Tip SEO : WWW & Non WWW, Apa Kesannya Terhadap SERP?

by Hasbul Aqill on March 1, 2011

in Perniagaan Internet

Salam dan hai semua pembaca!

Nampaknya, sejak akhir-akhir ini saya kerap mengemas kini post dan artikel berkaitan Tip SEO. Saya yakin ramai subsriber serta pembaca blog ini dahagakan ilmu SEO, memandangkan tiap kali saya kongsikan tip, ramai memberi respons dan bertanyakan soalan selanjutnya, terima kasih kepada anda semua. Anyway, satu lagi post tentang SEO untuk minggu ini!

Antara salah satu kesilapan pada awal permulaan saya berjinak dengan pemasaran SEO ini ialah tidak menetapkan fungsi www dan non www. Jelasnya, Google mengambil kira blog saya mempunyai 2 identical iaitu www.hasbulaqill.com serta hasbulaqill.com. Serta perkara ini sebenarnya boleh menjejaskan jumlah backlink yang telah saya buat . Dan ketika membuat proses backlinking sebelum ini, saya hanya meletakkan hasbulaqill.com serta kadang-kadang juga meletakkan www.hasbulaqill.com

Malahan, saya juga kurang pasti jika Google juga mengambil kira artikel dalam blog ini merupakan artikel tidak unik (duplicate content) disebabkan ia sudah mengambil kira blog ini mempunyai identiti yang berbeza.

Jadi, permasalahan disini adalah bagaimana kita perlu mengubah setting supaya Google mengenal pasti blog/website kita hanya mempunyai satu identical sahaja?

1. Ubah Setting di Wp-admin

Kepada mereka yang mempunyai blog wordpress, boleh mengubah di setting > general.

Di bahagian “WordPress address (URL)”, anda boleh memilih sama-ada meletakkan www ataupun non www.

Tiada masalah sekiranya anda memilih www ataupun non-www, asalkan anda kekalkan dan SAMA SEKALI tidak mengubah setting selepas ini.

2. Ubah Setting di Google Webmaster Tools

Sekiranya anda masih tidak mempunyai akaun Google Webmaster Tools, bolehlah sign up dan rujuk video di Youtube ini.

Selepas proses verify domain selesai, pergi ke Dashboard => Site Configuration=>Settings dan ikuti setting di bawah ini :

Dengan membuat penetapan setting ini, ibaratkan kita memberitahu Google tentang domain yang kita pilih (sama ada www atau non www) dan Google akan mengambil penetapan ini ketika proses crawling, jadi tiada lagi kes identiti berbeza berlaku ;)

Bagi mereka yang ingin mengetahui maklumat yang lebih jelas dan luas, Chris Burns iaitu SERP Founder telah menjelaskan lanjut tentang masalah ini :

How To Make Site Canonical Friendly

Seperti biasa, sila komen di bawah sekiranya ada perkara yang anda masih kurang jelas. Saya menghargai sekiranya anda juga SHARE post ini kepada rakan-rakan di Facebook ataupun Twiter . Cukup itu sahaja sebagai tanda terima kasih kepada perkongsian ikhlas saya ini. ;)

PS : Saya masih lagi membuka peluang kepada mereka yang ingin belajar buat duit dengan program Affiliate Global. Klik disini untuk info selanjutnya.

{ 11 comments… read them below or add one }

amirazros March 1, 2011 at 7:38 am

Tips nie khas untuk Wordpress atau boleh diaplikasi oleh mana-mana laman web?

p.s : Banyak lagi kena belajar pasal SEO di sini :)

Reply

Hasbul Aqill March 1, 2011 at 8:42 am

boleh aplikasi mana-mana web.
untuk cara pertama tu khas untuk wordpress, dan untuk cara 2, wordpress dan website biasa pun boleh guna ;)

Reply

Rushaidin March 1, 2011 at 7:08 pm

Salam wbt,
Saya nak tanya…

Kalau kita setting guna tanpa http://www... apa jadi dengan http://www..

Adakah ia tidak lagi boleh digunakan?

Reply

Hasbul Aqill March 1, 2011 at 7:52 pm

ia masih digunakan, cuma bila kita type url tanpa www. akan redirect ke www.
btw, ini just perkara sampingan sahaja. yang penting kandungan dalam website/blog :)

Reply

Rushaidin March 1, 2011 at 9:40 pm

Terima kasih :D

Reply

sofian March 2, 2011 at 11:08 pm

Pernah gak terfikir bab ni dulu..tapi malas nak fikir sangat sebab tu bukan kepentingan besar..hehe..cuma 5% je kot…mungkin sebab tu kot kalau kita cek backlink, kalau letak www dan takde www, jumlah backlink berbeza…macam tu ke tuan aqil ;)

biasanya pun, kalau nak buat research atau cari website lain, tak pernah pun taip http://www…hehe..

Reply

Hasbul Aqill March 3, 2011 at 11:30 am

Ye.mmg betul.xdekla penting sgt.tp just untuk menjaga ‘keselamatan’ kene buat la

Reply

dinsblog March 3, 2011 at 9:46 am

saya suka redirect ke http://www….

Reply

Hasbul Aqill March 3, 2011 at 3:15 pm

ya, yang penting kekalkan nya

Reply

Mohd Isa March 5, 2011 at 11:14 am

kalau untuk wordpress bolehlah guna non www
kalau blogspot wajib pakai www atau subdomain yang lain
macam saya lebih gemar menggunakan subdomain
kiranya tidak akan menjadi kekeliruan sebegini
backlink dan link exchange juga menjadi mudah :)

Reply

MaxMonic August 3, 2011 at 6:41 pm

Kalau saya lagi prefer www sebab macam sedap sikit bunyi dia.

Untuk elakkan isu duplicate content saya guna 301 redirect utk non-www ke www di cpanel.

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: