Siapa Hasbul Aqill

Laman web ini  telah dilancarkan pada September 2009

IMG_0990

Profil Ringkas Beliau

Nama: Hasbul Aqill Bin Hasan Zaki

P.O.B:  Kelantan Darul Naim

D.O.B:18 FEB 1991

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Matematik Industri,Universiti Teknologi Malaysia

Social Network: Facebook



Pemilik blog ini ialah Hasbul Aqill atau nama penuh Hasbul Aqill Bin Hasan Zaki adalah   berasal dari Kota Bharu ,Kelantan Darul Naim. Beliau adalah seorang usahawan muda yang menjalankan perniagaan secara online dan ketika ini(september 2009) masih melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia, dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Matematik Industri selama 3 tahun.  Dalam usia muda dan umur masih berjangkau 18tahun , beliau bergiat aktif dalam kebanyakan forum terkenal seperti Wangcyber.com , JomBincang.com serta CariGold.com Minat beliau terhadap perniagaan Internet amat mendalam dan pernah satu ketika beliau terpaksa membahagikan masa pelajaran dam perniagaan ketika beliau menuntut di Universiti.

Tujuan utama blog ini dibangunkan atas sebab ingin berkongsi pengalaman , cerita dan informasi yang berguna dalam menceburi perniagaan Internet ini. Beliau juga tidak lekek untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada newbie yang masih buntu untuk menghasilkan pendapatan di Internet. Hasbul Aqill juga banyak berkongsi pendapat serta idea dengan ramai rakan-rakan online dari segi perniagaan affiliate,adsense dan juga pembangunan laman web.

Dengan hasrat untuk berkongsi idea dan pengalaman dalam  perniagaan Internet , maka akhirnya blog ini dibangunkan dan diubahsuai bagi menjadi sumber dan idea rujukan kepada pelawat-pelawat. Diharap blog ini dapat memberi manfaat serta satu rujukan kepada pelawat-pelawat.

Pesanan dari Beliau

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Terima kasih kerana melayari blog saya ini.Saya harap anda mendapat manfaat yang bagus ketika melayari blog ini.

Semoga segala informasi serta idea yang saya ungkapkan dapat diterima dan digunakan dalam kehidupan perniagaan anda.

Akhir kata,selamat maju jaya dari saya.

Wassalam.

Ikhlas,

HasbulAqill

Hasbul Aqill

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Twitter