuk anda tekankan, tetapi persepsi atau mindset anda juga perlu dititikberatkan.

{ 33 comments… read them below or add one }

Safuan a.k.a sipenglipurlara October 22, 2009 at 5:26 am

Biarkan pendapat negatif orang lain kerana jika kita memilih jalan yang benar, kebenaran pasti juga akan terbit satu hari nanti.. Insyaallah

Reply

fendi 69z a.k.a khalifah October 22, 2009 at 5:45 am

wah…. hebat,,
syabas…

“Apakah Perniagaan kamu lakukan? “Memang terjamin dapat Keuntungan yang lumayan ke? Perniagaan Internet ini kebanyakan Skim Cepat Kaya dan memang tidak boleh percaya sama sekali. Itulah suara sumbang dan kenyataan yang saya perlu hadapi hampir saban sehari. Hampir 90% orang di sekeliling saya berpendapat negatif dalam perniagaan internet.

semua tu liku2x utk kita kena sbr..

dr fendi
WEB MASTER

Reply

hassaidi October 22, 2009 at 10:21 am

hu3..wat xtau je benda tu..

sebelum berjaya mmg ca2 org ckp..

sabar je…he3..

Reply

baloot October 22, 2009 at 1:29 pm

aku berminat dengan screenshot adsense ko tu.. hehe.. :)

berguru dengan syed ikhwan ke?

Reply

hasbul October 22, 2009 at 1:35 pm

eh,sya bukan peserta speedadsense bos…:)

Reply

Aqill October 22, 2009 at 1:51 pm

yeah,mungkin saudara juga melalui perkara yang sama.hehe

Reply

myLurVe October 22, 2009 at 6:50 am

kebanyakkan rakyat malaysia ni tak terbuka lagi minda dorang..
tak heran la kalau dorang kondem perniagaan internet ni..

so, kita la yg patut mulakan dulu langkah dgn menunjukkan cara yg betul tentang perniagaan internet dan membetulkan minda org ramai yg perniagaan internet ni bukanlah satu skim cepat kaya seperti yg diketahui umum..

semoga apa yg berlaku kt bro dijadikan sebagai dorongan dan buktikan yg perniagaan internet pun blh berjaya!

>> pheyz WC :)

Reply

Raja Kamil October 23, 2009 at 11:08 am

Salam, mungkin peryataan saya kat bawah ini mengejutkan tetapi ia adalah berdasarkan pengalaman saya.
Ibu dan bapa mertua saya tinggal di bandar. Di sana, bila orang tanya, apa saya buat, saya jawab, bisnes internet. Jawapan diorang ; “Oh!”. Sambil buat muka, “makan pasir lah bini dia tu nanti”

Kalau kat kampung, bila saya jawab saya buat bisnes internet, diorang akan jawab;
“yang jutawan internet tu ye” atau, “macam irfan ,erm…erm…. tu ek” (diorang tak berapa ingat nama penuh Irfan Khairi.

Cuma, nasihat saya ialah, buat je. Tapi make sure buat cara yang betul. Ikut orang yang dah terbukti berjaya. dan paling penting internet bisnes sekarang ni tak perlu ‘reinvent the wheel’, kat malaysia sendiri ada banyak pakar :)

Anyway, post yang menarik. Keep it up

Reply

hasbul October 23, 2009 at 11:18 pm

ya,mmg tu saya idamkan, :)

Reply

hasanzaki October 24, 2009 at 6:31 am

teruskan visi aqill…berpegang kepada kebenaran.berpaksikan keimanan..berbekalkan usaha dan kemahiran..dan berserah kepada Tuhan..kemudian jgn lupa bersyukur kepada Nya dengan mempertingkatkan amalan…kerana maksud Al..Quran..sesungguhnya beroleh kebahagian orang-orang yang kyusuk dlm solat dan membayar zakat dan baik perbuatan serta perkataan mereka. Surah Al Mukmimun. ayat 1

Reply

Aqill October 24, 2009 at 4:25 pm

RAJAKAMIL-hmm..boleh la wt semninar pendedahan ekslesif IM di utm tahundepan ya..hehe

Reply

Aqill October 24, 2009 at 4:25 pm

hasanzaki-terima kasih atas support abah dan aqill hargai..

Reply

Mantra October 25, 2009 at 4:50 pm

Memang selalu juga berhadapan situasi macam ni. Bila cakap pasal biz internet, semua kata menipu je semua tu. Biarkan aje mereka. Orang akan pandang bila kita dah berjaya nanti. Buat apa orang lain tak buat adalah satu perkara yang bagus :)

Reply

jutawan October 27, 2009 at 1:44 am

emm memang ramai yg ada fikiran macam ni….bila dah berjaya baru ramai2 dok tanya…tu yg malas tu hehe..apa2 pun bro buat je..saya pun mengimpikan kerja sepenuh masa dgn internet ni

Reply

Hafiz Nasser October 27, 2009 at 7:40 am

xpe.. anggap je kata-kata dorg tuh semua sbgai 1 cabaran utk berjaya. nnt dh berjaya, percayalah, lain pulak ceritanya

Reply

peter October 27, 2009 at 3:59 am

betul tu bro …

saya akui saya sendiri mengalami kesukaran untuk fokus kpd perniagaan internet nie … sbbnye takde sokongan moral cantohnya dr ahli keluarga (bukan marah cume mereka tak paham sangat dunia perniagaan internet nie) … byk bende nak d pikir dan kene handle … tpi saye tetap dgn keinginan saye iaitu menjadi usahawan internet …

Reply

wanmus October 27, 2009 at 1:22 pm

sebenarnya masa rakyat Malaysia buta bab perniagaan internet lah kita patut buat betul2 sebab diorang hanya tahu guna internet je tapi kita yang kaut keuntungan.. Nanti bila diorang baru terbuka bab ni, kita dah kat atas masa tu. Tapi ingat, keje ape pun ada risiko dan cabaran

Reply

Aqill October 28, 2009 at 5:30 pm

nti kasi gegar UTM :D

Reply

Aqill October 27, 2009 at 10:53 pm

thanks wanmus,ya memang,agak selesa jugak sebab x byk comeptitor
:D

Reply

haris October 28, 2009 at 10:41 pm

Saya buat selama ini kerana minat dan bukan semata-mata duit..hehe

Reply

Aqill November 1, 2009 at 6:09 pm

yeah, salah satu prinsip yang ramai tak endah
:D

Reply

sayang2kita November 6, 2009 at 2:00 am

owh, yang berpendapat mcamtu slalunya cetek pengetahuan…betul, ramai yang x percaya dan ada jugak yg x cukup usaha…hahah…yg penting kita dah buktikan…

Reply

Aqill November 8, 2009 at 9:16 pm

yeah

btol2

cuma perlukan masa untuk buktikan semua tuh
:D

Reply

titan November 15, 2009 at 6:21 am

mentaliti orang kita memang cam gitu. Nak buat camana. Buat aje..

Reply

Aqill November 16, 2009 at 10:30 pm

:D
yeah
hajat saya nk ajak
sorg dua
wt talk di UTM
mmg d discus
and program ini akan dibawah jadual Majlis MPP tahun depan
dalam otak
tgh pk
saudara Labanon dan Team ForexExcel
mungkin tmbh bro rohaizad plak
:D

Reply

Firdaus November 20, 2009 at 2:30 pm

biar la orang kata apa hina keji asal kita tak minta duit diorang dan kita usaha dapat duit

Kalau semua nak tahu di India manusia akan berpusus pusu nak belajar buat duit tak kira ngan internet atau apa sahaja medium

kita nak duit kita usaha tuntut ilmu yan tak nak biarkan

Reply

Aqill November 20, 2009 at 2:48 pm

yeah
kt luar,orang d ramai sedar developing financial penting
cuma kt sini masih baru nk berjinak
p/s-IK akan adakakan rancangan TV berkonsep IM
http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/ik-host-untuk-program-tv-perniagaan-internet/
satu anjakan paradigma ya
:D

Reply

MrCuz December 11, 2009 at 4:11 am

Entri yang sangat bagus Aqill!
Teringat saya waktu mula-mula nak bertapak dalam perniagaan internet. Penat nak terangkan, soalan diorang sama je… “Boleh survive ke?”
Hari ini saya dengan bangga menjawab mereka… “7 years and still kicking it!” ;)

Keep up the good work! :D

Reply

Aqill December 11, 2009 at 12:37 pm

ya

saya baru mula untuk mengalaminya

insyaallah semua boleh saya tempuhi
;)

Reply

MrCuz December 13, 2009 at 12:54 am

Insyaallah. Good Luck! :D

Reply

Sapitt March 17, 2010 at 5:45 pm

persepsi masyarakat mmg payah nak ubah.. kebanyakannya negatif..
so kita hanya mampu berdiam dan teruskan ape yg kite lakukan. bile sudah berjaya nnti bru diorg tahu.. hoho

Reply

Aqill March 18, 2010 at 7:38 am

jawapan bukan pada kata-kata. jawapan sebenar ialah pada tindakan :D .

Reply

reezluv July 16, 2010 at 6:12 pm

apabila kita membuat sesuatu yang di luar kebiasaan, perkara pertama yang kita akan dapat adalah feedback negative..sebab?Orang Malaysia penuh dengan rasa curiga dan takut dengan perkara yang belum tentu terbukti.

Mentaliti rakyat Malaysia amat sinonim dengan bukti yang mereka sendiri ingin lihat dengan mata baru lah kepercayaan itu timbul.Jika perkara yang hanya diluahkan dengan kata-kata tanpa fakta…ramai yang berkata..tak boleh!

Itu lah salah satu sebab kenapa takde anak muda kita yang berjaya menjadi jutawan diinternet sebab perkara ini lah sbenarnya..cuba kita buat sesuatu yang drastik..orang akan pandang -ve..kenapa orang kata creator Google,Facebook,Microsoft,dsbnya pada mulanya adalah orang gila..dan kenapa orang hanya ketawa apabila adik beradik Wright hendak mereka kapal terbang?

Fikirkan…Allah pernah berfirman yang bermaksud..”Sesiapa yang berusaha..dia pasti akan dapat….”

:D

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: