Entri ini adalah entri khas, dimana saya akan membuat reviu produk Rahsia Pemasaran Facebook. Untuk makluman tuan puan, saya telah membuat pesanan DVD Rahsia Facebook pada Rabu lepas . Dan alhamdulillah, dalam masa 2 hari (Jumaat), produk tersebut akhirnya sampai di tangan saya.

Seperti yang diperkatakan saya tempoh hari di laman fan page (klik untuk melihat bungkusan pesanan) , reviu ini ditulis berdasarkan pandangan keseluruhan selepas menonton kesemua video , modul-modul, audio yang disertakan dalam bentuk DVD.
Nama Produk : Pakej DVD Seminar Rahsia Facebook
Nama Pemilik : Tuan Faisal Abdullah
Laman Jualan : www.RahsiaFacebook.com
6 Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan Rahsia Facebook Hari Ini Juga
1. Ternyata Bukan ‘Crappy Product’
Sebenarnya, saya agak skeptikal apabila ada sahaja produk baru dilancarkan dalam pasaran tempatan mahupun luar. Saya akui, saya telah banyak menghabiskan wang ringgit ketika berjinak-jinak dengan bisnes internet suatu ketika dahulu, semata-mata untuk membeli produk buat duit.
Perasaan kecewa juga timbul apabila mengetahui kandungan produk tersebut lebih kurang sama seperti produk-produk yang telah dibeli sebelum ini. Situasi nyata berbeza ketika menonton video DVD ini. Kebanyakan teknik yang diceritakan oleh tuan Faisal belum diketahui saya sebelum ini. Ditambah dengan contoh-contoh praktikal, bukan sekadar penyampaian secara teori semata-mata.
2. Panduan Langkah Demi Langkah

Secara keseluruhan, DVD Seminar Rahsia Facebook ini mengandungi 6 modul utama , berserta 1 modul bonus. Setiap modul menerangkan secara terperinci, langkah demi langkah bagaimana memilih produk , platform menjual sehinggalah teknik promosi produk. Terdapat 3 langkah yang dapat saya simpulkan selepas menonton kesemua video:
- Cara & rujukan pemilihan produk
- Platform yang sesuai bagi mempromosikan produk (Kedai Online)
- Teknik Promosi (Teori Pinball , Teknik Zeigarnik, Teknik Pengiklanan (Facebook Ads), Teknik Kedai Mamak)
Dalam DVD ini juga, tuan Faisal telah kongsikan 2 jenis teknik promosi , iaitu teknik percuma dan teknik berbayar. Jadi, para pembeli dapat mempelajari kedua-dua teknik ini, dan boleh memilih sama ada ingin mempromosi produk menggunakan modal ataupun tidak.
Ini juga memudahkan para pembeli untuk memilih produk, disebabkan ada sesetengah produk hanya sesuai untuk dipromosikan dengan menggunakan teknik percuma, dan ada juga yang sesuai dipromosikan dengan menggunakan teknik berbayar.
4. [HOT] Teknik Mengurangkan KOS CPC.
Sudah agak lama sebenarnya saya mencari teknik yang terbukti berkesan untuk mengurangkan kos CPC. Dahulu, ketika aktif mempromosikan produk CPA (Mobile Offers, Facebook Offers), saya menggunakan medium Facebook Ads sebagai medium promosi utama. Namun, saya terpaksa hentikan kempen pengiklanan disebabkan kos CPC yang cukup tinggi, disebabkan persaingan yang cukup sengit dengan pengiklan lain.
Akibatnya, modal yang dikeluarkan jauh melebihi dari keuntungan yang saya perolehi. Selepas menonton salah satu video daripada 7 video dalam Modul 4, saya dapat mengetahui beberapa trick bagi mengurangkan kos CPC. Yang pasti, trick ini tak pernah sesekali terlintas dalam fikiran saya, dan saya akan cuba praktikkan selepas ini.
5. Pembongkaran Teknik NLCI, Teknik Boomerang, Teknik Kedai Mamak
Buat pertama kalinya, saya mengetahui teknik-teknik ini , kecuali teknik NLCI. Sebenarnya, saya sudah terperasan teknik NLCI telah digunapakai oleh sesetengah usahawan tempatan di dalam Facebook, khusunya pada fan page dan group. Dan ternyata teknik ini memang terbukti berkesan. Teknik ini lebih menjurus kepada teknik soft-selling untuk memperolehi pelanggan/pembeli dengan cepat.
6. Teknik Ini Memang Dijamin 100% Boleh Buat Duit

Ya, saya sendiri berani jamin, sekiranya anda aplikasikan kesemua teknik , sudah semestinya ia pasti mendatangkan hasil yang lumayan. Anda boleh lihat sendiri testimoni-testimoni bekas pembeli yang telah berjaya menjana pendapatan, dengan memanfaatkan teknik yang diajar. Ada diantara mereka juga menjana income 4 angka sebulan, walaupun sekadar menjalankan bisnes secara part time.
Jadi, sekiranya ingin mempelajari teknik promosi melalui Facebook dengan berkesan dan betul. Maka saya sarankan tuan puan dapatkan Pakej DVD Seminar Rahsia Facebook. Tiada apa yang perlu dirisaukan, dan sekiranya tuan puan tak berpuas hati dengan produk ini, wang akan dikembalikan. Dengan harga serendah RM170 RM150 (Jimat RM20), anda boleh membuat pembelian melalui pautan khas di bawah :
Ikuti video bukti tuan Faisal (pemilik Rahsia Facebook) berjaya memperolehi RM4500 Dalam Tempoh 14 Hari Sahaja!
Buat Pembelian Pakej DVD Seminar Rahsia Facebook Sekarang Juga. Klik Di Sini
Kepada mana-mana pembaca yang sudah memilikinya, tinggalkan pandangan dan komen anda pada ruangan di bawah.








{ 11 comments… read them below or add one }
Salam bro..xde rebet or bonus ke kalu beli melalui link bro..?
salam, link ini direct link ke rahsiafacebook.com. Bukan affiliate link saya
recommended product!
yes, barang baek ni
cam best je nih. hehe..
memang agak best la
salam En.Hasbull. Saya dah beli DVD tu. Tapi belum ada produk yang nak dijual / dilancarkan. Memang berbaloi-baloi…
salam tuan Bazli. Ok, terima kasih. Saya doakan kejayaan tuan dalam mempromosi apa jua produk di medium Facebook. Lama tak dengar cerita. hehe!
rasa macam nak grab jer..
boleh grab, bukan link affiliate tu
VCD pertama yang saya beli berkaitan ilmu facebook marketing. memang banyak membantu.
{ 3 trackbacks }