Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua

Alhamdulillah,sedar tak sedar sudah 2 minggu lebih kita menjalani puasa dalan bulan penuh keberkatan ini.Dan dalam bulan puasa ini tidak terlepas daripada segala cabaran yang perlu kita tempuhi dengan yakin dalam perniagaan Internet.Perniagaan Internet bukannya mudah seperti anda semua perkatakan dan ia perlu lebih komitmen dan jati diri lebih-lebih lagi dalam bulan puasa ini.
Oh ya,berbalik kepada tajuk asal.mungkin antara anda tahu apakah itu PPC dan ada sesetengah dari anda tidak tahu.Adakah PPC ini agak penting dalam dunia perniagaan Internet?Mungkin di antara anda semua pernah terbaca dalam forum tentang PPC,dan tidak tahu apakah kegunaan PPC ini dan adakah ia penting dalam Perniagaan Internet khususnya.
PPC merupakan singkatan bagi Pay Per Click iaitu kaedah pengiklanan secara online yang digunakan dalam ‘search engine’,website content dan blog dimana pengiklan hanya membayar jumlah yang ditetapkan apabila pelawat mengklik iklan.Secara mudahnya saya terangkan,Pay Per Click ini ialah iklan dalam website atau blog anda di Search Engine Result Page(SERP) dan ia berbentuk format link teks dengan kepelbagaian ‘keywords’ yang berkaitan dengan iklan tersebut.Sebagai contoh,disini saya membuat carian di google perkataan ‘affiliate marketing’ dan selepas keputusan carian selesai, terdapat beberapa text link di sebelah tepi kiri dan juga bahagian atas.

Setiap iklan tersebut mempunyai pelbagai keyword berbeza-beza untuk tujuan memenuhi kehendak pelawat berdasarkan keyword yang dicari.?Setiap klik dari visitor akan dibayar oleh pengiklan pada kadar yang tertetntu.Oh ya,untuk menghasilkan keyword yang kliknya murah,ia mempunyai banyak faktor dan akan saya terangkan untuk post yang seterusnya.
PPC sebenarnya amat penting dalam perniagaan Internet kerana keberkesannya amat hebat.Kalau tidak,mungkin tiada syarikat dan pengiklan yang tidak ingin membuat iklan di Adwords:).Keberkesanan dan kepentingan PPC amat terjamin.Antara faktornya ialah:
1.Targetted traffic-Tujuan utama pengiklan menggunakan PPC sebagai medium untuk mempromosikan produk online ataupun offline ialah disebabkan mereka mendapat trafik yang dikehendaki bukan trafik yang tidak berkaitan dan tidak relevan.Contoh yang paling senang jikalau anda ingin menjual baju raya,semestinya targeted area ialah Beli Baju raya,Barangan Hari Raya dan sebagainya.Maksudnya pengguna mesti mencari keyword yang berkaitan dengan hari raya apabila ingin membeli baju raya.Inilah dipanggil TARGETTED TRAFFIC
2.Own organize-PPC merupakan kaedah terbaik untuk membawa pelawat ke web yang mereka hendaki.Pengiklan boleh rancangkan dan letakkan keyword sendiri untuk tujuan kempen menggunakan PPC.Pengiklan juga dapat menetapkan iklan supaya muncul di targetted country contohnya jika anda ingin menjual produk tisu,dan targeted country ialah Malaysia,anda boleh tetapkan Malaysia sebagai targeted country supaya iklan anda hanya muncul apabila pelawat Malaysia
membuat carian keyword yang telah anda tetapkan.Sebelum menetapkan iklan,pengiklan perlu lah membuat bidaan pada setiap iklan dan berapa kos yang dilaburkan dalam kempen PPC tersebut.
3.Keyword-Pengiklan dapat memilih dan meletakkan keyword tersendiri yang sesuai dengan iklan mereka.Peratus keuntungan produk tersebut itu tinggi kerana kebanyakan pelawat yang membuat keyword di enjin carian memang ingin membeli produk tersebut!
4-Kebebasan-Kempen PPC ialah bebas daripada algorithm enjin carian dan sesetengah crawlers.Setiap variasi iklan yang dibuat bebas dari peraturan enjin carian.Jikalau ada laman web yang tidak menggunakan metattags,ia tidak memberi kesan terhadap kekerapan iklan muncul dan jualan.
Harap,info serba sedikit ini dapat membantu anda
p/s:kalau anda ingin menambah info,saya alu-alukan:D
Hasbul Aqill Internet Marketing



{ 12 comments… read them below or add one }
Info yang sangat menarik..
Masih menanti post yg seterusnya..
nntikan pos selepas ini…
Salam,
Bagi saya penting sebab nak dapat targeted traffic mudah tapi bergantung pada niche apa yang kita pakai, kalau yang kurang profitable rugi jugak PPC ni..takde ROI
Just my 2cent
ya,pemilihan niche juga kena jaga..
p/s:insyaallah saya wt post bagimana saya cari niche adsense dan clickbank
mnggunakan 3 cara..tp tu atas permintaan ramai la:D
aku mewakili keseluruhan warga malaysia nak tahu. hahahaahah. 25 juta tuu… ramai nak tau. ekekekeeeeekkeekke
ya
tiada masalah
tiap2 ari visitor ramai:D
terima kasih bagi iinfo pasai PPC ni..
boleh menambahkan ilmu saya..
harap saudara dapat bagi info2 yg best2 lagi..
selamat maju jaya..;-)
tak ada tips pasal Adword & YSM ke?
ade
kene step by step la bro..
untuk menyenangkan pembaca especially newbie..
saya pon newbie jugak…:)
Saya pun nak tau juga teknik kat YSM yg bagus digunakan utk menarik visitor..
Akaun baru je buka kat YSM.. tapi campaign terpaksa paused dulu sb masalah teknikal…
oh,saya x try lagi ysm untuk clickbank
p/s:clicbank hari ini 3 sales sudah
trpk nk letak ss nti makin meningkat:D
ye ah…useful!!!