Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

by Hasbul Aqill on September 9, 2010

in Peribadi

Salam dan hai semua!

*sila play audio dibawah sambil membaca post ini*

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Di kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir dan Batin kepada pembaca HasbulAqil.com , rakan-rakan di Facebook ,  Twitter,  dan sesiapa yang mengenali diri saya ini.

Bulan Syawal sememangnya bulan yang amat dinanti-nantikan sebagai bulan kemenangan kita sebagai Muslim selepas selesai berpuasa selama sebulan. Dan ini juga masanya kita mengambil peluang untuk berkunjung ke kampung dan rumah sanak saudara, bermaaf-maafan satu sama lain dan memulakan buku baru dalam hidup kita.

Raya tahun ini juga cukup berbeza bagi saya, disebabkan inilah raya pertama sejak saya bergelar Usahawan Internet sepenuh masa. Berkemungkinan besar, saudara-mara serta keluarga terdekat pasti tak henti-henti bertanyakan sebab musabab saya mengambil tindakan keluar Universiti pada penghujung tahun lepas. Apapun, saya sudah biasa berhadapan situasi seperti ini dan bersedia fizikal dan mental untuk menerima kritikan atau pandangan sinis dari mereka  Peace ^^ ;)

Saya juga ingin memohon maaf sekiranya saya ada membuat kesilapan samaada sengaja atau tidak. Saya juga manusia biasa yang tak terkecuali melalukan kesilapan. Kepada perantauan, selamat berangkat pulang ke kampung dan berhati-hatilah di jalan raya. Jangan lupa, hulur-hulurkan duit raya kepada saya :D . Jumpa lagi pada post akan datang dan sekali lagi , selamat hari raya eidulfitri, maaf zahir dan batin.

PS: Sempena raya ini juga, saya ada membuat promosi Pakej Aidilfitri iaitu koleksi Produk MRR. Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah rujuk disini :

http://hasbulaqill.com/promosi/

{ 2 comments… read them below or add one }

alif September 9, 2010 at 9:12 am

selamat hari raya..Kawe pn mtk maaf jgk kalu ada wak salah ;)

Reply

Hasbul Aqill September 9, 2010 at 9:13 am

beyes! kawe mitok maaf jugak. zero2 :D

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: