Salam sejahtera,
Untuk tutorial kali ini, saya akan kongsikan bersama pembaca bagaimana untuk mengatasi ‘Campaign’ PPC anda supaya tidak ‘ditampar’ oleh Google. Pertama sekali , saya bukan dikategorikan sebagai seorang yang ‘expert’ dalam PPC Marketing.
Cuma untuk tutorial kali ini, saya mencuba dan terus mencuba menyampaikan secebis ilmu . Tidak bermakna perkongsian ini untuk menunjukkan saya seorang pakar dalam PPC namun ini boleh dikatakan ‘case study’ semenjak saya mempelajari PPC Marketing.
‘Main Keyword’
Keyword Utama anda mestilah berada pada Tajuk. dan seperti biasa, primary keyword berada di H1 Tag dan secondary keyword berada pada H2 Tag. Meta Tag juga perlu dikonfigurasikan dalam PPC Marketing, bukan sahaja dalam Seo Marketing.
Sebagai contoh website ini:http://www.howigetpregnant.com/pregnancy-miracle.html
Penggunaan Keyword ‘Pregnancy Miracle’ sebagai keyword utama pada tajuk. serta pada secondary keyword masih terdapat keyword pregnancy miracle. Ini menguatkan lagi keyword relevance pada Website tersebut.
Tajuk Imej.
Ya, perkara ini seringkali PPC Player lupakan. Tajuk imej yang dimasukkan dalam website perlulah relevan dengan keyword yang mahu disasarkan. Jangan meletakkan keyword yang tidak bercirikan atau tiada kaitan dengan keyword . Contoh tajuk imej yang tidak relevan ialah, bcd.jpg . Iaitu tajuk yang memang tidak berkaitan dengan keyword yang mahu disasarkan.
‘Page’ sokongan
Anda perlulah menyediakan page sokongan untuk menguatkan lagi kedudukan webiste anda supaya tidak ‘ditampar’ oleh Google. Contact Us’ page, Term and condition page, ‘Privacy Policy’ page, ‘Anti Spam Policy’ page adalah antara contoh page sokongan yang telah saya gunakan untum memperkuatkan kedudukan website kita.
Iklan
Tidak perlu letakkan iklan seperti iklan adsense, pop ups di dalam website kita supaya website itu tidak kusut dan nampak LEBIH terurus.
Tonjolkan bukti kepercayaan.
Masukkan gambar-gambar bukti kejayaan atau bukti produk yang anda promosikan itu betul-betul menjadi . Sebagai contoh, andaikan anda sedang mempromosikan produk weight loss. Perlulah anda memasukkan gambar dan video pembuktian bahawa produk tersebut betul menjadi. Letakkan sedikit testimoni dari pengguna produk tersebut supaya ia lebih meyakinkan.
‘Loading Time’
Loading time perlulah tidak terlalu lambat untuk mengelakkan daripada mendapat kesan negatif dari Google. Kurangkan imej/gambar yang tiada kaitan dengan produk yang anda promosikan. Dalam pemilihan hosting, saya syorkan anda memilih hosting server dari USA, supaya tiada masalah dan kesan negatif akan diberikan oleh Google dalam sesi peninjauan oleh Google. Saya syorkan juga anda memilih hosting Hostgator dan setakat saya menggunakannya, tiada lagi masalah ‘loading time’ dan masalah lain yang seringkali berlaku pada hosting provider di Malaysia
.
Kandungan Artikel.
Kandungan artikel mestilah asli.Masalah ‘duplicate content’ seringkali berlaku pada saya dahulu disebabkan malas untuk membuat artikel sendiri dan kurang mahir dalam bab penulisani:D. Cara mudah, saya akan mengupah freelance di Wangcyber , untuk rewrite artikel dari website lain supaya kelihatan ‘original content’ dan melepasi syarat Copyscape.
Oh ya, saya ingin kongsikan satu berkaitan Google Slap.
Hitler Gets Google Slapped




Hasbul 'Aqill merupakan seorang usahawan internet sepenuh masa. Seorang usahawan muda yang berusia 19 tahun dan mempunyai pengalaman dalam dunia perniagaan internet sejak 2 tahun yang lalu . Walaupun usianya masih belum mencecah 20-an, namun baginya, ia bukan satu alasan untuk beliau terus mengejar impian pada usia muda.